Monday 5 September 2011

Islam itu Boring??

ps:- penulis bukanlah seorang ustad atau alim, penulis hannyalah seorang perokoksoleh...

welcome back to me....:P

Selamat hati raya..
selamat kembali kepada fitrah..
seelamat membaca blog boring ini, hehee...

isu bersih, blog nie tertinggal..
isu bola, pun tertinggal..
isu cerai, lagilah tertinggal..
isu artis...hmm, apa korang ingat ni blog oh media ker?? keh keh keh

dimaklumkan,
sukacitnaya saya ingin menceritakan masalah umat,
salah dan silap harap dibetulkan, bukan dikutuk..

aku bencikan kutukan dari orang,
lagi2x dari mereka yg x hensem... hehe

hah!!! biasa tak korang dengar...??

"mendengar muzik itu haram"
"menyanyi?? lagilah haram!!!
"tengok tv haram..."
"melabur haram.."
"bubuh pic dekat facebook haram"
"tangkap gambar haram..!!" *sejak ustad azhar idrus feymes, tiada lagi dengar suara2x begini...

UMNO haram!!... opss ~~
"itu cerita lama..." kata seorang pnyokong PAS, hehe...

ok, cuba korang sendiri berfikir....

apakah yang kita boleh buat??
kalaulah semuanya haram..

ddan mereka yang budget ustad ini berkata... :-

"ini semua dari ISLAM..."

dan, bila nak nampak alim sikit... mereka berkata,

"haza minal ddin..." <<<< bahasa arab, hehe

-tamat intro-

sebab apa ISLAM BORING??

BAB 1 ( Mereka bertanya soalan yang boring...)

biasanya kalau dalam ceramah, korang akan lihat...
orang2x bertanya soalan2x yg tidak membawa
kebaikkan kepada ummat.... dan akhirnya menimbulkan perpecahan,
yang hakikatnya, mereka hnya membincangkan benda yang sia-sia...

contohnya??

aiii... nak cth juga??

sesungguhnya, contoh2x yg aku beri juga sungguh BORING!!!..

baiklah... cuba try scrolll mouse korang...hehe

-ustad, apa malaikat jibirl buat masa sekrang sbb wahyu xturun??"
-ustad, antara saidina ali dan saidina abu bakar, mana yg lebih mulia???"
-usttad, syatian itu ada isteri tak??"
-ustad, rasa-rasnya...apakah warna kulit nabi adam??"

dan soalan2x ini jika kita tidak tahupun, tidakalah berdosa keatas kita dan xperlulah ditnya..
kan elok kalau kita tanya...

-ustad, apakah perana malaikat jibril dalam siroh nabawiyah??
-ustad, apakah kata2x hikmah sadina ali dan saidna abu bakar yang boleh kita pegang??
-ustad, adakah syaitan itu bersetubuh dgn isteri kita jika kita tidak mmbaca doa??
-ustad, ceritaka sedikit siroh nabi adam.. agar dapat dijadikan panduan...??


dan klau korang nak tahu...
mereka ini memang boring dan sbb mereka boring,
mereka xder kerja.. mereka nak ajak umat jadi boring juga.. adioss~~

bab 2 ( Mereka ini assobiyah dan bertaklid membuta tuli)

hehe... korang perasan tak??
xpayah pergi jauh... bila ada orang PAS, ad ustad PAS cakap..
orang UMNO itu fasiq... maka dipeganglah kata2x itu..
wlaupun siUMNO itu adlah orang surau...

ataupun....

bila dia UMNO, maka segala yang dikata tokguru salah...
hnya pemimpin mereka yang betul...
mashitah betul...
tok guru salah...

haha, inilah realiti kehidupan Fanatisme....

maka, bila korang bersikap wasotiyah(pertengahan)..
ada pula yg budget smart mengtakan..

"ente tidak ada pendirian.." kah ka hakh akh...:D

atau..

"ente seperti orang munafiq" kah kah kah....:P

aku terfikir,
mngkin dorang nie xtahu ,
syeikh hasan al-basri, seorang salafi..
beliau tidak menyukai tetapi
beliau juga tidak menntang hajjaj yg zalim kerana berpendapat.....

nak tahu pendapatnya??....
bacalah kisah beliau, hehe...

walau hakikatnya,
aku boring nak tulis untuk korang.. hehe

so....apa yg kita perlu buat??

mudah sahaja... imam ali karomallah berkata

"Hak dan kebenaran itu bukan diketahui melalui orang,
tetapi kenalilah kebenaran itu dengan haknya"


pesana khidmat msyarakat :- janganlah korang mengambil satu pendapat
kerana pendpat itu dikeluarkan oleh Dr. ker, Ustad power ker dll ker
tanpa ia didasari dengan dalil dan hujah... huhu

bab 3 ( Mereka suka menyusahkan umat)

hehe...
sepuluh jari disusun,
semoga ada kebaikkan bersama...

kalau kita perhati betul-betul...
dah lah orang yang nak jadi islam yg betul tue sikit..
yang seidkit ini pula disusah-susahkan mereka... cess
akhirnya, bila orang lari dari islam...
mulalah main acara bangau oh bangau, adioss...!!

owhh, sila pahami betul2x...
mudah disni dalam masalh caabng sahaja..
bukanlah masalah usul yer... harap maklum...:P

"ahhh, apa beza furu dan usul??"

furu itu = masalah melafazkan talak 3x dalam satu masa, adkaah jatuh 3 atau tetap satu??

usul = sesungguhnya riba itu haram, arak itu haram....

paham?? uhuhu

baiklah... maka, jgnlah terlmapu syadid terhadap orang,
syadid je atas diri sendiri... ibnu sirin berkata

"orang yang bagus itu sungguh syadid pada dirinya..
tetapi berlemah-lembut dan
memberikan kemudahan kepada orng lain"


so, jika korang xdengar lagu m.nasir sbb dia pakai gitar..
korang xperlu halang orang lain utnuk dengar...

kalau korang xcampur lelaki dan permpuan masa belaajr,
korang xperlu nak kutuk orng yg terpaksa belaajr campur...

kalau korang pakai jubah,
xperlulah pandang seorng mereka yg berbaju kurung...

kalau korang solat pakai kain+ bj melayu,
xpayah buat muka nak kena flying kick
dekat budak pakai suar jeans dll....

kalau korang giler dgn persatuan/parti/mazhab,
xperlu korang paksa orang ikut korang..
xperlu korang kata persatuan yang lain pula..
xperlu korang budget,
persatuan/mzhb/prti
korang betul semuanya..

begitulah sebaliknya....

yang betul semuanya adalah ISLAM... harap maklum, hehe

tolong jangan boringkan islam,
janganlah keran kita budget alim,
kerna kita jugalah orang lari dari agama...owhh!!!!

-tamat isi-isi penting-


Kesimpulannya..??

yusuf qordhowi berkata

"Bersikap pertengahanlah antara
kekerasan dan kelembutan"


akhir kalam.. teirma kasih keran sudi mmbaca tulisan yg boring ini,
sesungguhnya membaca tafsir quran itu lebih mulia.. dan ia adalah sbeik-baik kitab...:P

ps:- selepas ini, blog akan up-2-date tetapi tulisan2xku hnyalh pendek2x shaja keran aku bakal menjadi penghutang... dan orng yg berhutang itu sungguh lemah...tata~~~

"mereka ini cintakan agama tetapi
mereka tidak sedar kesilapannya kerana
jahilnya, maka ajarilah mereka mengikut
kemampuan mereka"