Sunday 24 August 2008

Masjid Itu Indah

salam alaik...


salam sejahtera...

jika dibaca tajuk entry ini mungkin ada yang terfikir mesti mamat rokok nie nak sembang pasal masjid..
nak suruh orang pergi masjid la tue...
huhuhu,korang silap...akupun xkan suruh,selama ini aku ingatkan jerk
dan kalo korang rasa aku suruh dan korang buat bagus juga..sama-sama kita meramaikan rumah ALLAH...

so,masjid per yg indah???
masjid indah yang dimaksudkan aku adalah perkahwinan...
disini pelajar-pelajar kahwin muda bnyak...
yang baru kahwin abdullah fahmi(ala,budak AQ tue) tp aku xpergi majlisnya sebab xder jemputan dan sebab sikap aku yang malas nak ikut program...
silap aku juga...huhuhu


bila orang kahwin,kebiasaanya kawan2x mesti tanyer aku
"bila nak kahwin?"
"nanti kahwin ko berhenti rokok?"


biasalah tue..
tp sebenarnya hati ini memang nak kahwin dan korang tanyer la mana-mana laki,
setakat ini aku jumper semua nak kahwin..
kalo yang xnak kahwin biasanya mereka yang social dgn perempuan dan mereka yg pernah merasa malam pertama tanpa ikatan tali yang direstui ALLAH dan meniggalakn wanita itu terkapai-kapai...adussss,
wanita janganlah bongek senang terpedaya dengan jantan-jantan hingusan...


siapa kata xnak kahwin?
kalo bley ini time aku nak kahwin...
calon???
adesss...korang nie,bersepah perempuan2x yang nak kahwin tp xder laki nak miinang...
dan kalo xder kat sini,bnyak lagi budak2x uk,jordan dll...
tapi???whats the problem?


maslahnyer...kalo aku kahwin sekarang nampak sangat aku nie gatal telor dan xsedar diri..


perkahwinan dibina untuk melahirkan generasi islam yg unggul...
tapi macam mana hendak melahirkan generasi macam tue andai kata diri yang ingin berkahwin bnyak lemahnya..
masih merokok...
masih lewat subo..
masih malas lipat selimut...
masih xreti masak...
masih gagal mengawal emosi
masih malas nak kemas buku(pas abis baca biarkan,kuuku)...
masih masih dan masih.....................


dan bila berkahwin juga yang insan yg masih merokok dan masih masih ini...
berputiklah cinta antara 2 merpati ini...laki dan wanita
mungkin 2 @3 bulan manis..or 1 tahun manis,
selepas itu pahit macam dalam cerita p.ramlee masam-masam manis...
jadi adakah perlu berkahwin??
andai diri masih ego..
masih tidak memahami wanita..
masih merasakan wanita payah..
masih mementingkan segalanya dari isteri..
masih merasakn lelaki semua sama...
masih masih dan masih........

dan sebab2x inilah aku xkahwin lagi..
andai korang nak berkahwin juga...
silakannn....
tapi fahami dahulu perkahwinan dalam islam..
kenapa berlaku mereka yang berkahwin dan tiba-tiba
tup tap tup tap...
kantoi bini khalwat ngan laki lain..
tup tap tup tap...
kantoi laki khalwat ngan tina lain
adesss..

inilah,dahulu berkahwin atas dasar nafsu sahaja tanpa memikirkan aspek lain dan selepas itu tanggungjawab diabaikan...
dan lahirlah anak2x yg rosak..
anak2x yg rosak ini akan melahirkan anak2x zina...astagfirrullah

cinta 3 segi
yeee.....cinta yang akan terbina selepas perkahwinan,
bagaimana??
ALLAH menjadikan wanita solehah itu sayang dan patuh pada suaminya lebih dari anaknya...
suami yang soleh pula akan sayang pada anaknya lebih dari isterinya...
dan anak2x...anak2x soleh mesti sayang pada ibunya lebih dari bapanya..
maka lahirlah genrasi baru yang islamnya pada hati bukan pada namnya shaja...


bagaiman cinta ini boleh terjadi?
pahami quran dan sunnah..korang akan selamat
(ini sahaja kata-kata yg aku boleh disampaikan,aku xkahwin lagi..so,xboleh lebih2x,huhuhhu)


dan apabila ini berlaku,terciptalah satu masjid yg indah..
yang mana dalamnya disulamkan ayat2x quran,kata2x hikmah...adab yg baik dll...
syukur...aku memang syukurr makbapak romantis tapi kadang2x malas nak tngok..
bila mereka main suap2x makanan...adess
romantis dihadapan anak mungkin bapak nak didik anak2x supaya hormati perempuan...
maklumlah,semua anak2xnya jantan...aku rasa la tp aku xdapat lagi makna sebenar yang inign disampaikan makbapak aku... mungkin kena kahwin dahulu,muawahaha

cheewaahh!!!
aku nie,
bercakap macam dah kahwin..
xlah,ini adalah apa yang aku blaja shaja dan masih bnyak lagi yang aku kena belajar dan
membetolkan diri yg senang terbengkok nie...

-sekian-
-egypt-
menghabiskan sisa-sisa rokok yang berbaki,12.oo pm

Saturday 23 August 2008

hak melayu,hak asasi dan lain-lain hak

assalamualaikum...

selawat dan salam buat rasul junjungan...


"sollu a'la nabi"

tunaikanlah hak nabi kita...korang sebut nie..

"alaik sollatu wassalam"..huhuhu

dulu bila "fitna" timbul pembuat filemnya dengan rileks berkata ini adalah hak...

sedangkan beliau lupa diri kerana telah melanggar hak umat islam...

sebelum tue,aku tidak membelah atau terbelah pada mana-mana pihak...
aku hanyalah perokok yang ingin menjadi soleh...kuuku

baiklah...skang isu semasa aper yg top kat malaysia seperti topnyer cerita hancock???
aper isunyer...isu yang melibatkan aku sebagai mahasiswa...
bila mb selangor ingin membuka kuato pada orang cina sebanyk 10%...
10%???,sikit ker bnyak???banyakk tuehh...
kalo aku untung rm 100M dan 10% keuntungan diberi pada kerajaan(bayar cukai)
berapa aku kena bagi kerajaan??(korang kira sendiri sebab kita semua pelajar dan masih belajar,huhuh)
tapi dalam kuato uitm aku merasakan sedikit jerkk..

kenapa?

walau university dibuka 10%,ketua plaja tetap orang islam...
dan mpp masih orang islam dan...
masih ramai lagi plaja melayu islam di uitm...

persoalannya??
adakah mahasiswa islam yg ramai itu mengikut ajaran islam sepenuhnyer?
adakah mereka brsungguh-sungguh ingin blaja?

dan bila pakcik kholid keluarkan cadangan,mahasiswa yg merasakan meereka ini berfikiran terbuka dan merasakan perlu menegur jika pemimpin silap mulalah tunjuk heroo...
"menjadi hero dijalan raya...
seperti beruk2x dijalan raya"-paklah dan khairy,huhuhu

menjadi hero ingin menuntut hak...
adakah ini hak?
adakah universiti ini bapak kemerdekaan kita yang punyer?
adakah universiti khusus untuk orang melayu islam sahaja?
aku cakap boleh la coz aku ngaji tempat lain...
tempat aku ngaji nie lagi la...maner main kuato2x beb...
satu dunia pulak tu blaja sini...


dan bila jadi hero nampak sangatlah auku memang kena digunakan walau pada hakikatnya auku banyak menyusahkan pelajar...
kebodohan yang terserlah yang ditunjukkan sendiri plaja melayu...
kenapa takut dengan cina?

mak bapak hantar kita blaja untuk pandai..
jadi,ayuhlah...kita blaja dan blaja,
kenapa perlu meminta hak mahasiswa sedangkan hak diri sendiri xtertunai?
hak dengan islam lagilah...
nak tahu hak diri korang carik sendiri nasihat imam syfie...(aku bukan buku teks sekolah)

sekarang ini 80%mahasiswa bercouple,70% yang dah main raba-raba,60%,dah hilang intan emas berlian permatanya...
adesss.....

mana islam korang?
islam yang hanya tinggal kat kad pengenalan dan nama yang hakikatnyer nama malaikat yang 10pun xtahu...

solat?
puasa?
baca quran?
ikut ckap makbapak?
study?

inilah hak2x islam..korang dah buat???
kalo dah terpulanglah nak jadi hero macam hancock...
tapi seorang pelajar yang berkayakinan diri xkisahpun..

andai 100%university dibuka pada cina,
pelajar itu tetap rileks sebab dia tahu..
dia kena berlumba-lumba dengan cina...
dan silap2x haribulan cina2x nie masuk islam sebab melihat indahnya sikap korang sebagai islam...
walau korang merokok korang masih solat,xmain perempuan,xteguk air kencing setan dll...
elehh....macam bagus jerk aku niekan...
aku nie biasa jerkk...bukan baik sangat,nakal jerk tp xkan la aku dan korang yg lain nak kalah ngan orang cina...jadi kita yag masih xmula lagi cara-cara menuju puncak kejayaan...mula la dari sekarang

kawan2x aku yg cina bnyak yang tnyer tentang islam dengan aku...
tapi melayu sendiri xnak sebab rasa diri sudah hebat tapi cara wudhukpun kantoi...
bab2x munakahatpun kantoi..hadith lagi la...sian2x

orang yang berilmu itu hebatnyer pada kata-kata,
bukan pada hebat sikapnya yang suka sangat menjadi hero dijalan raya...
hero pula bukan hebatnya dia menuntut hak tp hebatnya dia menunaikan hak benda lain terhadap dirinya dan selepas itu baru menuntut haknya...


malaysia jadi singapore?
helloo..tlong sikit,kenapa la sultan perak masih ada kuasa bila mana tidak restu pada wakil dap?
sekarang nie malaysia memang nak jadi singapore tp korang yg xsedar...

cina bnyak dekat kontraktor kelas A,
cina bnyak jadi ceo syarikat..
cina bnyak beli tanah..
kalo benda2x nie melayu bnyak...
tapi melayu xnak...
sebab melayu nak jadi hero hindustan tapi xnak jadi hero macam hancock,huhuhu

so,marilah sama-sama kita muhasabah diri dari menjadi hero dijalan raya...

belajarlah dari jepun...

Monday 4 August 2008

Soalan Maut untuk Perokok....

kata kawan aku
"ko membinasakan diri ko bila buat entry nie"
aku kata
"no komen..."

ps:entry ini mungkin lebih macam ceritakan diri aku..so,kalo korang bohsan baca la entry lain k...
jika ada kesilapan sila tegur..sekian,semoga memberi manfaat bersama...


assalamualaikum warahmatullah...(pusing kanan)

assalamualaikum warahmatullah...(pusing kiri)

baca ayat kursi

baca ayat 100dinar

zikir

akhir sekali akpun berdoa...

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh
alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya, dan pujian yang
menambahkan kelebihan-Nya, wahai Tuhan kami, bagiMu
segala puja-puji sebagaimana patut kerana kebesaran
zatMu dan agung kekuasaanMu...."


“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan
dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah
kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari
sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu
dari banyak hutang dan kezaliman manusia...(sampai la akhir)”

lepas tue datang lah sorang mamat kat aku...

biaslah,orang mesti jeles..seorang perokok menjadi imam dan makmum semuanya bakal2x ustad dan ustazah bila blk malaysia...

beliau dengan selamba memberi aku soalan maut...

"tadi ana nampak ente smoking kat bawah...apa hukum merokok??"

aku senyap seketika...
dan dengan muka yang tenang aku menjawab...

"ustad rasa apa??"

"ana tanyer ente,xkan ente xtahu??..yela xguna jadi imam tp smoking"

"owhh,kita blajar agama..so,bukak la buku erkk..hah ustad!!!lagi xguna kalo ustad xsmoking tp nak jadi imampun segan..huhhu"

dan ustad tuepun blah dan yang pasti dia bengang kat aku sebab dapat menjawab soalan maut....

tue kalo ustad2x@budak2x yg dah blaja agama tp kalo yg belum blaja agama tnyer???

yeahhh....aku akan menjawab juga,

bila mana aku lepak isap rokok(lepas balik ngajar),datang sorang pakcik tanyer aku...

"aper hukum merokok??

aku xtanyer balik walau aku tahu dia saja nak uji aku...aku jawab

"haram haram dan haram....kenapa pakcik?"

"tahupun..tp kenapa kamu isap rokok??"

aku jawab
"pakcik....saya isap rokok tp saya sentiasa berdoa dan ikut ckp makbapak agar saya berhenti dan saya akan membaca quran untuk memohon keampunan...adakah pakcik baca quran tiap hari??

pakcik jawab...
"pakcik xbuat macam kamu"

aku jawab blk
"kitakan mengaku islam...kenpa pakcik xbaca quran tiap hari???
so,kita ada lebih dan kurang,tiada yang perfect..saya memang mengajar sekolah agama tp xsmestinya saya perfect..
so,lagi elok kita tengok buruk kita dr tngok buruk orang erkk dan saya tahu rokok nie xelok,say akan cuba tp kalo xboleh saya nak wat camana erkk....lagi lok pakcik doakan saya k

lain pula bila anak murid aku bila aku terjatuh rokok dari poket seluar...

aku akan jawab cara lain..

murid bertanya
"ustad izat,ustad isap rokok ker??

aku jawab
"xlah...(aku kelentong anak murid...),dengan selamba ayam aku komotkan kotak rokok dan jawab blk...
"ini rokok ayah ustad...kamu jgn isap rokok bahaya tau...sebab nanti hati jadi hitamm,Eiiiii!!!!!...."

pastu student2x akupun tahu bahaya merokok lepas aku jelaskan...

tue soalan rokok..biasanya orang melayu islam yg tanyer kat aku..
beza pula mereka yang bukan islam bila chating dengan aku...


apakaah soalan maut mereka??

korang tunggu entry aku "orang kafir bertanya,aku menjawab.."


jadi kesimpulannya...

setiap masa,,korang kena berhati-hati bila terkena soalan maut,
biasanya perokok akan kena soalan begitu...tp kalo orang lain ader la soalan maut dia yang lain,
so..belajarlah cara menjawab soalan maut..sebab soalan2x ini bukan soalan exam yang korang baca dalam buku tp ini adalah soalan dari manusia yang kadang2x xsenang dengan korang atau sajer nak menguji korang...

....tamat...
tambahan:
dan bila kawan aku merokok cakap rokok adalah makruh...
aku akan setuju tp aku lebih mengatkaan rokok adalah makruh tp lebih kepada haram dan haram...
sebab aper??sebab aku blaja dan aku tahu..

aku tetap hisap rokok tp walau kita menghisap rokok kita jangan mainkan hukum ALLAH..
dunia kita kan selamat tp diakhirat???korang jawab sendri k...uhuhu

syukur,aku dah kurangkan rokok laa,20 batang boleh tahan 3hari...(^_^)

Kami memohon ke hadrat Allah Taala agar menyinari hati-hati kami memberi kefahaman yang mendalam kepada kami tentang agama kami,mengajar apa yang boleh memberi faedah kepada kami,memberi faedah dengan sesuatu yang kami telah tahu, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi hampir dengan hamba-hambaNya. Selamat dan salam ke atas penghulu kami Muhammad S.A.W,ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.