Sunday 30 May 2010

Kenapa Suka Imtihan??

"ketika kau merasa pening menghadap buku...
solatla sunat then berdoa..zikir jangan lupa.."

sambungnya lagi..

"ketika kau diberikan ilham,tulislah...
takut2x ilham itu akan hilang"

-pesanan ibuku syurgaku

-jawapan anak ibu tersebut

"ketika sedang pening,bagaimana aku ingin solat
sunat?sungguh imanku lemah..
tapi,zikir akan cb akuusahakan..hoho"

tambahnya lagi

"ketika aku diberikan ilham,
belum tentu aku akan menulis..
tapi jika aku pening,aku akan menulis.."

yer..

memandangkan aku sudah pening menghadap nota..
eloklah aku menulis...hehe

entry lama aku ketika exam tahun 2009 kot adalah
"rabbana nagah kullena fi dunnya walekhrat.."


tahun ini adaalh ini..
kenapa suka exam??

dalam bahasa arabnya
leyh,ente tuhibbu limtihan?

dalam bahasa jepun pula..
cari sendiri,hehee...

baiklah..

aku bukan seorang yg rajin,yer..mmng bukan rajin,
tapi aku tetap suka exam...

lebih tepat "fatroh imtihan"

apa itu imtihan??

imtihan adalah ujian,namun disini..
ujian yg dimaksudkan adalah exam..
bukanlah ujian kehidupan...

jika tentang ujian kehidupan ia lebih panjgn huraiannya..
perlu pula aku merujuk pada hadith2x dan ayat quran..
tiada masa untuk ini...maafkan aku yg hensem ini...heh~~~

jadi,terimalah..entry santai ini...hehee
semoga ada baiknya...untuk peringatan bersama,
especially untuk diriku yg lalai dan hina ini namun still hensem..

baiklah..~~~

mari kita lihat...
perbandingan bulan rmdhan dgn imtihan,hoho


1-ketika exam....

manusia2x yg lalai...
rajin pergi kemasjid..
5x sehari..sungguh mulia mereka

ketika ramadhan,
belum tentu akan kemasjid..
wlaau sahur sudah dimakan,
bantal menjadi penemannya..
lalu solatlah ia dalam keadaan
subuh gajah..sungguh rugi dia itu,hoho...
selamat jika sempat,
jika yg xsolat terus???

inilah jawapannya..

"Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding
dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,
membunuh 70 nabi Dan bersetubuh
dengan ibunya di dalam Ka'bah"
-nabi muhammad S.A.W.

so,jika kita marah orang kafir hina nabi,
marahkan diri kita juga jika tnggal solat..
dapat???hohoho...

2-ketika exam...

manusia sibuk menyuruh mereka
mendoakan mereka agar lulus
dengan jayanya dalam exam..
bersepah2x email diterima..
manakala sstngh orang2x yg maco
pula tidak meminta doa tp hnya mendoakan shja...
sungguh baik 2 2 golongan ini..

ketika ramdhan pula...
manusia sibuk pergi bazar..
susah melihat suara2x

berbunyi...

"doakan tahun ini ramdhan aku berkat.."

atau

"doakan aku mati dalam islam bla bla"

mungkin tiada...yang ada..

"selamat puasa ramdhan"

malam pula sibuk teraweh...
bagus sekali...

selepas itu pulang,
yang mengaji yakni tadarrus 2,3,4,5 kerat..
hoho...

syurkurlah...
ketika imtihan...
pagi hari aku mendengar suara2x
orang mengaji..
lepas solat dengar orng
mengaji..lagi2x jika exam quran,hoho

3-ketika imtihan...

masing2x memohon maaf,
kecuali mereka yg ego...hheeh
akulah manusia itu..

terkadang aku tidak tahu...
apakah salah mereka,
adakah beliau intai aku mandi?

hingga,
aku yg rasa bersalah kernaa
tidak memohon maaf kembali..
yg mampu hnyalah senyum..:)

berjuta2x email aku dapat,
manakala bersepah2x status
ym,facebook manusia memohon
maaf kerna hendak EXAM..

tapi...tidak jumpa lagi status ini,
kecuali akulah yg menulisnya,haahaha...
maafkanku jika ada unsur2x
riak,4 hari lagi exam pula..:)

staus tersebut:-

"maafkan silap aku agar aku mati dalam keadaan yg baik dan
islam,berkat hidupku bla bla"

owhh~~


ketika ramdhan...

tiada memohon maaf...kerana semua tahu...
raya nanti mintak maaf..
keh keh keh...sifat manusia ini mudah diramalkan..hoho

4,5,6...owhh,banyak lagi..
masa imtihan bungkus
komputer..masa rmdhn rilex pula
main komputer dll...

mungkin aku tiada masa untuk study
jika menulis lagi...so,pikirlah sendiri..terima kasih,hehe...


kesimpulannya??

bulan yg dimuliakan kini
menjadi bulan biasa...
bulan yg biasa menjadi bulan yg mulia...hohoh
bukankah bersepah2x hadith
menerangkan tntng bulan kemuliaan ramdhan...??
tidak jumpa pula aku hadith
tntng bulan imtihan..melainkan
jika mereka meng-qiaskan
imtihan dgn berjuang..hohoh

akhirnya...???

aku,kamu dia dan kau...
masing2x tertipu...
haha..padan muka kita semua..

lagipun sudah adat,
kita semua manusia akhir
zaman,manusia yg lalai..
dan manusia yg suka pada tipu daya...

dikatanay belajar kerana ALLAH,
tp hakikatnya..
belajar kerana exam...

dikatanya membantu dijalan ALLAH,
hakikatnya..
membantu diri sendiri..

semoga kita menjadikan hari2x exam
= hari2x dibulan ramdhan...:)

tidak salah berubah ketika exam..
tp lebih cantik jika ia diteruskan..
ke camner???hohoho

ps:-malu pada diri sendiri kernaa xtidur menghafal tp
bila bc quran setengh jam dah malas,ciss

aku pula...
yer,aku tetap begini...
hohoh...sama shja,
beza dlm bbrpaa waktu shja..heh

syukurlah...masih berjaya
mengekalakan markah cukup2x makan...hehe
mungkin ini bencana kepada mereka yg tidak baca buku kuliah,hehe
yg baca hnyalah komik komik dan komik...keh keh keh

syukur juga kerana....
masih gembira walau ketika exam
semalam xdapat jawab 1 soalan
yg markahnya lebih kurang 20...hoho


opsss,

peringatan utk bersama..
bagi mereka yg frust...

disamapikan ibuku syurgaku:-

sandarkanlah semuanya kerana ALLAH,
insyaallah kita akan
gembira wlaau kita dalam
keadaan apapun..
manakala kita akan bersyukur
jika kita dlm keadaan baik

_____________________________

sekian...ingatlah pada ALLAH...~~~

"ketika kau merasa lelah dan merasa usahamu adalah sia-sia..
ALLAH tahu betapa kuat usaha kau.."


"ketika kau menangis kerana tidak paham isi buku,
allah sudah menghitung air matamu...
dan ALLAH lebih suka jika kau menangis kerana silap2xmu padanya.."


akhir kalam..

"kejayaan hakiki itu bila kau mati dalam husnul khotimah dan islam..
kejayaan smentara pula bilamana kau berjaya hidup
didunia,semoga berjaya semua..hehe"

ps:-tulisan ini berdasarkan
sedikit sbnyak kajian sy tntng peperiksaan..
saya tidak menipu...
terima kasih..:P

rujukan:-quran,hadith,
komik ujang,komik jepun,pelajar2x azhar,bdk2x sekolah,..:)
otak hijau sendiri dll...heehe

Sunday 16 May 2010

Perang Dalam ISLAM ?

pertamanya...

lagi 2,3 hari exam akan hadir...
syukur...masih boleh menulis lagi..
bermakna?
aku seorang yang rajin kerana sudah khatam buku...
owhh~~~perasaan 'perasan' itu kembali lagi..heh!!

ke-2...
...aku berjalan-jalan
keblog yang aku minati...

pertamanya pakchek tawel...arghh,
dia xupdate blog...bila agaknya beliau hendak update?
mungkin beliau sibuk dengan komik jepunnya,hehe..

ke-3nya..aku pergi melihat cikl iyana,

owhh...dia berckaap tntng HOSPITAL..
teringat kembali peristiwa aku dimasukkan wad,
ketika itu sempat lagi mengorat 2,3 orang nurse..

ps:-mungkin ini kelebihan lelaki zaman kini..lalalala

owhh...baiklah

entry ini terbit setelah terbaca paper,
berita luar negara..obama memberi beberapa ringgit kepada israel
untuk meningkatkan senjata nuklear mereka....

automatic sy teringat ayat quran lebih kurang bunyinya..

"orang kafir membuat tipu daya,maka allah membalas tipu daya,
sesungguhnya ALLAH sebaik-baik pembalas tipu daya"

-makna ayat

dan selepas baca..sy tersenyum,hehe....
biarkan mereka...
semoga doa saya sampai kepada orang PLAESZTIN...
semoga mereka semua syahid...
bila semua yg disana mati
barulah pemimpin ISLAM nak sedar..huh!!
mungkin ketika itu baru OIC mahu hantar orang2x ke PLESTINE,mungkin..~~

pesanan ringkas penaja:-ini bukan kisah ALI r.a VS Muawwiyah....
bukan juga kisah ABU BAKAR r.a vs.....

terima kasih...



baiklah,kita mulakan entry dgn nama ALLAH...

3....

2...

1..

......
....
.....

"ACTION!!"



perasan tak kita semua??
kebnyakkan sikap kita....

SUKA mengata dan menolak golongan lain...
lalu terjadilah aksi masam muka,tidak bertegur dll = perang...owhh~~

xpercaya...sambungkan pembacaan anda....

jika kau UMNO,kau bukan kawanku...
jika kau PAS,kau bukan keluargaku....

atau...

jika kau tabligh,kau tidak join politik...

atau...

jika kau tak baca qunut,kau WAHABI...

atau...

jika kau puji ALI r.a,kau SYIAH...

atau...

jika kau MEROKOK,kau bukan golongan kami...

atau...

jika kau SEXY,kau HINA....

mungkin juga ini..

jika kau HENSEM,kau adalah perokoksoleh,heheeh....:)


kesimpulan dari ini...

-peperangan antara umat islam masih membara...owhh~
ceramah politik dikatakan majlis berkat kerana ada ulama yg hadir..
majlis ilmu dikatakan berkat wlaau terdapat perkataan yg mengutuk ulama silam..
siapa ulama silam..??

contohnya:-

"imam syafie,hanafi,hanbali,ibnu taimiyyah,muhamad abd wahab dll..."

kesimpulan dari kesimpulan ini...??

umat islam makin berpecah...bukan menjadi satu...satu ini diumpamakan,
ibarat hubungan naruto,sakura,hinata,tsunade..atau mudah cerita..
ibarat hubungan penduduk kampun daun...
satu ibarat hubungan luffy dan nakama nya...hehee
bukan 1 MALAYSIA yer...terima kasih,hohohoh~~~

perasan tak kalian??

apabila dr. zakir naik or ahmat deedat ceramah...
mereka akan mematahkan musuh dengan pegangan mereka sendiri?
kenap dia tidak terus mngggunakan quran atau hadith sahaja??

kerana jika kita rujuk ali imran ayat 68...
disitu persoalan kamu akan terjawab...

kita ambil contoh yang dekat...

pejuang konspirasi mengatakan televisyen itu dajjal dll...
ya..memang boleh dikatakan,
80% benda didalam tv adalah haram...

tapi...

apa yang mereka lakukan???
tidak lain dan tidak bukan hanya cakap "ini illuminati ini illuminati"..
jika mereka buat siaran mereka sendiri yg berunsurkan islam,
mungkin tv akan jadi malaikat..hoho

mereka katakan cerita kartun yang ada ingin merosakkan akal fiikiran,
tapi mereka tidak hasilkan 1 pun cerita kartun....

sepatutnya...apa yg perlu mereka lakukan???
sediakan alternatif baru....bukan hnya bercakap,
lalu menolak dan kritik orang lain yg tidak terima teori KONSPIRASI mereka..owhh~~

sebelum sy mengakhiri entry ini...
marilah kita mengimbau sejaarah silam...

kling~~

kling...

kling~~~

ketika saidina umar r.a ditikam...perkataan yg keluar dimulutnya..
siapakah yg membunuhnya..setelah itu orng di sekeliling mengatakan
yg membunuhnya adalah orang kafir...

setelah itu..umar masih gembira kerana ia mati ditangan orang kafir,
bukan ditangan orang islam kerana mudah hendak dijawab diakhirat..

selain itu...
umar bersyukur kerana bukan
umat islam yg membunuh umat islam snediri...
kerna jika ini terjadi perpecahan dan perang dlaam islam makin membara...

xpercaya??lihat kembali sejarah...
dan umat islam pecah dari bila??

selepas kematian UTHMAN R.A.,
sejak ini mulalah wujud syiah,khawarij dll...

syiah ketika itu terbahagi kepada 2..

1-syiah ALI
2-syiah muawwiyah...

owhh..panjang igler nak cerita...
korang carilah buku...
"ISLAM bila mazhab" musnif = syeikh azhar syaltut..

sambung kembali...

baiklah...
siapa pula yang bunuh cucu nabi S.A.W???

yang bunuh imam ALI R.A.??

renung2xkan dan fikir2xkanlah...selamat beramal,hehe...

sekian...sebelum saya pergi melihat bintang...
melihat bersama kanak2x arab yang bermain dijalanan...

ingin sy ingatkan..
sy hnyalah seorang perokok yg ingin soleh,hehe...
bukan sesiapa yer...
salah silap harap dilupakan...

bye...

entry tambahan sempena hari ibu,hehe :- PAS vs UMNO ?
(sebnrnya suka-suka shja...jika ada kerja abaikan tulisan ini)

berfikirlah sejenak...
walau ia seperti soalan lapuk,heehe...

pelik tak?

UMNO geng MCA dan MIC,
PAS geng DAP dan PKR....
SYIAH geng orang kafir..
SUNNI geng orang kafir..

tapi...

dulu,kini selaamanya...

UMNO vs PAS...

SYIAH vs SUNNI

hmmm...
jawapan yang saya dapat adalah...

=apabila masing-masing merasa mereka ISLAM yang hebat...
apabila ada perasaan perasan BEST dalam diri...
makanya,mulalah mengata pada orang lain...
atau mulalah acara "Bangau oh Bangau.."

kenaap berlaku ini??

masing-masing lupa...beza setiap MUSLIM adalah TAKWA!!
saya ulangi lagi sekali...hohoh...
beza antara doremon dan naruto adalah TAKWA...
dan perlu ingat,setiap orang yg bertakwa tidak suka acara "bangau oh bangau"
dan tidak akan suka menyalahkan orang lain...
terima kasih...

owhh,mungkin juga ia berlaku kerana...

sebab mereka rasa ISLAM perlukan mereka...hohoho
tanpa mereka ISLAM akan rosak...
mereka adalah penegak kebenaran..hoho
jadi,tidak salah kutuk/hina puak lain...owhhh~~~

hakikantya....

ISLAM tidak perlukan aku,kau dan dia untuk bangun...
terutama terhadap pejuang2x yg silap(rujuk entry sebelum ini)...

seperti yang aku cakapkan,sbelum kau nak ISLAMkan negara,
ISLAMkan keluarga kau..dirikau,anak2x kau dahulu...

sekian...

ps:-mungkin juga menulis kerana terasa perpecahan makin menjadi-jadi...
dalam kehidupanku juga se-akan-akan ingin terjadi...
hnya kerana..aku dan kawan2xku MEROKOK,hehee....
semoga kami tidak berpecah belah
wlaau fikrah berbeza,hohoho...


"berlembutlah sesama MUSLIM,
jangan hnya lembut kepada kafir tapi kasar terhadap MUSLIM..
ingatlah,mati nanti MUSLIM juga yg solatkan kamu"