Monday, 30 June 2008

KECELARUAN AHLI AGAMA(BID’AH)

Salam alaik…

Nampaknya entry kali ini aku telah merujuk pada ustad @ abang yang lebih pakar kerana entry ini benar2x menyentuh masalah agama…

Aku tidak akan menyentuh nama mana2x pihak…
Harap-harap mereka yang suka sangat membid’ahkan orang membaca entry aku…
Aku menulis tajuk nie sebab aku dibida’ahkan oleh ahli2x agama sediri(sedih tau),sob…sob..sob
Aku…aku akan ceritakan beberapa situasi

Situasi 1
ketika aku berjalan-jalan dipasar arab,datang satu mamat arab kearah aku,
ketika itu aku berada disebelah kiri menghadap kiblat sikit….
Mamat arab yang berjubah tue lantas menegur aku yang memakai sluar jeans dan terdapat earphone ditelinga ini…bermulalah satu perbualan yang singkat mangkat…
 
“salam alaik,ko nie muslim ker?’
“a’ah,naper?”
“ko potong janggut ker?”
“yupp,aku potong tp xcukur”
“ini bid’ah,nabi xbuat”
“yeker?ko blaja kat mana?”
“ada didalam hadith masa aku mengaji…”

Sebab aku malas layan arab nie d akupun xder lah power sangat cakap arab,akupun cakap…

”ok,lepas ini aku tidak akan memotong janggut”

TAMAT

Situasi 2
Aku menjadi imam solat…selepas solat akupun baca lah wirid..
Aku nampak member aku xikut baca..lepas solat aku Tanya dia,

“asal ko xfollow aku baca wirid,pastu aku bc doa ko leh senyum2x,atleastpun tadah la tangan..bapak xblehh blah”
“ko wat bid’ah doll,setiap bid’ah adalah sesat..ko pun taukan…”
“ko nie sesedap mulut jerk cakap camtue,asal ko xtegur jerk budak2x yg baca wirid pas solat?”
“malas r tegur,da berbuih mulut aku”
”otakk ko,sebenarnya ko yang silap,macam nie lah,malas aku nak cakap ngan ko yang celaru nie…pe2xhal nanti ko bukak r blog aku k”

Ini Cuma 2 kisah jerk…tp ader bnyak lg,mals aku nak taip panjang2x..uhhuhu

Sebenanya benda ini tidak perlu dijadikan isu besar tetapi sebenarnya kecik jerk yang dibesar-besarkan sesetengah pihak,walhah ada juga sesetengah mufti yang membangkitkan masalah sebegini yang telah diselesaikan 10000tahun yang lalu..
Sebab korang tidak paham masalah bid’ah nie,biar lah seorang perokok yg dah dapat kurangkan rokoknya bagitau d explain kat korang….

Islam adalah agama yang shumul d perfect…
Tapi bila terdapat ahli agama yang tercelaru maka islam itu tidak nampak seperti perfect padahal islam adalah perfect…

Kita lihat dimalaysia,kita disibukkan dengan masalah yang kecik sehingga lupa masalah yang lebih besar…dan masalah2x nie bnyak mengelirukan masyarakat umum,
Nasebb baik aku blaja,syukurr la coz aku xkeliru…(^_^)
Syukur aku tidak keliru dlm Masalh BID’AH dan SUNNAH…,.


Kita melayu..biasa mengamalkan tradisi turun-temurun seperti
 -membaca yasin slepas solat..
-menyapu muka selepas solat
-sambutan mauled nabi
-tahlil
-open house sempena hari raya…dll

Namun malangnya,ada pihak dengan selamba ayam mengayamkan dan membid’ahkan orang-orang yang membuat amalan2x ini…
Sesedap jerk ekk,
Tau tak,bila korang dah bid’ahkan orang that means korang dah menerakakan orang…
Cuba lihat makna hadith dibawah

“setiap perkara yang bid’ah adalah sesat,setiap yang sesat akan masuk neraka”

Hmmm….so,pada korang yang suka bid’ahkan orang,blaja agama betoll2x,
Agama islam adalah agama yang mudah malah perfect tuee(dah 2kali aku ulang)……

Tindakan korang bid’ahkan orng adalah silap…silap 100%,tiada mushkilah coz korang memamg silap merasakn diri korang adlah betoll…

Cuba kita lihat sambutan mauled nabi,
adakah majlis tersebut haram???
Tidak!!!
Adakah majlis tersebut wajib???
Tidak!!!
So,seperti yang aku bgtau sebelum nie(entry friendster d myspace)…setiap perkara yang tiada pencegahan @kesuruhan didalamnya adalah harus….
Kajilah dulu,adakah sambutan itu..bagaiman ia dijalankan..adakah sambutan itu diselang selikan dengan majlis yang haramm???

Tetapi seandainya maksud perayaan menyambut mauled nabi itu adalah satu majlis yang diadakan untuk mengingati Rasulullah yang diisi dengan ceramah agama, bacaan syair-syair Arab seperti berzanji dan Burdah Imam Al-Busoiri yang memuji peribadi Rasulullah, memberi hadiah kepada faqir miskin dan sebagainya, maka majlis ini adalah dibenarkan oleh Islam sekalipun Rasulullah sendiri tidak menyambut hari kelahirannya secara jelas……..


Kita bukan ingin mencipta amalan baru di dalam Islam… Kita hanya ingin membuat satu langkah untuk mengaturkan satu program yang diselitkan dengan amalan-amalan yang dibenarkan oleh Islam….

Ada paham kawan2xku sekalian???


Masalh yang telah selesai lama tapi dibangkitkan golongan-golongan professional yang berfikiran cetek….

Lihatlah sikap ulama-ulam terdahulu,
Sebagai contoh di dalam masalah hukum apabila seseorang menyembelih seekor binatang betina yang halal dimakan lalu dia mendapati di dalam rahim binatang tersebut ada janin yang telah mati sebaik sahaja induknya mati disembelih. Apakah hukum memakan janin tersebut?

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukum memakan janin binatang ini. Di dalam mazhab Al-Imam Abu Hanifah, hukum memakan janin tersebut adalah haram kerana dia mati dengan tidak disembelih. Di dalam mazhab Al-Imam Al-Syafi`e pula, seseorang itu boleh memakan daging janin yang mati tersebut kerana ibunya telahpun mati dalam keadaan telah disembelih.

Hujah kedua-dua pihak adalah satu hadith nabi yang sama tetapi setiap pihak berbeza pandangan di dalam memahami makna hadith tersebut….

Namun beegitu,adakah ulama2x imam hanfi membid’ahkan ulama as-syafie????


Tidakk…tidak sama sekali

Oleh itu, tidak wajar bagi mana-mana pihak yang berpegang dengan pandangan Al-Imam Al-Syafi`e memaksa orang lain untuk berpandangan dengan pandangan yang dipegangnya. Sepatutnya dia perlu berlapang dada dan boleh menerima seandainya orang lain berpegang dengan pandangan yang berbeza dengan pandangan yang dipegang olehnya….
perghhh…kali ini aku cakap macam mufti la pulaak…
Aku tidaklah sehebat mana la,ini hanyalah kata-kata yang diambil dari orang2x yang 999999 kali pandai dari aku….
Aku xnak la bnyak cakap,sebab akan bnyak silap,bila bnyak silap….(sambung sendiri)

Nasihat aku…

Korang xperlulah membuang masa membincangkan masalah perbezaan pandangan ulama(khilafiyahh) nie…banyak lagi masalah yang lebih utama seperti isu MURTAD,KEROSAKN AKHLAK DLL…

*sekiranya ada kesilapan dalam tulisan aku sila tegur…

2 comments:

Anonymous said...

salam..dei...

diorang yg sibuk sangat dgn bid ah ni...kasi tutup mulut diorang senang je...jgn pakai kete...tapi naik unta cam nabi...bkn ke kete tu takde zaman nabi...nnti pakai kete bid'ah plk org yg membid'ahkan org ni...dgn dia2 sekali bid'ah...

byk lagi point lain...ha..jgn pakai internet ni...zaman nabi takde tenet....
kasi diorang kaw2 pnye...memeningkan kepala org je...

Perokok Soleh said...

hmm..elloww asyzufi
aku rasa ko xleh wat hujah tue,hahaa..
ko kena perangkap aku,
bid'ah berlaku dalam ibadat sahaja...
kaji lagi k