Sunday 20 September 2009

Nasihat ibu ASNI kepad anaknya 2

salam alaikum...

ibu ASNI adalah ibuku...

ketika kecil...
kerana kesengalanku memahami
"syurga dibawah tapak kaki ibu"
...
masa ibuku tidur,aku mencium kakinya dalam senyap jika aku ada rasa berslah...
adikku pula,bila tahu perbuatanku itu merasa jeles...
beliau dengan bangga,menidurkan dirinya beralaskan kaki ibuku...hahaah
maka,jelaslah,antara sengalku dgn adikku,
beliau lebih menyerlah kesengalannya...

nasihat ibu ASNI kepada anaknya...

"wahai anakku...tidak perlu risau dengan pandangan manusia,risaulah dengan pandangan ALLAH..."

-aku selalu protes xnak blajar sekolah agama sebab xbest dan serabut sbb..
disekolah budak2x badan tarbiyah suka menghukum orang dan
cikgu2x xsporting mcm cikgu2x sekolah biasa.....
maka inilah jawapan ibuku syurgaku,hohoho

"wahai anakku...bila mana engkau memutuskan tali silaturrahim,maka engkau bukanlah seorang muslim yang sejati...jangan bergadoh"

"wahai anakku...jangan tertipu dengan ilmu yang kita belajar...jadilah manusia yang bertakwa"

-antara nasihatnya bila aku membuka cerita ROKOK...akupun xpaham sampai skang...

"wahai anakku,jagalah adabmu...jika ilmu bnyak sekalipun tp adab tiada didalam badannya...ia akan memakanmu kelak..."

"seorang anak lelaki itu tiada erti jika ia durhaka kepada ibubpaanya,jadilah Perokok yang Soleh...."

"wahai anakku,janganlah kita hanya melihat kesalaahn orang sedangkan diri kita kosong dan tiad manfaat..."

-nasihat ini,ketika aku sekolah..aku suka kritik kerajaan...
al-maklumlah,mak bapak sekong pmbngkang,heheeh..ayahku slelau membawaku ke markas PAS taman melewar(dulu ia pusat)..

rupanya ibuku menegah aku mengutuk pemimpin kerana....
(sambung sendiri)

ps:-ibuku speendapat dgnnku bila mana aku tidak menyokoong perarakan...hehee
ayahku POWER pula tidak bersetuju denganku...hahaha

ibu ASNI:-mak lebih suka baca buku dan duduk rumah dari berarak,mak ni kaum hawa yg berkahwin,mak lebih suka didik anak2x dari didik pemimpin...bla bla bla

"wahai anakku...belajarlah bersyukur,maka nikmat yang sedikit engkau akan rasa banyak..."

"wahai anakku...rezeki adalah pemberian tuhan,kita hnya usaha dan tawakkal..selebih terpulang pada-NYA...'


"wahai anakku...melaayn wanita perlu berlembut kerana hati wanita ini lembut seperti ibumu...namun janganalah engkau jatuh kedalam lembah kehinaan(zina).."

"wahai anakku...cinta adalah naluri...setiap orang cinta dan bercinta dan jangan menolak fitrah manusia.."

-ayat beliau bila aku berbhaas akan hal perkahwinan...
"xnak kawin..prpmn cerewt bla bla bla"inilah hujahku,hehee


"whaai anakku,lazimi zikrullah...."

"wahai anakku...maksiat akan mengelapkan hatimu...membuatkan ALLAH menarik perasan sayang orang kepadamu"

"wahai anakku,guru2x itu adalah ibu ke-2mu...ibu yg pertama adalah ibu ini...ibu yang ketiga adalah orang2x tua"

"wahai anakku...jika engkau merokok,jauhi dari mengumpat...mengumpat adalah sekeji-keji perbuatan"

"wahaai anakku..janganlah pengaruhi orang dalam hal kejahatan kerana itu akan membiansakanmu kelak..."

"wahai anakku,buatlah satu kebaikkan...boleh jadi ia biasa dimata kita tapi tinggi disis ALLAH"

"wahai anakku...bersangka baik kepada semua...setiap orang ada kebaikkan dan keburukkan"

-masa kecik2x,aku selalu kutuk kakak2x yg x bertudung,sexy dll sbb ibuku kater mereka xpaham agama....tp bila aku ktutk...aku pulak kena bebel,adiosss...syukur,sekarang aku paham apa yg sebenrnya ibuku ingin sampaikan,hohoho

"wahai anakku...jagalah hatimu agar ia sentiasa bersih dari fitnah2x dunia"

-nie nasihat terbaru...aku poning pahamkan,makin poning bila nak paahmi ayat ini,adioss...
kerana aku poning...cukuplah sampai disini ye aku menulis...hohoho

semoga ada manfaat untuk aku,kamu dan dia...insyaallah

...SELAMAT HARI R4YA SEMUA...
...SALAH SILAP HARAP DILUPAKAN,heheh....

Thursday 3 September 2009

Anak terbangsat

salam alyk....
dibawah disertakan...
bebrapa gaya bahasa melayu anak2x bangsat...uhuhu

"mak...mak nie,sumer salah....orang buat nie xboleh,tue xboleh"
"eishh...bukan buat aperpun,tuepun nak bising2x..xsuka la"

hah!!sebut anak bangsat ingat YB tanggang

Tanggang...kisah melayu kuno
kunonya boleh dilihat bila ibunya menyumpah menjadi batu...
komik ujang selalu marah ibu tanggang sebab xsumpah jadi peti ais,adesss...

alkisahnya,pada zaman kini...anak terbangsat ini ramai~~~

owhh tidak....sebenarnya tajuk entry ini lebih sesuai,
tersungkur dikaki BETINA,saya ulangi sekali lagi...BETINA!!!
biasanya anak2x lelaki yang ramai begini...ishk2x

kalau sebut LELAKI,
biasanya korang akan lihat orng berkata

"lelaki ini ketua,khalifah...
dijadikannya untuk mendidik wanita bla bla"
"kita lelaki perlu matured...kerana kita akan menjadi ketua bla bla..."

hahaaa....boleh bla bla la,hehe...
walau aku laki,xdinafikan,lelaki sekarang ramai yang SAMPAH...
sedikit sahaja menjadi 'PEMIMPIN'..
kalau bukan sampah...aku lembutkan menjadi PLASTIK SAMPAH..huhu
jadi,anggaplah aku nie plastik sampah,mulia sikit,hehee...
bila sebut wanita....
ewah...macam2x "pot pet..xbaik pot...aurat pet pot"....erkk??

anak2x durhaka,
peluang terbuka lebih luas kepada sijantan,
sijantan yang tertipu dengan betiina yang tidak tahu apakah itu TAAT SETIA...

dulu zaman 80-an,anak durhaka adalah anak2x
yang meninggalkan ibubapanya...
xpercaya tengok la filem2x 80-an,
dia naik kereta lampu bulat dengan kekasih lantas
meninggalkan ibunya yg menangis keseorangan...
sambil berkata "anakku...please come back to me" sob sob...
ishk2x...sebab tue mak aku ulang bnyak kali

"bila besar nanti,jangan hantar mak rumah orang-rang tua"

zaman 90-an,anak durhaka menipu,melawan,mnghina ibubapa...
xpercaya??xpercaya sudah,hohoho~~
sebab tue mak aku selalu cakap...

"jangan lawan cakap mak,nanti allah sediakn neraka&hidup x aman"

kini...tiada anak durhaka,tetapi anak terbangsat...
makamnya lebih tinggi dari durhaka,uhuhuhu~~
melawan,memarahi,meninggalkan.mnyakiti dll parents...

biasanya orang bercouple,
melawan cakap mak semata-mata kerana kekasih...
hey...tara otak ker?

Tahukah kamu?

kalaulah seorang ibu terasa dengan anaknya,
dan jika ibu itu meninggal..
maka,durhakalah anak tersebut...
itu baru terasa,

andaian,jika orang yg blaja dioversea tidak menelefon ibunya,
ibunya terasa...lalu meninggal,sedar xsedar dia sudah menjadi anak durhaka..
maka,lebih mulia anak2x yg blaja didalam negeri walau sengal2x ayam...huh~~

jadi jalan selamat...eloklah tanya kepada orang tua,
"mak terasa tak orang xcall?" or
"mak jgn terasa nanti anak mak akan jadi anak durhaka,nauzzubillah.."

sila lihat..
-Luqman ayat 14-sila rujuk tafsir...rajin2xkanlah diri k,hohoho

Orang Bodoh yang Tidak Sedar,
...melawan ibu kerana kekasih,
ini mungkin pengaruh filem hindustan...
itulah,patutnya ditulis first2x cerita...

"filem hindustan ini mengajar kita menjadi durhaka kerana CINTA"

punca seseorang akan menjadi durhaka....

punca paling besar :>>>> COUPLE,bukan rokok...uhuhu
ke-2 besar:>>>PASANGAN HATI...


sekiranya kawin,jika ibu@ayah menyuruh menceraikan bini,
apakah perlu ikut or tidak?
bagi aku perlu...sebab anak lelaki tetap terikat dengan janji2x..

"syurga dibawah tapak kaki ibu,celak ketiak ayah"


mungkin ada yang mengatakan aku ini melampau...
owhh,terpulangg...sebagai anak lelaki...inilah yang perlu aku katakan
jika aku wanita..aku akan kata...

"Syurga Di Bawah tapak kaki SUAMI,hohhoo~~~"

sekian....xperlu aku brckp bnyak...sebab banyak silap,hohoho
owhh...entry ini sempena kelahiran baby kawan aku....hohoho
semoga sama-sama dapat menjadi anak yang baik pad orang tuanya...
jangan menyesal selepas sesuatu itu berlalu pergi...

ps:-kalau rasa nak comment sperti
-saya sayang mak saya..XPERLU...~~

Saturday 11 July 2009

Amalan yg Paling Mudah?

salam alaikum...

KRINGGG kring KRING...
telefon bebunyi...
ada orang sedang menulis...

kring KRING kring...
angkat telepon....
ada orang gagal berhenti rokok...

hehehe...

erkk..
sebelum pegi jauh..
perokok yg perasan soleh
hanya berhenti 1 bulan 4 hari sahaja,huhu
dan sekarang????hohohho
seperti biasa...aku adalah perokok,hohoho
tapi...aku xder la hisap kuat..
cuma sekadar sahaja...hohoho

jadi korang yg terasa menyesal ucap tahniah...
lihatlah video ini...
amati dengan senyuman..lalaala
insyaallah korang ketawa...
jangan la maki aku,
selamt melayan...meowww3x




yess...
sekarang korang sumer gumbira...hehee
so,kita kembali kepada tajuk asal...

amalan yg paling senang dilakukan...
owhh,kalau rasa korang sudah ada amalan2x tertentu..
xperlu baca..
kalau rasa nak taw,
bacalah...huhuhu

APA YG PENTING????

K.E.R.J.A.S.A.M.A

baiklah...
pada orang yg cukup solatnya...
jadi eloklah setiap kali selepas solat..
kalaulah korang malas zikir,
malas pulak hendak solat sunat,
buatlah SUJUD SYUKURrr..

senang jerk..
lepas solat,
sebelum bangun..
ketika duduk
baca niat sujud syukur,
n then angkat takbir..
n then sujud..
n then...korang pikir2xkanlah..hehehe

dan dalam sujud tue,
baca la doa2x sikit
especially untuk parents kita..
kalau xreti arab,
baca doa dalam bahasa melayu..
baca dalam hati..

"biar xdapat buat sumer...
tp jangan tinggal semua.."


dr tuah tambah:

"tapi kan lebih elok kalau buat semua???"

ingat...kadang2x orang yg selalu buat sujud syukurpun,
xreti bersyukur...cntohnya???
aku la,saper lagi,adioss
tue sebab xberhenti rokok..uhhuhu

tp tue bukan bermakna
kita kena tinggalkannya...huhuhu
walau xde dalil yg kuat mengatakan benda ini sunnah...ia tetap boleh dilakukan..

dan amalan yg paling best..
ini mak aku yg bagi aku..

"guru yang paling baik adalah ibubapa kita.."

lagipun kan tubuh badan
korang tue sumernya berasal dari
ovum mak korang?
kan darah yg mengalir
sekarang nie hasil dari
air susu mak korang?????
jadi eloklah jadikan amalan
ibu kita amalan kita..
apa amalan ibu korang???
hah???xtahu!!!!
pergi la tanya,huhuhuhu

ok wonderpets sekalian..
ewhh silap...
ok manusia sekalian,hohoho
kita sambung ye..

ketika korangg borink...
nak berzikir..korang dah berzikir
nak baca quran..
dah setengah quran korang baca..
kira dah xder benda korang nak buat..

xpun..jikalah istilah BORING
hadir dalam otak korang

jadi...

letakkan tangan korang dekat dada..(pakai tangan kanan)
lepas tue baca surah alam nashroh
that means MELAPANGKAN..
saya ulangi..melapangkan!!!huhuhu
baca sampai habis..

dan kalau korang bc buku LA TAHZAN,
depan kulit buku dia tulis..

"sesudah kesulitan itu ada kemudahan"-(98:5)

ini ayat surah alam nashroh r,ayat ke 5..huhuhu

amalankan la...
untuk menerangkan hati korang yg malas..
dan membersihkan jiwa korang..
mungkin aku dapat behenti rokok sebulan sebab amalkan
bendalah nie..hehehe

MUNGIN...


owhh...baru 2,
ada lagi tak?
huh!!!mesti la ada...
3 nombor yg best..lalalaa

amalan yg senang korang buat..

seorang mamat betanya

"aku xhafal doa la..
jadi apa yg aku kena buat???
doa naik motor xhafal..
doa nak masuk tandas xhafal..
dan bermacM2x doa yang ada
sumer xhafal..

tp aKU NAK baca apa-apa gak,
baca apa erkk???

the answer is????

owhh..senang jerk,
korang cuma perlu baca bismillah...
baca dalam hati...
xperlu dilafazkan...

sebab bendalah nie untuk makanan hati..

makanan mulut??
makanan mulut KFC la,hehehe....

tapi kalau nak lafaz,terrrrpulang

APA YG PENTING????


K.E.R.J.A.S.A.M.A


hehee...

owhh,apa kelebihan baca bismillah????
ekk...aku xamalkan la,
dan aku lebih suka baca doa terus..
xbaca bismillah,hehehe...

jadi korang cari2xlah kelebihan bismillah..
banyak hadith2x
nabi muhammad S.A.W. yang sebut,,
ada jugak 1001 kisah tentang
kelebihan bismillah...
carilah erk...
jadikan ini kerja rumah..hohohhoho...

sekian...entry kali ini aku rasa mesra alam,hehee

mungkin sebab aku malu dengan
kegagalan berhenti merokok,huhuhu

dan mungkin entry nie terlampau ringkas..
tapi lebih elok menulis dari xmenulis..
boleh manfaatkan blog nie..huhuhu

"manusia yang hebat bukan manusia yang bijak,
manusia yang hebat adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"


"hiduplah sebagai pemberi,bukan penerima..."
-laskar pelangi

Thursday 21 May 2009

SELAMAT TINGGAL???

entry ini tiada makna apa2x...jika ingin baca tekan read more...
jika xnak baca..terima kasih kerana sudi ziarah,hhohoho...
selamat membuang masa membaca entry ini....



Salam alaikum...
selawat dan salaam buat nabi muhammad S.A.W.

memandangkan aku telah berhenti rokok maka....
xpercaya??percayalah sebab aku nie memng dah berhenti ibarat frust bercinta walau aku xpernah bercinta....arghhh~~~
selepas ini blog PEROKOKSOLEH akan ditukar kepada???

perokoksoleh.blogspot ....sebab aku sayang dan xnak ubah...
biarlah nama perokoksoleh tue sebab itupun nama ibuku syurgaku...
cukup aku edit profile sahaja...hohoho

...insyaallah selepas ini,
seperti yg aku katakan..aku akan memberitahu perit payah berhenti merokok..
rasanya pengorbanan dan doa seorang ibu yang membuatkan seorang anak yang hatinya keras boleh cair...dan ini semua ketetapan ALLAH sehh...

ewhh...asal aku rasa ayat aku macam poyoss hah??asal hah???
huhuhu..~~~


entry diblog yang baru bertajuk
"SUKA-duka bersama Rokok??"

ps:tingg tongg!!!harap maklum..ex-perokoksoleh sedang menghadapi peperiksaan..walau aku malas study tp aku xnak rajinkan diriku menulis,hehee

Tuesday 28 April 2009

Sepetang bersama Muslim dan Yahudi...

kisah yang diceritakan oleh mamat kepada aku..

bagaimana ia bermula....

ketika sedang berjalan sambil menghisap rokok dijalan waterfall,uk...
dengan tidak disangka,
mamat telah terlanggar dgn seorang yahudi
yang membawa buku...
huh!!!apa lagi,bersepahlah buku tersebut dijalan raya
water-indah tueh...hehee
belum sempat mamat hendak meminta maaf..
yahudi tersebut telah memaki hamunnya..
maka terjadilah satu pergaduhan mulut
antara seorang muslim dan yahudi..

maka,mamat yang marah dgn makian itu berseloroh dgn tegas...

"sesungguhnya bangsa engkau yang berkopiah kecik atas kepala(yahudi) itu akan hancur,ini adalah janji ALLAH aku dan nabi MUHAMMAD s.a.W."

dan ditambahlah dgn beberapa hadith dari nabi....

setelah itu...

dengan selamba,yahudi berkata...
"hahaha...aku percaya dgn kata itu tapi aku tahu,
orang islam yang akan kalahkan kami
bukan orang islam seperti engkau..
dah la merokok,poyos pulak tue...
paling aku menci,naper engkau perasan hensem??"

aikk...yahudi,kenapa engkau cakap macam tue?
dasar keturun carpet basah...
aku bukan perasan hensem tapi aku memang hensem,hehehe..
oitt yahudi,berikan sebab yang muhasabah kenapa engkau berkata begitu?

maka,sebelum yahudi itu menyambung kalamnya..disuruhlah mamat mengangkat buku2xnya juga...lalu disambunglah kata2xnya

-bagaimana umat islam sekarang hendak maju?
ketika pagi2x aku akan berdoa mengikut ajaran talmudku diluar tingkap,namun aku tidak melihat orang islam pergi masjid sembahyang subuh seperti mereka sembahyang jumaat..
sesungguhnya mimpi2x indah korang lebih berharga dari berjumpa ALLAH...
dan aku melihat umat islam lebih rela menjual kepenatan badan mereka untuk tidak berjemaah bersama mukmin yang lain..
sedangkan bila aku bukak quran..

aku ada melihat tafsir ayat quran..

"tunaikanlah solat dan keluarkan zakat dan rukuklah bersama orang yang rukuk"

kan ayat tue suruh ruku bersama orang yang rukuk?bukankah itu bermakna solat jemaah?
sesungguhnya aku ini yahudi,jadi engkau yang islam lebih arif..xgitu???

maka,mamat yang malu dengan herdikan itu menyanggah walaupun dia tahu yahudi itu benar...
oitt yahudi,
engkau baca doa pukul 7.30 pagi,
masa itu memang xder orang sembahyang subuh la ngekk,
orang siap2x pergi kerja wlaau xsolat subuh...


yahudi pelik???...waaAAA,macam tue ka?ada juga orang yg mengaku islam pergi kerja tapi xsolat subuh?

iyalah...

setelah mamat menjawab kata-katanya yg pertama,
yahudi berkata...

oitt mamat yang merokok dan mengaku muslim,
sebenarnya ada hal lain lagi yang aku lihat pada umat islam sekarang...hahaha

dari mukamu,aku tahu engkau orang melayu..
dari rokok yang engkau hisap,aku tahu rokok itu dari malaysia,lagi2x aku melihat gambar paru2x yang dilukis itu dan aku lebih suka gambar hati,lalala..
jadi,aku tahu,engkau tidak boleh melawan aku,hahaha...

aikk,mamat pelik dan bertanya..
mengapa beliau tidak boleh melawan yahudi...

dengan nada dering pop rock,yahudi berkata:

bangsa yahudi aku sekarang sibuk bekerja,
yang korang sibuk main blog,
hendak buat layout shaaja makan 3,4 jam..
naseb baik perokoksoleh xmacam itu..lalala

sibuk main chatting atas dasar islamic konon...
lepas itu buat friendster dan bubuh kata-kata islamic...
sedangkan apa yang islam suruh korang xbuat..lalalaa
adkah engkau tahu diri engkau itu masih bnyak lemahnya?
jadi,kenapa buang masa?
cuba jangan malas...

"pecahkan tembok yang menjadi kelemahan dalam diri kita,jadi manusia yang cemerlang"

yang dimaksudkan cemerlang,bukan engkau cemerlang dalam exam sahaja..
cemerlang pada hakikatnya adalah mereka yang berjaya dalam hidup...
lihatlah mereka yang berjaya...
walau tidak sempat masuk U,masih boleh berjaya..
masih boleh jadi tukang masak terkenal..

arghh...yahudi,kenapa engkau selamba cakap begini padaku? engkau x takut ker aku akan melawanmu?

yahudi - hahaha...takut kemendanya..
sekadar kata-kata ini,tidak mungkin engkau berubah,dan jika engkau berubah,tidak mungkin engkau dapat melawanku...

malaysia yang menjadi tanah air engkau itupun malayunya bergaduh sesama sendiri..
hinggakan ibubapa yang memeluk islam tidak boleh menukar agama anak mereka...

usman awang dalam sajaknya:

Bagaimanakah Melayu abad 21..
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan




didalam PAS tidak kurang hebatnya...
sungguh kecelaruan didalamnya dirungkai segalanya oleh ustad nik abduh...
kata-katanya yang menusuk keqalbii...
kata-kata azimat darinya

.....Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS?

Jika begitu, sayalah musuh anda!
-nik abduh

sebenarnya,jika orang itu tersilap perlu ditegur..
jika benar,maka hendaklah kita perakukannya..
xkisah la dia pemimpin atau pembangkang

seperti Atok nik aziz cakap:
mereka yang merokok ini ibarat......(sambung sendiri)
ini adalah hakikat,jadi aku,kamu dan dia yang merokok
kenalah terima dan berubah kerana ini hakikat..-ibuku syurgaku
mencapai taraf ulama amatlah payah,
cukuplah sekadar aku,kamu dan dia menghormati ulama...

"Menyayangi ulama adalah iman...
Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah"



lihatlah...perpecahan-perepcahan ini wahai umat malaysia...


secara jujurnya,
selain zionis...engkau perlu risau dengan FREEMANSORY...apa itu freemansory?
adakah pakchik mansor?atau papan lonsor?
hah!!yang itu yang aku xtahu tue..
jadi,engkau carilah sendiri dan kenalilah ia kerana itu juga musuh islam...
engkau islam,jadi engkau carilah sendiri...

dan aku melihat anak2x muda melayu khususnya...
mereka ini sukakan hiburan yang terlampau...
hiburan yang membuatkan mereka lupa yang mereka ini hidup bertujuan...
bukan suka-suka sahaja...

hah!!!orang muslim,engkau pernah baca adventure si peniup ney dari FAISAL tehrani?

"iya,aku membacanya,disitu menerangkan manusia dimalaysia khusunya anak mudanya sudah ditipu dek dunia yang hina kerana gilakan dunia,semuanya inginkan populer,
semua berlumba-lumba tayang tetek,tayng gigi,sumer tayang...
bila bertudung dan menyanyi dikatakanlah ia perempuan solehah,
padahalah tudung yg dipakai itu hanyalah tudung mickey mouse,
solehah kemendanya??
bila artis buat umrah didoakan supaya mabrur hajinya
sedangkan duit hajinya itu hasil dari nyanyiannya di SURE heboh,marbubr kemendanya???ishk2x...

sebenarnya manusia ini tidak sedar...
yahudi,

ibnu masud berkata:

"Hendaklah kamu menjadi mata air ilmu,
lampu petunjuk dimalam hari,bnyak berdiam
dirumah(baca buku,bukan main game macam aku),
sunyi hati dari selain ALLAH..
memakai pakaian yang biasa dan terkenal dikalangan penduduk langit
dan tersembunyi dkalangan penduduk bumi..."


bagaimana ia berakhir......

setelah itu dengan tidak disangka,
mamat dan yahudi menjadi kawan seketika
dan setelah itu mamat tidak pernah berjumpa lagi dengan yahudi itu..
yang mamat jumpa hanyalah pelakon2x yahudi yang berlakon dihollywood...
kerana pada firasatku yahudi itu sebok dgn friendster,blog
dan laen2 lg...(kata org die yg lebih,huhuhu..)

sekian..


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi TUAN DI NEGARA MERDEKA!!!

-usman awang

Saturday 28 March 2009

penyakit HATI (1)...

saalam alaikum......

setelah mana kawan aku menasihati aku...

"anggaplah kematianmu pada hari ini"

maka...aku mula sedar,masa aku untuk berblog,chatting dll juga terhad...
baru aku tahu...
bnyak lagi perkara yang penting dari semua ini...
jadi salahkan kawanku kerana memberi nasihat ini dan
effectnya blog ini tidak di-update...hehehe

hidup ini penuh dgn penyakit hati..
dendam seperti siska, pemarah(macam aku)
mmng penyakit hati yg semua orang tahu...

ada juga penyakit hati yg berseni seperti
orang lelaki yg ketagih perempuan dan sebaliknya
yg tidak boleh hidup tanpa hp kerana penyakit hatinya
ini kerna hati tidak akan tenang
jika tidak berchatting dgn bukan muhrim,
inilah sbb mak aku xbagi aku main sms...hehe
dan sekarang penyakit hati makin menjadi2x dimalaysia...

bila mana tok guru nik aziz mengatakan
perkataan ALLAH boleh digunakan oleh agama lain..
maka orang2x yg perasan power bahasa melayunya
mempertikaikan dan mengatakan
ALLAH hanya untuk orang islam...ishk2x

maka untuk menunjukkan mereka ini pandai,
dihinalah atok nik aziz nieh..
ader pula yang menyindir...
ishk2x...bodohnya manusia zaman kini
sudahlah diri sendiri teruk dan bongok..
mengata pula pada orang yang mulia...

sebenarnya...
korang perlu cermin diri dulu..
dimana martabat korang?
kadang2x ustad2x yang ddekat surau tuepun cakap main lepas...
ibarat dialah superman dekat surau tue...
padahal dia xtahu pendengar ceramahnya lagi super hero,hohoho...
ada ustad yg kutuk mufti tantawi..
ada yang yang kutuk imam nawawi kerana mengamalakan hadith dhoif dll..
ishk2x..
imam nawawi tue saper?
orang zaman tabi dan tabien sehh..
korang tue saper?
orang zaman penyakit hati...hohoho

hadith yg biasa korang dengar..

"ULAMA pewaris NABI"


tapi xguna juga..
kalau xberiman dgn hadith ini...
penyakit hati la nie

SIAPA ULAMA?

ulama...
mengikut orang yang pakar bahasa
mngatakan adalah orang berilmu...
mestilah orang itu mempunyai sijil
...atau ijzah,master dalam bidang2x tertentu...

itulah sebab kalau xder master
mana boleh jadi mufti,hohohho...
sebab tue tok2x guru
hanya bukak sekolah sbb
mereka xder master...
nak jadi lecturepun xlepas...lalalaa

kalau orang awam pula...
ulama nie kebnyakkany mesti yang beljar agama
especially pelajar timur tengah...
tp sebenarnya korang x sedar...

bukan esmua orang yg beljar agama nie
solat jemaah lima waktu...
owhh kalau solat jemaah tue berat..
jadi aku ubah penyataan..
bukan semua yang beljr agama ini
solatnya cukup 5 waktu...
xcaya datanglah arab,hohoho...
jika terkantoi boleh dimaapkan lagi sbb...
aku ada juga kantoi subuh...
solat subuh gajah gamaknya...hehee
yang cilakanya ada juga yang memng sengaja tidak solat...

jadi mereka ini walau blajar agama..
tp xubah seperti anjing didalam stokin
owhh..
cerita pasal meninggalkan solat...

kisah yang aku baca didalam 1001 kisah teladan,xtahu riwayat dari maner...

kisah yg terjadi masa zaman nabi musa...
seorang awek cun yang cantik datang kepad nabi musa a.s dan meminta agar mendoakannya supaya ALLAH mengampunkan
dosanya yang keji..
lalu bertanya nabi kepadanya...

"cik saudari..dosa aper yang dah cik buat?
can u explain 2 me?

"saya segan wahai nabi ALLAH.."

"wahai ciksaudari...cakaplah,tarik nafas 3x dan ceritakanlah,jangan ragu2x...

lalu setelah nabi musa berkata begitu...
beliau mengaku...

"saya.....da..h berZINA..."

tersentak nabi musa A.S!!!

disambung kata2xnya..

"pas 3 bulan saya hamil...
pastu masa lahirkan baby itu..saya membunu...hnya,sob sob"

maka setelah itu marahlah nabi musa...
maka nabipun menghalau awek cun yg tiada dara itu dari rumahnya...

"nyah ko dari sini..."

maka...menangislah awek cun tadi sambil keluar dari rumah nabi...
sayu tangisannya seperti irama kuch kuch hotta heii...
ko bayangkan nyahh oiii..
seorang nabi telah menolaknya...
orang biasa lagilah..

setelah itu...ketika nabi musa duduk seketika...
datanglah jibril...
maka bermulalah dialog antara musa A.S dan jibil...

"musa,kenapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya..
do yo know dosa yang lebih besar dari itu?"

"jibril,apakah dosa yang lebih besar dari menjadi seorang penzina dan pembunuh anak sendiri?"
tanya nabi kepad jibril

ada...jawab jibrill

nabi musa bertanya...
"dosa aper tue,may i know ?"

jibril berkata...
"orang yg meninggalkan solat dgn sengaja tanpa ada penyesalan dihatinya..."

mendengar kata2x jibril..
lalu nabi memanggil awek cun tadi lalu mendoakkannya...
maka gumbiralh awek cun itu...

beginilah cerita yg aku baca...
maap perokok soleh tidak pandai bercerita dengan baik seperti dalam buku...lalala

baiklah,kita sambung balik...
tentang ulama tadi...

ulama pada pandangan pakar bahasa...
dan pandangan orang awam...

kalau pada quran pula?

"...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu"


35:28

jadi..bila mana ilmu bertambah,makin tunduklah dia kepada ALLAH...
makin dapat jadi menteri besar..makin kecik rumahnya..
bukan makin besar,hohoho...
inilah ulama...

ibnu masudberkata:

orang berilmu bukan yang bnyak menghafaz hadtih tetapi mereka yang takut pada ALLAH...

inlah penyakit hati...
terkadang orag yang bijaksan juga terkena,makin bnyak ilmu makin sombong...

kesimpulannya...:macam mana aku bagi hujahpun tntng kalimha ALLAH..korang lagi kuat hujah sbb korangkan beljar untuk melawan orang...hohoho
sebab tue tok guru nik azizpun korang lawan...
penyakit hati owh penyakit hati...

"kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing tetapi kita tidak layak menyuruh orang mengikut pendapat kita dan cara kita"


baru2x ini...
perhimpunan UMNO..
seorang lelaki yg disembunyikan namanya berkata...

"PMRAM sebuah pertubuhan di arab membawa ideologi pembangkang dan pelajar2x yg masuk PMRAM perlu ditarik biasiswanya..."

ishk2x...aku bercakap macam aku ini ustad pMRAM,hehee
sebelum melangkau jauh..
aku bukan budak PMRAM..
dan bukan budak NADI UMNO(pertubuhan dimesir)
tapi budak2x pMRAM suka chop @ claim aku as like budak nadi sbb aku ini tidak suka join dgn kesatuan pMRAM dan aku nie bukan baik,pakai seluar jenas,kopiah xpakai,merokok pulak tue...hoho
jadi diarab ini aku hidup dgn badan kebajikan pelajar wilayah(kL) pertubuhan yang disyangi duta sbb kami bukan pMRAM dan NADI UMNO..
universal katerkan....

maka...orang2x uMno yang berilmu ini juga kelihatan bodoh kerana percaya kepada kata2x seorang lelaki yg dirahsiakan namanya...
lagi sedihnya kerana mereka ingin menarik bantuan pelajar2x yg msuk PMRAM..
ishk2x..
owhh...rasa-rasnaya isu menarik bantuan pelaajr mmng biasa aku dengar..ishk2x
maka sebelum membuat keputusan rujuk quran dulu..sebab ALLAH dah bgtaw..

“Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.”

Az-Zukhruf:36



PMRAM ini tidak jahat...
PMRAM ini bukan pembangkang
PMRAM ini tidak mengambil duit pelajar
cuma...

kebnyakkan AHLInya bnyak yang JUMUD,hohho...
sebab itu aku yang sekarang ini membela dorangpun diclaim UMNO
sebab aku berkawan dgn nadi UMNO..pergi program UMNO..hahaah

jadi pakcik2x uMNO...
jauhkan penyakit hati anda dengan sikap2x mazmumah...

"terkadang kita masak nasi sedpanya seperti masakan cheff one...
terkadang kita masak nasi rasanya tidak mahu dirasai...inilah kehidupan"


percayalah kerana kekuasaan al-baky yang penuh dengan emas,awek cun,istana yang megah tewas ditangan harun ar-rashid dgn seketika sahaja....kerana inilah kehidupan

sekian...
akhir kata...

ibnu qayyim @ imam ghazali(xsilapku)...
ada berkata...

Carilah hatimu pada tiga tempat:

1-saat mendengarkan quran
2-ketika dalam majlis zikir
3-disaat sedang menyindiri

so,carilah hati anda....jangan biarkan hati anda
diselubungi misteri NTV7...

Thursday 19 February 2009

Caramu dan Caraku??

salam alaik....
entry untuk membalas kiriman email(tiada kerja)..
sorry kerana menanguhkan bebrapa entry,hehehe

sinchan:apa guna balai polis jika maaf boleh selesaikan segalanya...

perokoksoleh:pendeknya entry sependek.....(sambung sendiri)

caraku adalah aku,

"akan keluar satu kaum diakhir zaman,
orang-orang muda berfahaman buruk.
mereka bnyak mengucapkan perkataan 'khairul bariah'.
iman mereka tidak melampaui kerungkung mereka.
mereka keluar dari ugama seperti meluncurnya anak2 panah dari busurnya...."

inilah isi antara sedikit isi yang aku terima dari seorang yang aku
sendiri x mengenalnya...mungkin orang beljar diarab juga,lalalaa

xsilapku,hadith begini aku jumpa dibuku-buku mengenai...
akidah ahli sunnah wal-jamaaah..
namun ia digunakan untuk menegurku,terima kasih..
owhh tidak lupa juga kepad cikgu e-ya kerana membuat satu entry semata-mata
ingin menolak pandanganku,amatlah aku hargai kerana berfikiran terbuka...
yang menyuruh aku berhenti berblog bolehlah korang pasrah kerana
aku masih ingin berblog,hehehe

tuehhh...
mengikut buku2x yang aku baca...
hadith diatas menerangkan orang2 muda ghairah mengeluarkan hukum dari quran dan sunnah,
sedangkan iman mereka nipis sekali ibarat benang...
ibarat keluarnya anak panah dari busurnya...
dan mereka ini suka berkata tentang hadith dan quran tetapi hakikatnya
mereka telah lari dari agama...

hah!!!
jika diteliti blog perokok soleh...
tiada satu cerita doremon yang aku kisahkan,lalala...
hatta,sinopsis untuk kisah conan aku tidak selitkan,
jadi...mustahil aku ingin menceritakan masalah2x hukum yg lebih rumit..
dimanakah entry yg menceritakan masalah2 hukum?
bukanlah tidak ingin disampaikan namun tidak sesuai..
kerana orang2x awam bukan semua belajar ilmu usul fiqh..
adalah amat takut jika mereka berfikir dengan hanya satu hadith sohih sudah
boleh dijadikan hukum...
dan jika berfahaman begini mulalah korang membida'ahkan orang,
sedangkan ilmu didada baru sebesar semut..


waaHHH....
pandanganku mengenai isu boikot rupannya mendapat perhatian,
namun ini hanya pandanganku.....
tak kusangka,blog yang sengal ini mendapat perhatian...syukur

caraku adalah aku...

aku adalah aku that means aku adalah seorang muslim yang berpegang dengan quran dan sunnah,
bukan aku adalah seorang muslim yang bijak berkata mengenai quran dan sunnah...

inilah masalah kita.......
apabila orang islam sendiri tidak percaya kepada orang islam....
kita memang berbeza pendapat tetapi kita juga perlu bersama.
bersama menulis blog,bersama bertukar-tukar pandangan...
bukan bila berbeza pandangan terus putus hubungan diplomasi,
terus xnak makan kfc bersama,adesss..
inilah juga masalah negara sunni yang dari dulu memcemuh iran yang sebuah negara syiah...
sedangkan apakah negara2x ini ada sumbangannya??
(apaakah korang yang menyuruh aku berhenti blog mempunyai blog?)
adalah elok jika mereka duduk semeja dan membincangkan cara membuat senjata,
cara membangunkan ekonomi...
amatlah malu kerana pandai berkata tetpai sumbangan tiada...

inilah masalahnya.....
sedangkan orang terdahulu pada zaman keemasan islam telah mengajar keterbukaan fikiran..
bukanlah bermakna terbuka fikiran kita tidak boleh membunuh mereka yang murtad...
orang yang murtad perlu dibunuh,jgn korang terkena anasir2 islam liberal sudah...
kerana apa?
kerana ia seolah-olah pengkhianat kepada agama..
adakah pengkhianaat negara kita bunuh tetapi pengkhianat agama kita biarkan....
islam sendiri mengajar,
jika mereka ada yang murtad tetapi tidak menzahirkan maka tidak boleh dibunuhnya..
itulah seorang muslim berbeza dengan seorang kafir...

sekiranaya korang ingin menulis dengan gaya seorang mat jiwwang,tuliss...
korang nak menulis diari hidup korang,tulisss......
korang nak hina PAS atau UMNO,tulisss...
aku xakan hantar e-mail untuk menegur korang,lalala...

bila isu palestine keluar...
terpampang la dekat blog2 korang boikot sini sana...
kalau yang buat baik lebih sikit sumbang pad palestine terus show-off diakhbar-akhbar...
xpercaya?korang baca utusan dan harakah...
baru melawat dihospital mangsa kekejaman israel,terus cerita dekat semua..
bolehh blahh,
orang buat baik mana tunjuk beb...
tok guru nik aziz buat baikpun x tunjuk dan...
untuk pengehtahuan korang,cerita kehidupan tok guru bukan atas permintaannya
dan bukan lakonan seperti yang dikata puak2x yang sengal-bengal ini...

korang akan melenting bila orang membuat blog seperti blog perokoksoleh...
maka,tidak hairan korang akan melatah bila melihat blog yang menghina islam..
sebenarnya seperti yang kukatakan...
umat islam lemah..
maka,kekuatannnya adlah mempelajari ilmu...

jika orang membuat blog menghina islam...
kita melawannya dengan blog mengagunkan islam....
jika mereka melawan dengan hujah bible,
kita melawan dengan hujah quran,
jika orang membuat blog dengan bahasa teruk macam ini,
korang buat dengan bahasa indah...
bukannya kita melawan dengan
mencaci maki dan selepas itu membuat blog yang meraban...adesss

jika blog korang tiada tetamu..
mengapa perlu pening??
blog korang akan jadi inspirasi untuk diri sendiri..
kita hanya perlu diri sendiri untuk maju dan berubah...

caraku adalah aku,

bahasaku ini adalah bahasa duniaku yang realiti..
aku tidak minat nak ana-ente-hua-huma-hum...
jangan jadi sengal...
kalau setakat ana-ente....
boleh blah...
nak cakap arab,cakap terus..biar silap asal korang ada usaha..
sampai bila nak ana-ente-hua-huma-hum?
sampai tua?
malunya bila melihat conan,yugioh,doremon,ran shaman king,yuna bercakap arab dalam tv..

tidak kisah korang nak ana-ana dengan sesiapa,
tetapi korang xboleh nak suruh orang ana-ente dgn korang..
jika korang ana-ente dgnku..
aku tetap dengan aku engkau/cik...lalalala

kealiman seseorang bukan dinilai pada jubahnya,bukan pada janggutnya,
bukan pada ana-entenya,bukan pada rokoknya...tetapi dinilai dari sudut akalnya...

"beza seseorang itu adalah dengan ilmu dan akal"

ewhh.....bukan beza seseorang itu dengan takwa ker?
hahaha....sengal,jika korang ingin beriman korang kena ada ilmu bukan
taklid membabi buta...
dan jika korang membaca kisah2x mereka yang masuk islam seperti saintis contohnya,
mereka masuk bukanlah hanya mengikut membabi buta macam kita yang lahir2 terus islam..
lepas tue xtahu rukun iman dan islam,bahkan nama malaikat dan tugsnyapun dah lupa...
ini kerana mereka sedar agama islam dan akal itu ada kaitan..
berbeza dengan agama lain..lalalala

setelah korang berilmu korang perlu akal untuk membangunkan diri dan beramal soleh....
itulah seseorang yang mulia disisi ALLAh adalah mereka yang bertakwa...

"the power of bird at the wings,the power of elephant at the strengt,
the power of human at the brain or intellect..."


jadi gunakan akal.....

orang yang matang bukan matang dari segi umurnya tetapi seorang yang matang
apabila boleh berfikir dengan bagus dan matang...

penulisanku adaalh pandanganku....
aku,kamu dan dia semuanya berbeza citarasanya...


merujuk mengenai hari valentine?
sila lihat entry....

valentine 1

valentine 2

ps:perokok soleh tidak reti memberi ucapan dan beliau tidaklah beremosi...
maka,marilah sama-sama kita mendengar lagu ini yg beshhh yg lebih emosi....lalala





Tuesday 10 February 2009

kita yang lemah....

hai...
nama saya roni dari rona roni makaroni...
kali nie perokok dia cerita ikut hati noh sebab otak dia tengah sedeyyy....
jadi hangpa,kalau silap tegur noh...
hangpa nak taw?
la nie dia........

"DILEMA seorang perokok...."

bob miyah:bila puaka niyang kerepek 2 aku?

perokok hina:oleh kerana kisah bob miyah kurang penting walaupun penting...jadi,aku tanggguhkan dahulu,lalalaala

"pentingkan perkara yang penting dari perkara yang tidak penting,barulah hidup ini harmoni"

bila bukak ym...

puittt...

terjembullah msge offline dari kawan2x aku yang hanya reti mengforwardkan message...

lebih kurang 15 message serupa...bunyinya seperti ini:

"Di Israel,merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok,dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel,siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.(Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)"

tahu apa aku buat???aku tersenyum dan terpikir....

keliung keliung keliung...(bunyi sedang imagine sesuatu)

dorang nie dah baca ker artikel penuh fasal bendalah nie?

dorang nie paham ker apa yang penulis asal ingin sampaikan?

aku tidak terasa dengan secebis kata2 offline yang sengal yang diciplak dari sebuah artikel...
aku lebih terasa dengan artikel sebenar ini yang dikeluarkan oleh seorang doktor..

jawapnnya dorang xpaham kerana kata2x itu hanyalah secebis dari sebuah artikel...artikel yang aku dah baca dan kesimpulannya adalah...

ORANG YAHUDI HEBAT DAN ORANG ISLAM KINI LEMAH...

melihat senario malaysia kini dengan kisah pemimpin dengan irama lompat sikatak lompat..
manakala akhbar2x pula dengan sikap masing2x...semuanya mengikut rentak bangau oh bangau...
aku pula dengan irama....???
iya,aku dengan irama etnik melayu yang makin lembab...

nah korang sebagai rakyat malaysia..tepek pada muka masing2x kemaluan malaysia(termasuk aku)...
makin hari nilai mata wang makin turun...
aku yang dekat arab nie makin payah sebab duit belanja kurang...
yang diamerica?dirusia?dimorocco?
korang leka,leka dengan permainan politik bodoh...
yahudi bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu pukul berapa datuk harimau sebab melihat berpa mata wang malaysia makin jatuh..


masa disekolah dulu...sesengal sengal aku,aku selalu mendapat pujian..
dari kawan..cikgu,makcik kantin except my mother,lalala..

dan aku pelik kenapa makku syurgaku xpuji daku sedangkan cikgu aku sendiri kater aku nie nakal tp beljar ok?

rupanya bila aku sampai diarab aku jumpa dengan budak yang sebaya denganku yang kini sudah berada ditahun 3,dan boleh membaca kitab arab...
menghafaz quran dll....ishk2x,rupanya aku hina dan masih teruk

manakala kawan aku yang aku puji ini berkata dia juga lemah kerana ada kawan dia yang lebih dasyat yang kini juga menjadi kawan aku..
apa yang dasyat?
beliau boleh berckp 7 bahasa dan badannya telah sebati dengan ayat2x ALLAH..
nah,sekarang siapa yang lemah?

the answer is UMAT ISLAM...

aku diarab ini sudah bosan dengan sikap sesetengah orang yang rasa diri hebat dalam hukum hakam islam...
padahal hukum dan fatwapun xleh nak beza..
hinggakan ada seorang budak membeli buku dipameran buku antarangsa arab mengenai haramnya rokok untuk berbahas denganku perihal rokok...ishk2x,sengal sengal

owhh,tidak lupa juga kepada pemboikot-pemboikot barangan yahudi...
yang memiliki nokia...
yang memakai levis...
yang menggunakan......yang yang dan alahai ayang,huhuhu

syukur yahudi xlayan blog orang2 kita...
kalau x,terserlahlah kesengalan kita...

yahudi finland berkata:kata boikot?tp awat syarikat aku maju jerk..hari2x ada hp baru keluar???...

asal hah???
aku tidak kisah korang nak boikot ker x nak ker...
dah aku x nak boikot...kenpa la korang nak kecoh2x??
nasri pemain bola sepak islam tuepun bermain dalam kelab arsnal....
kalau aku kata aku boikot ibarat aku tidak berpijak dibumi yang nyata..
hanya tahu bercakap...pooOOrah

baiklah...disini mari kita menjadi pengkaji

kenal siapa itu
enchek albert einstein??

kenal siapa itu
pokchik karl marx??

kenal siapa itu
cik milton friendman??

kalau x kenal...pergi kenal2xkan diri dengan mereka
huh!!korang adalah pengkaji...jadi silalah kaji kerana aku xsuka bagi free2x...

kita teruskan fasa ke-2...

kenal apa itu
Polo Lauren

kenal apa itu
Coca-cola

kenal apa itu
Google(kalau tahu jangan jadi blogger,lalalala)

kenal apa itu
DKNY Donna

kenal apa itu
Dunkin donuts

kalau xkenal pergi kenal2kan diri...

hah!!!

fasa ke-3 paling ngeri...
bukan calang2x orang tapi pemimpin...

kenal siapa itu...adesss
penat den tulis kenal ini kenal itu...

yang pasti aku nak bgtau,dunia sekarang YAhudi pegang...
sebab umat islam lemah..

bagaimana ingin mengubah??

kita kenalah menjadi lebih maju...
rajin2kan diri solat...
rajin2kan diri paham quran
rajin2kan diri baca buku

narutopun rajin berlatih kungfu untuk menjadi hokage...
ronano zorropun rajin bersenam untuk menjadi pemedang terhandal...
jadi,tetapkan matlamat masing2x....

bukan rajin..
main politik bodoh..
main internet...
main game macam aku...
main main main...

maka....sebagai penutup marilah kita sama-sama main bangau oh bangau dengan menyalahkan pemimpin2x OIC

ini adalah satu sebab sengalnya umat islam..

dari 57 negara islam....just haved 500 university sahaja

tapi di america yang aku,kamu dan dia maki tue...

mempunyai 5000 lebih university...

huh!!!
sebab ini menuding jari jadi aku tunjuk satu sahaja,yang lain korang tambahkan la..lalala

banyak kesengalan negara2x oic cuma aku x minat nak cakap sebab bukan dapat faedahpun...lalalala

penyelesaiannya..

BACA BUKU...BACA BUKU BACA BUKU
-ibuku syurgaku

bukan baca blog aku dan...
bukan baca kisah politik yang sengal,tagi elok baca blog aku,huhuhu...
korang bagus...blog korang untuk dakwah tapi perlu ingat erkk

"berdakwah pada diri adalah pokok utama untuk menjadi pendakwah dan tarbiyah perlu dipaksa didalam diri"


akhir kalam,ambillah kata2x kawanku ini....

"sebenarnya YAHUDI tidak hebat tetapi orang islam yang lemah...
kita sebagai ISLAM lebih kuat kerana mempunyai ALLAH kita,dan kita percaya dengan AGAMA kita jadi kita perlu lebih maju kehadapan tapi syangnya kita lalai..."(aku lalai....sob sob sob)

Monday 2 February 2009

Indahnya Islam...

assalamualaikum...


sikit-sikit islam...
sikit-sikit jerk silap..
sampai bila nak maju doll??
mamat brsuara....

iya..memang silap,tp bukan dgn kesilapan engkau aku memusuhi atau membenci kau..
tapi aku kena la bgtau/ingatkan/nasihatkan sbb engkau adalah islam bukan orang kafir...dapat?
akupun ada silap...
aku merokok namun aku bersyukur kerana pemikiran aku xsesat macam kau..

tapi yang berzina,pakai sexy dll ada jerk yang bagus dan......
belum sempat mamat menghabiskan dannya,
aku menyampuk...

waaaAAhh...
ah chong yang baru aku kenal suka bila aku ceritakan pasal islam...
mary yang baru kelmarin aku ayat suka pada islam..tapi orang islam jugak yang menolak islam.....ishk2x

dan perjuangan islam xperlukan orang macam kau...islam hnya perlu orang islam yg betul2x memahami islam...dan engkau mamat,
pemikiran engkau telah jauh dengan ala-barat yang celaka itu...

"jika islam ini ibarat bangunan yang usang..akan aku berjalan kemalata dunia mencari pemuda-pemuda yang ikhlas kepada islam untuk membangunkannya menjadi istana yang indah"
-yang mati syahid(hasan al-bana)

jawapn DR. K.I.A.H ketika ditanya tentang umat islam

"sebenarnya umat islam makin bodoh kerana mengagung-agungkan barat...
manakala golongan yang berilmu sibuk membincangkan masalah sifat ALLAH yang 20,
tentang roh..sunni-syiah,perkara khilafiyah.....inilah sebab blog perokok soleh tidak membincangkan perkara khilafiyah...lalalalala~~~"

dari membincangkan masalah khilafiyah baik aku ajar cara solat jama dan qasar...
ini adlah lebih bermakna dan membawa kepada kesatuan ummah..

jika ada orang mengatakan islam ini kolot la itu la ini la~~
sebenarnya mereka yang kolot dan masih tidak tahu kehebatan islam...

Adakah mereka mengenali siapa itu....
abu al-Qasim??siapa Abu hasan bin hitham?ibnu sina?yaaqub al-khindi?
mohammad zakariya ar-razy dll?
kalau tidak tahu..
pergilah belajar dan jgn ckp macam seorang yangh bongok...lalalala~~


tup tap tup tap....aku dah capai 21 tahun
kalau kahwin boleh buat anak,lalalala~~
namun apa erti aku menganut agama islam?

kadang2x...
terpikir jugak,
mungkin orang kapir yang masuk islam lebih memahami islam dari aku...

dan

kadang2x...
terpikir jugak,
orang-orang islam sekarang bnyak yg lari dari islam..
dan bukannya dia menyanyangi islam tetapi islam yang sayanginya...ishk3x

maka,benarlah kata-kata hasan al-bana...

waahh..encik perokok bley bercerita fasal politik la nie??...
ishk3x aku bukannya tidak mahu bercerita politik...
tapi kerana aku tidak tahu lagi sepak terajang dunia politik..
maka lagi eloklah aku bercerita tentang benda yang aku tahu...

aku ada terbaca beberapa blog...
mengatakan seperti
"MAHATHIR MAHA FIRAUN" bla blsa bla...

adesss...aku mula terketuk kepala sendiri dan bertanya...
maha hanya sesuai untuk esa dan firuan itu pula pemerintahan yang zalim seperti yangt diceritakan didalam quran...
jikalah ia seorang yang hebat membuat tipu daya seperti ahli2x kitab yang menukar isi taurat dan injil sesungguhnya ALLAH juga yang maha hebat...

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah),
Allah sebijak-bijak yang membalas
(dan menggagalkan segala jenis)tipu daya."


teruk sangatkah tun tue??
dan orang yang berkata begini,
apakah sumbangan dia kepada agama,bangsa dan negara???
jangan hanya tahu berkata...
dan aku juga takut jika aku hanya tahu berkata tapi tiada pengamatan dengan kata2x dan tulisanku...lalalalala~~

bukanlah dengan menulis begini aku menyokong tun...tetapi berhati-hatilah ketika berrkata,
sekiranya benda yang kita tidak tahu,tidak perlu bercakp kerana itu lebih elok...
islam dah ajaar dah benda nie tapi kita yang xnak ambik,ishk2x...

tok guru nik aziz juga ada memuji tun bila mana dia mengutuk zionis...
cayalah atokkk tapi...
korang xnak contohi....
yang korang tahu berdemo,kutuk sini kutuk sana,solat tinggal,tudungpun pakai masih xbetol...hancur~~~hancur

manakala lagi satu pula...

menghina tok2x guru dan ulama..
owhh,yang ini aku tidak terketuk kepala sebab aku tahu mereka ini memang bongok dan bangang...
jikalau tok guru2x mendoakan sesuatu keatas mereka...ishk2x

islam itu mulia...namun orang islam itu sendiri yang menghinanya,adesss...
keunggulan islam bukan diakui oleh aku dn orang muslim lain malah golongan2x barat juga...

dan seorang father/pope dari russia baru2x ini berkata:
"mungkin hukum hudud sahaja yang boleh menyelesaikan masalah-masalah zaman kini seperti zina,merompak dll..."

gottfriend wilhelm leibnez(orang lamo) didalam theodize telah memuji nabi kita kerana menyebarkan agama fitrah...


dan juga karen amnstrong kot berkata:

"tidak ada satu mana-mana agama yang memuliakan wanita selain islam..
semuanya didominasikan oleh kaum lelaki..tetapi islam beza

dan bnyak lagi lah...

seperti dr. robert briffault,encik pengerusi hewlett packard company dan bebrapa orang(aku lupa ayat2x mereka sebab makan semut arab,hehehe)...

opsss.....kini,aku dah dewasa~~~

sumbangan pada islam masih zerooOOOO....
sedangkan imam syafie yakni imam aku,kamu dan dia teah menjadi mufti dalam umur belasan tahun..
ishk2x...hinanya aku~~~

kadang2x orang islam itu sendiri tidak tahu kehebatan islam...
contoh paling senang...

bila mana azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat bg wilayah2x berdekatan...
korang boleh pulak tinggal solat...

sedangkan adakah korang tahu?

cat steven memeluk islam setelah mendengar suara azan...ishk2x~~~

bila mana akuy,dia dan kamu baca quran,sedikitpun hati ini tidak merasa...
tapi bila orang mengata korang..uishhhh,bukan main terasa erkk??

sedangkan adakah korang tahu?

dan ketika nabi membacakan ayat2x quran yang berbentuk azab allah...
orang mushrikin xsanggup nak dengar sehingga menutup mulut nabi dan merayu supya tidak membacanya...
owhh,kisah ini korang akan tahu jika mengaji fiqh sirah...
dan bila jin2x kapir dengar ustafd2x baca quran mereka akan terbakar...

inilah mukjizat quran...
namun begitu orang islam kini hanya tahu baca...
tengok tajwid(itupun kalau yang mengaji tajwid)...itu sahaja
dalam bab undang2x...ekonomi,sumer xpakai quran...

umar abdul aziz seorang pemimpin yang hanya memimpin 2 tahun beberrapa bulan telah berjaya membuaang kemiskinan,kehinaan manusia dll...
apakah rahsianya?
hanya satu...
kembali pada islam~~~
kerana beliau percaya islam itu indah dan menakjubkan..

dr. gary miller seorang pakar matematik yg memeluk islam setelah dihadiahkan senaskhah kitab al-quran terjemahan padanya..
beliau berkata:(kerana malas menaip kata2x beliau boleh dilihat didalam karyanya:The Amazing Quran)

waaaAAHh...hanya dengan membaca quran hatinya telah terbuka,sungguh islam ini indah...


ishk2x,susah untuk aku mengunkapakan keindahan islam kerana aku hanya bangga menjadi islam tapi bukan semua yang islam ajar aku buat,ishk2x...itulah rokokpun xley tinggal..(anak sapa la nieh,kukukukuku~~)

sekrang korang melihat barat maju tetapi sebnenarnya mereka diambang kemusnahan.
adakah hati boleh tenang dengan kemajuan???
adakah ibubapa akan tenang jika anak2x mereka diguna pakai seperti barang dagangan??
sesungguhnya orang yang mngamalkan gaya hidup islam pasti gumbira...seperti aku,huhuhuhu....
dan ini semua adalah janji-janji ALLAH...
dan janji ALLAH itu benar,bukannya seperti janji-janji manis wakil rakyat,lalalalala~~~

tidak perlu aku berkata panjang..
kerna semua orang sudah tahu tetapi tidak menyedarinya...
yang biasa kita sedar adalah keburukan orang lain...ishk2x

bilalah diri ini ingin berubah???
umur sudah 21?
apakah erti aku menganut agama ISLAM??

"Eropah terhutang budi kepada sains islam,seni islam dan sastera islam dan kerana faktor2x inilah yang menyebabkan ia terkeluar dari zaman kegelapan"
-orang terkemuka barat yg aku lupa namanya

Monday 26 January 2009

kisah 10 point...??

ketika ini..hujan renyai-renyai~~
ombak bergelora..
mak tetap bagi duit..
suruh pergi sekolah..
bukan beli rokok..
tapi aku beli rokok...
adesss...

terima kasih kepada malaikat maut yang xjemu2x melawat aku,kamu dan beliau sambil berkata

"aku pelik melihat manusia,tidakkah dia sedar ajalnya sudah dekat tapi masih boleh bersuka-suka dan lalai kepada ALLAH"

dan manusia2x yg sengal mesti tidak percaya apa yang aku tulis ini..
namun bagi seorang muslim mesti caya punya...
contohnya adlah perjalanan israk mikraj nabi..

tika aku sibuk menulis entry ini..
tika mana korang sibuk hisap rokok..
tika mana korang sibuk mengutuk pemimpin..
tika mana korang sibuk menghina ulama..
tika mana korang sibuk dengan AJL 09,
aku,kamu dan dia kenalah sedarrr..
bumi selalu berbisik kepada kita..
tapi kita yang xsedar kerana dek tipuan arus duniawi..
ini kisah benar ooOO,bukan rekaan
semata-mata seperti cerita pengarah2x filem AJL..lalala~~

kisah bumi ini yg telah mendpat anugerah cerita terbaik sesi 08/09masehi dan diceritkan(pengarah) oleh anas bin malik r.a..

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara..

1.Wahai anak Adam!Berjalanlah sepuas-puas di atas perutku,buatlah apapun terhadapku tetapi ingatlah!!
Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak..

2.Engkau melakukan zina,rompakan dan segala macam maksiat yang ada di atas belakangku tetapi ingatlah!!!
Engkau akan diazab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa macam ayam di atas perutku,
tetapi ingatlah!!!
Engkau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira di atas belakangku dengan pangkat,darjat dan gelaran yg lain, tetapi ingatlah!!!
Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta dgn cara yg haram di atas belakangku sehingga lalai kepada ALLAH,
tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6.Engkau makan benda yang haram di atas belakangku tetapi ingatlah!!!
Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku..

7.Engkau angkuh dan sombong dgn kejayaan diri di belakangku ,
tetapi ingatlah!!!
Engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan riang di atas belakangku tanpa mempedulikan saudara seislammu,
tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah!!!
Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku...

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,
tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku...

kisah ini hanya mengunakan 10 point,115 patah perkataan dan kisah ini berjaya sehingga dikenali satu dunia...
so,hadiahkan al-fatihah kepada anas bin malik walau kita tidak semulianya...

aminnn...

uittt...akupun nak bercerita juga la,
mengunakan 10 point juga,hehehe...
moga2x ada baiknya walau xmasuk dalam anugerah juara lagu..lalala~~
dan ini hanya pandanganqu...
terimalah dendangan pandanganqu...

bila kita melihat balik adat&amalan melayu banyak juga yang kita tersilap...mungkin kerna terikut-ikut atau sengaja mengikut...
baiklah,bebrapa amalan yg terbalik/kelakar bila diimbas..

1.amalan kenduri arwah,
xkiralah buat satu malam ker dua malam ker sampailah 7 malam,pasti kena duit..
sebenarnya islam menganjurkan jiran tetangga yg membuat kenduri ini bukannya keluarga simati..
cuba korang perhatikan,
sudahlah kelurga sianu tueh mati,kena pula buat kenduri selepas menjemput orang baca tahlil..adess
ini bukan dituju kepada orng kaya tetapi kepada orang sederhana...
bayangkan satu malam rm300
kalau 10 malam??
rm300x10hari=kira sendiri...
so,berubahlah kerna takut-takut kita ini termakan harta anak yatim...

2.menziarahi orang mati,
bila kena pergi majlis kahwin sibuk bawak duit..tapi bila pergi ziarah orang mati?
aku melihat hadiah tuk keluarga orang kahwin dan hadah tuk kelurga simati..
lagi bnyak hadiah orang kahwin..
ishkk3x..tv,peti ais,pemanas nasi dll tueh kalau tukar jadi duit berapa la erkk?
so,lepas ini jika aku mati..bagilah duit pada keluarga aku..bukan bg hadiah pada abng aku yang nak kahwin..hehehe

3.menghadiri majlis,
kadang-kadang diri ini juga tidak sempurna..
aku,kamu dan dia sama,hatta orang2x yg besar..
bila ada majlis..smart ibarat
ronaldo ikan priyo..
tapi bila solat dirumah?
cukup sekadar memakai baju pagoda dan kain pelekat..
ada yg lagi dasyat hanya memakai kain pelekat sahaja..ishk3x

4.menghadiri rumah kawan
ini mungkin lebih kepada kaum hawa..
bagi anak adam macam aku nieh,
xder istilah malu bila makan dirumah orang..hehehe
dan yg sebetulny adlah tidak perlu malu makan dirumah orang asal kita beradab sopan..
kita juga dituntut menghabiskan makanan yg dijamu..

"malu makan perut binasa"

5.solat sunat
kalau solat sunat dimasjid..fuhhh
nampak alimm tp sebaik-baik solat sunat adlah dirumah...
jika solat dimasjid sahaja,
apakaha makanan rohani untuk rumah kita??
pikir-pikirkanlah..
namun sbenarnya dianjurkan dirumah supaya terhindar dari sikap riak..

6.adat ramadhan,
bila tiba ramadhan..adlah bazar,
bulan poser nie = mendidik nafsu
tapi bulan ramdhan la yg bnyak habess duit beli makanan,adesss....
ambillah pengajaran dari cerita upin dan ipin yg bnyak sangat beli ayam..lalala

7.perangai ibu bapa,
semua parentss bimbang kalau-kalau anak hasil benih mereka fail dalam exam..
tapi kalau anak xreti solat,baca quran dll..xkisah,
bila hantar tuisyen boleh bayar rm100
tapi bila hantar ngaji..
baru rm20@30 nak berkira..
bila mahal sikit mulalah cakap..
ustad tue kerja xikhlaslah..itulah inilah
lepas tue terus fitnah semua ustad..
adesss..abess orang yg buat kelas tuisyen mahal2x tue ikhlas?ishkk2x..labu oh lbu

8.beribadat
jika hujan ker,motor rosakk ker..
mesti pergi kerja juga..
tapi bila balik umah..
nak solat dimasjidpun malas..ishk2x
malunya,sedar xsedar anak2x dah tengok perangai huduss kita..

9.make-up
lalala~~kena pada hawalagi..
btollah kata kawan aku

"cerita yang tiada hujungnya cerita fasal kaum hawa"

seorang isteri..bila keluar nak make-up sini sana..tapi bila duduk rumah,adess
buruk bebenor...makcik2x,islam menuntut berhias untuk suami bukan untuk aku dan orang awam..syukurlah sebb mak aku xmacam makcik2x nie,lalala~~~

10.rahsia...
kalau semua benda aku bagi xbeshh la..
hehehe...jadi yg kesepuluh korang buat sendiri...sbb bnyak lagi benda yg terbalik yang kadang2x kita sendiri melakukan...

"sesuatu yang diraih dengan payah atau usaha sendiri adalah lebih dihargai daripada sesuatu yang diraih dengan senang-senang"

ps:aku suka buat amalan terbalik yakni membeli rokok..
beli rokok pakai duit poket tapi bila nak beli buku xboleh..hehehe
mesti mintak duit lebih dekat mak aku,lalalala~~~
hinanya aku...ishkkk2x

owhh...lupa bg salam,
so,kita tutup entry dengan kiriman salam aku yang sepatutnya ditutup dengan tasbih kifarah...

assalamualaikum...
(ini juga amalan yang terbalik)

Saturday 10 January 2009

puaka niyang kerepek

salam alyk..
kita bukak tirai blog ini untuk tahun 2009 dengan perihal jin..
ingat,aku bukan bercakap fasal sihir tapi jin...


biasalah tv3...
untuk tontonan umum..
sesuai ditonton semua lapisan masyarakat..
dulu kasihku seru,
kini..
puaka niyang rapik yang pongek..

paling kelakar adalah cara rawatan ustad dlm filem nie...
tiap kali baca ayat quran nak mengerang..
macamlah hantu takut,hahaah..
pastu ustad boleh pulak berjalan 2 2 dgn perempuan ajnabi...hahaha
mentang2xlah bnyak orng malaysia yang sengall,semua kena tipu..

masa sekolah pula,
bila bukak cerita pontianak..
aku akan sampuk....:nanti kalo jumpa pontianak,aku nak bogelkan dia..

bila bukak cerita pocong..
aku akan sampuk:nanti kalo jumpa,
tnya kat mana dia beli kain kapan

bila bukak cerita nenek kebayan..
aku akan sampuk:nanti kalo jumpa,
aku nak check nenek tue pakai jam rolex ke tak??

kawan-kawan aku mmng xkan cter kat aku melainkan kalo aku sendiri yg nak dengar,hehehe..

dan nampaknya sampai kini aku xjumpa,
cuma aku biasa rasa dipandang dan dgr suara2x nakal hantu..
mengilai,ketuk dinding,cakar besi dll..
lagi2x bila isap rokok kat tandas asrama pukul 3pg..
tapi aku tau..hantu nie sengal,
manusia lebih mulia..
lagi2x manusia yg bernama warden,haahaha
syukur..sampai sekarang hantu/jin xkacau aku..
maybe sebab aku kawan mereka,makllumlah..
aku niekan perokok...nanti jin batuk..huhuhu
tp jin islam xkan makan asap rokok aku..
mereka akan makan tulang yang mana binatang itu disembelih dgn cara islam...lalalala~~~

namun pelik..
dalam zaman moden...
manusia makin sial..
huh!!masih mempertuhankan syaitan..
adesss...
ini nanti kita cter bab sihir..
best gak...

dah jelas kita semua ma3ruf...
tujuan besar syaitan2x nie..
korang xtahu???
bak sini perokok yang hina nie bgtau..

syaitan/jin nie membawa manusia kepada kesyirikan..fasiq...menolak ALLAH..

xpercaya lagi?
adesss....
kalo xcaya..g cari buku,
cari kisah penciptaan nabi ADAM a.s...

cerita donngeng yg aku biasa dengar..
biasanya pemimpin2x kita nie ada bela jin,jaga kedudukannya...hahaha,namun selagi xder kesahihannya..sorry la,cter nie jadi bahan jenaka aku jerkk..
kalau ALLAH nak kata jatuh ia,pasti ia jatuh..

cerita donngeng yg lain..
artis2x kita bnyak memakai susuk??..hahaha
nie siap pernah masuk metro lagi..
tp aku tngok artis malaysia hudus2x jerk..
lagi cantik brithney spears..
sia-sia jerk pakai ekk...
lagi elok pakai tudung dan ikut cara hidup islam..

"barang siapa yang mendatangi tukang ramal atau sekedudukannya..sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang ditrunkan kepada nabi MUHAMMAD S.A.W."


dan baru 3 bulan lepas..
kecoh kat paper satu sekolah aper ntah..
pelajar2x kena rasuk...
lalala..asal nie?
xder isu lain??
iya..mmng dorang kena rasuk...
tp klakar..kenapa masuk utusan?
sedangkan bnyak sekolah thfiz yang boleh kata tiap2x hari ada jerk plajar kena rasuk..tapi xder kecoh2x..
dan ptutnya korang kena suka tngok orng kena rasuk sebab?

1-dia akan berkata yang bukan2x..

2-dia akan mengilai..tandanya dia nak ngorat korang,walau bulu roma akan naik tp cover r maco sebab kita semua kena tahu...kita lebih mulia dari mereka.hehee..

okiess..
biasa setiap yang berlaku mesti ada sebab...sebab aper ekk jin nie suka rasuk orang?

uncle seeker yang penipu berkata:
hantu nie suka pada prmpn cantik..
sexyy...sebab tue cter uncle kena ader awek sexy...

hahaha...namapun penipu

nie pulak perokok yang hina kata..
aku duduk dekat darul syifa tau,hehee..

"sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia"

perokok sambung:
biasalah..jin nie nakal 1001x dari aku..hehe
dan kalau ada jin jatuh cinta pada seseorang dia akan masuk seperti yang ditayang di al-kuliyyah tue..jin ada jantan dan betina,bezanya jin xreti main tnet..
dan adakala jin tue dengki kerana rahmat yang allah beri kepada sesorang...
dan jin biasa senang masuk dalam korang dalam beberapa keadaan seperti-:

-marah yang terlampau..
so,kalau korang baran...kalo xkena rasuk maknanya korang boleh kurangkan baran..(^^)

-terlalu takut...
so,kalo korang terlampau takut..kalo xkena rasuk lagi maknanya korang seorang yg perasan takut..

-kotor/sepah
kalau nak tahu bilik kita ada jin atau tidak..tika keluar bilik tegangkan cadar tilam...pas blk tngok la,kalo xtegang memang ada jin la bilik korang..
dan andai btoll..korang tnya la ustad2x,hehehe..
tp biasa rumah yang biasa ibunya yg solehah duduk dirumah jin xkan ader walau sepah kot,melainkan parents yg kerja(rumah kosong)..

dan adalagi..seperti nafsu yang tinggi

owhh.....korang tngok ustd niyang rapik bley melihat hantu/jinkan?
btoll la tue walau hantu dia lawak..
jin tue xboleh dilihat tp dia boleh melihatkan dirinya lagi2x jika seseorang terkena sihir dan benda itu dihantar..

bomoh2x sekalian..kalo nak sihir,sihirlah aku..biarkan jin yang jelma secantik sailorrmoon,hehehe...
kerana kelebihan jin ialah boleh menjelma menjadi otromen,batman dan superman..
tp jin lebih suka jadi raksasa dan benda yg huduss..
nielah tanda kebongokkan jin..
dan bongokknya tok moh yang bersahabat dgn jin...

ustad aku pernah kata,hantu pocong dll tue dari roh yg xtenteram..
dan disini aku berbeza kerana aku difahamkan jin boleh menjelma kepada apa sahaja kecuali nabi kita MUHAMMAD s.A.W..

tp percayalah..
kita iniiiikan kahlifah..
mesti la ada cara mencegah dari jin nie..

"semulia-mulia makhluk adalah manusia"


pencegahan jin/pendinding...

-membaca bismillah setiap amalan..

-ayat kursi..
kerana ketika ayat kursi diturunkan..masaa itu....(sambung sendiri)

-3 kul

-selawat dan salam buat nabi

amalkan nie,jgn kalo bila jummpa jin baru baca,baru terhegeh2x capai lampu dinding..
tengok2x jin yang akan
tegur tajwid korang..hahaah

owhh...tapi korang mesti pelik..
asal xder jin kacau haron din,ismail kamus,hadi talhah,sobry arshad,sobry mat dll??

bukan xder tp ader..tp jin....
(aku malas nak explain)

bailkah..aku dah penat sebab jin kat sebelah aku dah marah nie sebb asyik2x kutuk bangsa dia,hehehe...
so,sebelum aku kena tibai aku berhenti dulu..
amaran kerajaan malaysia:don't try this at u home sbb jin paham jugak upenyer..

sekian,
12.00am
1/1/2009

Sunday 4 January 2009

ya ALLAH....


kulle sanah antum toyyib..
selamat tahun baru...

sedang sibuk kebnyakkan remaja islam malysia yang bongok menyambut tahun baru dengan arak,perempuan,nyanyian,bunga api..
sibuk pula yahudi membantai saudara kita dipalestine dengan pistol,senapang,m16..
sungguh benarlah kata ini..

"umat islam kini ramai tetapi mereka cintakan dunia dan takutkan mati"

manakkala,anak2 palestine berdoa..

ya ALLAH..
aku telah meminta pertolongan dari saudara seislamku..
namun mereka tidak menyahut pertolongan kami..
dimanakah mereka semua?
dimana tentera2x islam?
dimana negara islam?OIC?
dimana mereka ketika anak2x ditanah isra rasullah S.a.W dibunuh yahudi?
lantas apa yang mereka lakukan?
tidakkah mereka berdfikir diakhirat kelak
yang bersama-sama mereka adalah anak2x palesine yang dibunuh ini?
maka..dihadapan ALLAH kelak,terimalah balasan yang setimpal kerana menolak sahutan saudara seislam sendiri yang didalam kesusahan...
sungguh umat islam kini telah mengecewakanku..
sungguh umat quran kini telah mengecewakanku..


maka,dalam kesibukkan ini.....
Dr. K.I.A.H. ingin mensibukkan lagi dengan puisi kot,xpun sajak...semoga kita dirahmati ALLAH..
perokoksoleh:huhuh...terasa aku baca

ya ALLAH...
sesungguhnya engkau menciptakan kami untuk beribadat..
namun bnyak dari kami yang mengingkarinya...
sungguh kami tidak menyedarinya..
sedarkan & ampunilah dosa2x kami..

ya ALLAH...
sesungguhnya kami mengaku bertuhankan engkau..
namun bnyak dari kami yang bertuhankan syaitan..
sungguh kami tidk menyedarinya...
ampunilah dosa2x kami..

ya ALLAH...
sesungguhnya kami mengaku kasih kepada nabi MUHAMMAD S.A.W..
namun bnyak dari kami tidak mengamalkan bahkan meremehkan sunnahnya....
ampunilah dosa2x kami..

ya ALLAH...
sesungghnya kami tahu syurga dibawah tapak kaki ibu..
namun bnyak dari kami yang melawan dan durhaka...
sungguh,andai engkau tidak melembutkan hatinya untuk memaafkan kami...
nerakalah tempat kami..

ya ALLAh...
sesungguhnya kami tahu doa anak kepada ibunya adalah mustajab(diterima)..
namun bnyak dari kami yang sombong kepadamu..
ampunilah kami...

ya ALLAH...
sesungguhnya kami tika kecik selalu mengaji quran...
namun bnyak dari kami yang meninggalkannya setelah dewasa..
maka,lembutkanlah hati kami..

"sungguh!!! andai seseorang yang mengatakan ajaran lain* lebih bagus,cantik dan praktikal dari quran...maka murtadlah ia.."

ya ALLAH...
sesungguhnya kami tahu kematian itu pasti..
namun bnyak dari kami yang masih melengah-lengahkan solat dan membuat maksiat...
maka,sedarkanlah kami..
sungguh kami tidak menyedarinya..

ya ALLAH...
sesungguhnya kami tahu asal manusia adalah dari tempat yang hina(faraj ibumu syurgamu)...
namun bnyak dari kami yang riak..
sungguh kami sangatlah lalai..
jauhilah kami dari sikap mazmumah..

ya ALLAH...
sesungguhnya kami beriman dengan qadha dan qadhar...
namun bnyak dari kami yang akan masuk air(tidak redha) bila mana ditimpakan ujian...
sungguh kami tidak sabar..
sabarkanlah diri kami...

ya ALLAH...
sesungghnya kami beriman dengan hari kiamat..
namun bnyak dari kami yang tidak hirau akan syurga dan neraka..
sungguh kami amat rugi...
kami memohon hidayahmu..

ya ALLAH...
biar tidak minum,
susah,
tidak makan..
merempat,miskin,papa,hina...
tetapi hidayah itu yang kami harapkan..
sesungghnya itulah bekalan yang paling mahal ketika diakhirat kelak..

ya ALLAH...
apalah guna kuasa seperti fraun?
apalah guna harta bersepah-sepah seperti qarun..??
andai tiada penunjuk darimu,
nescaya celakalah kami..


-the end-


*ajaran lain:
liberal/kapital/sekuler/nasional/aties dll..