Monday, 30 June 2008

KECELARUAN AHLI AGAMA(BID’AH)

Salam alaik…

Nampaknya entry kali ini aku telah merujuk pada ustad @ abang yang lebih pakar kerana entry ini benar2x menyentuh masalah agama…

Aku tidak akan menyentuh nama mana2x pihak…
Harap-harap mereka yang suka sangat membid’ahkan orang membaca entry aku…
Aku menulis tajuk nie sebab aku dibida’ahkan oleh ahli2x agama sediri(sedih tau),sob…sob..sob
Aku…aku akan ceritakan beberapa situasi

Situasi 1
ketika aku berjalan-jalan dipasar arab,datang satu mamat arab kearah aku,
ketika itu aku berada disebelah kiri menghadap kiblat sikit….
Mamat arab yang berjubah tue lantas menegur aku yang memakai sluar jeans dan terdapat earphone ditelinga ini…bermulalah satu perbualan yang singkat mangkat…
 
“salam alaik,ko nie muslim ker?’
“a’ah,naper?”
“ko potong janggut ker?”
“yupp,aku potong tp xcukur”
“ini bid’ah,nabi xbuat”
“yeker?ko blaja kat mana?”
“ada didalam hadith masa aku mengaji…”

Sebab aku malas layan arab nie d akupun xder lah power sangat cakap arab,akupun cakap…

”ok,lepas ini aku tidak akan memotong janggut”

TAMAT

Situasi 2
Aku menjadi imam solat…selepas solat akupun baca lah wirid..
Aku nampak member aku xikut baca..lepas solat aku Tanya dia,

“asal ko xfollow aku baca wirid,pastu aku bc doa ko leh senyum2x,atleastpun tadah la tangan..bapak xblehh blah”
“ko wat bid’ah doll,setiap bid’ah adalah sesat..ko pun taukan…”
“ko nie sesedap mulut jerk cakap camtue,asal ko xtegur jerk budak2x yg baca wirid pas solat?”
“malas r tegur,da berbuih mulut aku”
”otakk ko,sebenarnya ko yang silap,macam nie lah,malas aku nak cakap ngan ko yang celaru nie…pe2xhal nanti ko bukak r blog aku k”

Ini Cuma 2 kisah jerk…tp ader bnyak lg,mals aku nak taip panjang2x..uhhuhu

Sebenanya benda ini tidak perlu dijadikan isu besar tetapi sebenarnya kecik jerk yang dibesar-besarkan sesetengah pihak,walhah ada juga sesetengah mufti yang membangkitkan masalah sebegini yang telah diselesaikan 10000tahun yang lalu..
Sebab korang tidak paham masalah bid’ah nie,biar lah seorang perokok yg dah dapat kurangkan rokoknya bagitau d explain kat korang….

Islam adalah agama yang shumul d perfect…
Tapi bila terdapat ahli agama yang tercelaru maka islam itu tidak nampak seperti perfect padahal islam adalah perfect…

Kita lihat dimalaysia,kita disibukkan dengan masalah yang kecik sehingga lupa masalah yang lebih besar…dan masalah2x nie bnyak mengelirukan masyarakat umum,
Nasebb baik aku blaja,syukurr la coz aku xkeliru…(^_^)
Syukur aku tidak keliru dlm Masalh BID’AH dan SUNNAH…,.


Kita melayu..biasa mengamalkan tradisi turun-temurun seperti
 -membaca yasin slepas solat..
-menyapu muka selepas solat
-sambutan mauled nabi
-tahlil
-open house sempena hari raya…dll

Namun malangnya,ada pihak dengan selamba ayam mengayamkan dan membid’ahkan orang-orang yang membuat amalan2x ini…
Sesedap jerk ekk,
Tau tak,bila korang dah bid’ahkan orang that means korang dah menerakakan orang…
Cuba lihat makna hadith dibawah

“setiap perkara yang bid’ah adalah sesat,setiap yang sesat akan masuk neraka”

Hmmm….so,pada korang yang suka bid’ahkan orang,blaja agama betoll2x,
Agama islam adalah agama yang mudah malah perfect tuee(dah 2kali aku ulang)……

Tindakan korang bid’ahkan orng adalah silap…silap 100%,tiada mushkilah coz korang memamg silap merasakn diri korang adlah betoll…

Cuba kita lihat sambutan mauled nabi,
adakah majlis tersebut haram???
Tidak!!!
Adakah majlis tersebut wajib???
Tidak!!!
So,seperti yang aku bgtau sebelum nie(entry friendster d myspace)…setiap perkara yang tiada pencegahan @kesuruhan didalamnya adalah harus….
Kajilah dulu,adakah sambutan itu..bagaiman ia dijalankan..adakah sambutan itu diselang selikan dengan majlis yang haramm???

Tetapi seandainya maksud perayaan menyambut mauled nabi itu adalah satu majlis yang diadakan untuk mengingati Rasulullah yang diisi dengan ceramah agama, bacaan syair-syair Arab seperti berzanji dan Burdah Imam Al-Busoiri yang memuji peribadi Rasulullah, memberi hadiah kepada faqir miskin dan sebagainya, maka majlis ini adalah dibenarkan oleh Islam sekalipun Rasulullah sendiri tidak menyambut hari kelahirannya secara jelas……..


Kita bukan ingin mencipta amalan baru di dalam Islam… Kita hanya ingin membuat satu langkah untuk mengaturkan satu program yang diselitkan dengan amalan-amalan yang dibenarkan oleh Islam….

Ada paham kawan2xku sekalian???


Masalh yang telah selesai lama tapi dibangkitkan golongan-golongan professional yang berfikiran cetek….

Lihatlah sikap ulama-ulam terdahulu,
Sebagai contoh di dalam masalah hukum apabila seseorang menyembelih seekor binatang betina yang halal dimakan lalu dia mendapati di dalam rahim binatang tersebut ada janin yang telah mati sebaik sahaja induknya mati disembelih. Apakah hukum memakan janin tersebut?

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukum memakan janin binatang ini. Di dalam mazhab Al-Imam Abu Hanifah, hukum memakan janin tersebut adalah haram kerana dia mati dengan tidak disembelih. Di dalam mazhab Al-Imam Al-Syafi`e pula, seseorang itu boleh memakan daging janin yang mati tersebut kerana ibunya telahpun mati dalam keadaan telah disembelih.

Hujah kedua-dua pihak adalah satu hadith nabi yang sama tetapi setiap pihak berbeza pandangan di dalam memahami makna hadith tersebut….

Namun beegitu,adakah ulama2x imam hanfi membid’ahkan ulama as-syafie????


Tidakk…tidak sama sekali

Oleh itu, tidak wajar bagi mana-mana pihak yang berpegang dengan pandangan Al-Imam Al-Syafi`e memaksa orang lain untuk berpandangan dengan pandangan yang dipegangnya. Sepatutnya dia perlu berlapang dada dan boleh menerima seandainya orang lain berpegang dengan pandangan yang berbeza dengan pandangan yang dipegang olehnya….
perghhh…kali ini aku cakap macam mufti la pulaak…
Aku tidaklah sehebat mana la,ini hanyalah kata-kata yang diambil dari orang2x yang 999999 kali pandai dari aku….
Aku xnak la bnyak cakap,sebab akan bnyak silap,bila bnyak silap….(sambung sendiri)

Nasihat aku…

Korang xperlulah membuang masa membincangkan masalah perbezaan pandangan ulama(khilafiyahh) nie…banyak lagi masalah yang lebih utama seperti isu MURTAD,KEROSAKN AKHLAK DLL…

*sekiranya ada kesilapan dalam tulisan aku sila tegur…

Sunday, 29 June 2008

cintaku

“Ko nie jiwang la….”haahaha……inilah ayat2x member aku(mamat d minah) bila aku sebut tentang cinta,

Oitt kawan2x,bukak pikiran tue…cinta nie luas lah…
Cinta adalaah satu lambang keamanan,PEACE!!!
Cinta juga adalah lambang kesejahteraan…
Cinta boleh menjadi racun d penawar….
Namun sekarang cinta telah diperkotak-katikkan seperti itik di dalam baldi…
Oh cinta,sungguh aku kesian padamu…
Oh cinta!!!!

"Perghhh…marvelous toll ayat ko nie jat..."

"Xpayah la berqias-qias jat,apakah itu cinta???"

Akupun xberapa tahu la beb…jadi baik KITA tanyer yang pakar…

Izat bertanya:So,apakah sebenarn CINTA Dr. K.I.A.H??

Dr. K.I.A.H berkata;

C.I.N.T.A
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan lubang golnya setelah pandanganmu melihat susuknya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang digilakan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI(BEBAL)…..

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA SUAMI ISTERI.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian,
ITULAH CINTA SAHABAT

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian,
ITULAH CINTA IKHALS.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA. MULIA

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia disakit@bersedih?
ITULAH CINTA. SESAMA MUSLIM

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA. SUCI

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
ITULAH CINTA KEKASIH(tunang)

Adakah kamu dan dia sama-sama bersyukur ketika diberi ujian dan diberi kesusahan?

Yang demekian itulah CINTA ILAHI…

thanks Dr. KIAH…(^_^)

Jadilah inilah cinta erkk Dr…,hah!!paham tak kawan-kawan???

"Ktorang paham la……so,apa yang ko nak sampaikan nie jat???"

Istilah2x diatas yang disampaikn Dr. K.I.A.H sebenarnya nak beri korang summer tahu,hakikat CINTA @ erti kata lain makna sebenar CINTA…supaya golongan muda-mudi macam aku dan korang nie xtertipu dek cinta palsu…so,hayatilah kata-kata Dr. tue…

“palsu aper lak nie jat??cinta CINTA la…maner ada palsu”

Bongek!!!relax la dulu bro n sis…

Cinta palsu Yang dimaksudkan adalah CINTA kebanyakkan muda-mudi sekarang ini…kerana mereka merasakan cinta mereka lebih tinggi nilainya dari CINTA ILAHI…

Maka setelah mana manusia lupa dengan penciptanya…maka,jadilah perkara2x yang tidak diingini……..korang lihatlah sendiri dgn kepala hotak korang,

Berapa ramai anak-anak ZINA dilahirkan?berapa bnyak rantai-rantai pusat ditandas awam???berapa banyak anak-anak tidak berdosa mati dibunuh??

So,korang yang belum terlanjur dan yang terlanjur lolipopnya @ pintu golnya…
Aku ingin bermadah pujangga sedikit,seMoga korang dapat merenung kata-kata
Aku yang hina ini…

Jika berCINTA…janganlah menjadi hamba CINTA sebagaiman kita tidak mahu menjadi kepada hamba duit…jadilah tuan kepada CINTA…janganlah membiarkan CINTA memperkotak-katikkan diri korang…bagaimanakah kita hendak menentang YAHUDI andai dengan CINTApun kantoi??

Kiranya korang putus CINTA/ditinggalkan…janganlah salahkan diri orang lain,mhasabahlah diri korang…adakah seorang lelaki inginkan wanita scond-hand???ataupun
Adakah wanita inginkan lelaki second-hand???hp pun kita nak yang baru…xkan bini nie nak yang dah di-guna-pakai???
Bila mana seseorang jatuh CINTA ketika mana dia kehilangan kekasih..
Maka CINTA yang lahir ketika itu bukanlah CINTA hakiki tetapi hanayalah CINTA sementara sahaja… CINTA ini boleh diibaratkan seperti CINTA meggi 2 minit,
CINTA bukan menhinakan diri,tetapi CINTA mengajar kita erti pahit-manis hidup ini...
CINTA yang hina adalah CINTA orang-orang yang rugi…


CINTAILAH RABBUL IZZATI SEPERTI CINTAMU PADA ISLAM
CINTAILAH IBUBAPA SEPERTI CINTAMU PADA ATUK & OPAHMU
CINTAILAH SAUDARA-MARA SEPERTI CINTAMU PADA ORANG MUSLIM
CINTAILAH JIRAN-TETANGGA SEPERTI CINTAMU PADA ILMU
SELEPAS ITU CINTALAH SESIAPA YANG KORANG INGINKAN KERANA KORANG SUDAH MENGENALI CINTA HAKIKI ……
NAMUN JIKA KORANG TIDAK MENGENAL 4 CINTA YANG AWAL JANGANLAH BERCINTA SELAIN BERKAHWIN…
INSYALLAH DIRI INI TIDAK KAN DIMAINKAN CINTA…
AKHIRNYA CINTAILAH SIDIA ATAS DASAR SIAPA DIA SEKARANG BUKAN SIAPA DIA SEBLUMNYA………

“Sob…sob..sob,terharu aku dengar ayat ko jat….”

Owhh,sakinah anak makcik kantin yang terlanjur tue dengar cerita dah baik,mungkin dah bertaubat…aku rasa eloklah aku bawak family aku masokk minang…(maka kahwinlah mamat nie dgn anak makcik kantin yang bertaubat)

tinggallah minah dengan aku,

"Adusss…aku dah terlanjur la jat…camner aku nak dapat laki yang baik??”
Dan macammana lak aku nak wat dekat penebuk dinding yang menebuk dindingku?"

izat berkata:

SESUNGGUHNYA PINTU TAUBAT ITU TERBUKA LUAS KEPADA HAMBA-HAMBANYA…
CINTA ALLAH PADA HAMBANYA LEBIH BESAR DARI KEMURKAANNYA…

Boleh jadi kerana taubat korang yang ikhlass ALLLAH akan mengangkat darjat hamba-hambanya yang sebigini lebih tinggi dari orang-orang yang tidak berzina seperti aku dan
Sesungguhnya ALLAH lebih menyukai hambanya yang bertaubat nasuha…
Lelaki yang lama tidak perlulah dipikirkan kerana ia berCINTA hanya sekadar nafsu…
Dan ini bukanlah namanya CINTA…CINTA ini tidak akan kekal minah…

“Sob…sob..sob,xtau lak aku ALLAH boleh terima orang yang hina macam aku…
Ko doa-doakan aku jat dapat laki macam ko…syukur aku sempat sedar”

(setelah 6 tahun)…….akhirnya setelah minah bertaubat,siap hafaz quran dan bertudung labuh tueee…lalu,dia telah berkahwin dengan aku yang br habis ambik ijazah..

Persoalannya??

Aku tidak pernah berZINA..mengapa aku mendapat isteri yang tiada madu ASLInya…

kawan2x,Sesungguhmya mungkin ada kebaikkan yang dilakukan minah yang dipandang ringan makhluk bumi tetapi dipandang tinggi oleh ALLAH...sesungguhnya isteri yang baik untuk suami yang baik..dan sebaliknya

Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGEHTAHUI LAGI MAHA PENYAYANG….

Dan izatpun berhenti rokok,amiinnn…………

sekian


ps;izat dikurniakan 3 cahaya mata…



Saturday, 28 June 2008

Kehancuran@kemenangan REPUBLIK IRAN

Asssalamualaikum……

Nampknya entry kali ini nampak menarik perhatian umum or masyarakat dunia…mungkin lebih menarik dari euro08.... tapi mungkin juga xmenarik kerana olahan ayat yang digunakan aku tidak sedap sesedap penulis novel ayat-ayat cinta,kukuku...

Iran,korang semua tahu negara ini dipimpin oleh mereka yang berfahaman SYIAH…
Sebelum melanjutkan kata-kata,,ingin aku ingatkan pada pembaca-pembaca sekalian,
Ini hanya pendapat dan pemikiran aku sahaja…


Aku mempunyai bnyak idola tetapi dalam semua idolaku tiada dari glongan artis,okeylah…Antara idola-idolaku adalah AHMADINEJAD…
Seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai kebanyakan PIHAK termasuk aku,korang lihatlah sendiri dengan mata sendiri,dimana ketika pemimpin-pemimpin islam yang lain(sunni) pro kepada US,tetapi iran tidak…malah menentang dasar2x US,iran juga tidak mengiktiraf Israel dan secara terangan menyatakan akan menghapuskannya dari peta,berbeza dengan pemimpin2x islam yang lain…tetapi,walaupun beliau adalah idolaku..xbermakna aku tidak berhati-hati dan mengikut segala yang dilakukannya kerana aku juga tahu kesalahany tp xperlulah dinyatakan,

sesungguhnya ikutan yang betul(perfect) hanyalah quran dan sunnah….

Baiklah,mengapa aku perlu berhati-hati?


xsilap aku,aku pernah membaca buku tentang kisah imam as-syafie….

Pernah satu ketika dimana beliau hendak dipancung oleh sultan solahuddin hanya semata-mata beliau difitnah kerana bersefahaman SYIAH tetapi tidak jadi kerana imam SYAFIE hanya difitnah…

So,kalolah sultan solahudin yang pandai tentang agama ini ingin membunuh imam syafie semata-mata ia syiah,maknanya syiah adalah bahaya……..
Dan sebab inilah aku berhati-hati…
Dan korang sendiri boleh bukak youtube(tuepun kalo korng paham cakap arab)
Beliau(ayatollah) berkata

”musuh yang sebenar kita adalah yahudi……betoll,tetapi sebenarnya musuh kita adalah sunni …musuh yg sebenar kt adalah kristian tetapi sebenarnya adalah sunni…bla bla”

Bukanlah disini aku ingin menunjukkan yang aku nie membenci SYIAH..
Aku hanya ingin memberitahu mengapa aku berhati-hati dengan AHMADINEJAD sahaja….
Balik kepada cerita asal tentang kehancuran d kemenangan IRAN…

Sudah semua makhluk diplanet bumi sedia maklum bahawa IRAN sekarang sedang melakukan proses nuclear hanya untuk keamanan bukan untuk tenaga atom…
Dan sekarang…ia menjadi buah bicara peniliti2x dunia dan ahli falsafah dunia..tidak ketinggalan aku yang mangkuk ini,hhuhuhu…
Untuk lebuh lanjut……..
sila Lihat skema solan dan jawapan dibawah…..

SKEMA SOALAN D JAWAPAN KEHANCURAN IRAN

Soalan 1

Apakah nuclear yang dibangunkan iran lebih penting dari pembangunan d ekonomi???

jawapan;

Kirany korang membandingkan IRAN dengan MALAYSIA,Negara mana yang lebih ramai orang susah dan miskin,dan Negara mana lebih maju???
”aduss,mamat nie xaci la,bandingkannnya dengan MALAYSIA,mesti la IRAN kalah….”

Aku tau,kalo korang yang suka iran mesti cakap macam tue(akupun suka iran la sebab melawan yahudi)…

So,kalo gitu aku membaandingkan dengan Negara arab lain,

Yakni MESIR…lihat mesir,Negara ini boleh dikatakan sama dengan IRAN….

Tetapi mengapa mesir tidak membuat nuclear seperti IRAN???
mengapa,mengapa dan mengapa??????

Yuppp,jawapannya mesir tahu natijahnya(kesanny) d mungkin Mesir adalah negara

pro-US…

tetapi,cuba korang lihat…adakah mesir tidak menjaga negaranya???

Mesirlah Negara yang mana sentiasa berjaga-jaga..hatta,kalo aku nak tangkap gambar dikawasan balai polispun dilarang….
IRAN berani menentang dasar-dasar US…
Bagus,tetapi mereka lupa natijahnya….

Wahai sahabat2xku,kalo korang xtau..baik aku bgtau korang..
Dunia sekarang dipegang YAHUDI(termasuk us)…
OBAMA yang merebut jawatan presiden skang niepun adalah seorang yang PRO-yahudi…


soalan 2

adakah Negara-negara arab lain berpuas hati dengan iran?dan adakah us,eropah akan mendiamkan diri?

Jawapan;

Tidak,tidak sama sekali…….negara arab yang lain banyak tidak suka kepada iran,

Kerana apa??mungkin kerana negarany SYIAH,mereka berpandangan SYIAH ibarat musuh dalam selimut dan boleh diibaratkan seperti orang munafik…lihatlah sekarang masyarakat mula berfikir SYIAH adalah ISLAM…ataupun mungkin Negara2x arab yang lain PRO-US dan inilah punca mereka tidak menyokokng IRAN…,

Eropah pula mula masuk campur tangan…dan terbaru,Israel melatih tentera untuk menyerang Iran….russia,adakah Russia tidak akan menolong iran??
Korang jangan ingat US xkuat,back-up US lg banyak….
Percayalah(xnak caya sudah)…

Sekuat manapun Negara itu seperti US,kiranya seluruh Negara OIC bergabung..nescaya

Hancurlah US(tapi xkan bergabung sebab pemimpin2x islam sedang tidur)…inikan IRAN,kiranay EUROPE dan US bergabung..nescaya hancurlah IRAN walau dengan pertolongan RUSIA…

Di IRAN sendiri…wujud masalah dalaman bila mana ada golongan yang menjadi boneka US,kononnya ingin menuntut hak kebebasan…seperti SISTER IN ISLAM dan lain-lain

Soalan 3

Apakah natijahnya kepada iran yang berkeras ingin membangunkan program nuklearnya?

Jawapan;

Iran akan hancur..dan seperti didalam utusan online Malaysia pada tarikh 25/6/08(xsilap aku)…dunia akan bergolak….

Peprangan ini mungkin memakan masa yang lama namun begitu iran tetap akan tewas…
Yelaa….kalo 10 lawan 1..mesti logic akalnya 10 akan menang…
Dan kiranay Malaysia menyerang SINGAPURA…
Mesti MALAYSIA kalah…sebab apa???
Kan MALAYSIA lagi power,ada commando dll…
Korang jangan lupa,
SINGAPURA ada backup YAHUDI(huhuh,soryy la kawan2x singaporeku)…
Sebab tue Malaysia xnak cari pasal dengan jiran kita nie walau diorang nie banyak sangat cari pasal……..begitulah juga pada IRAN

Iran tiada backup…kalo mungkinpun Russia akan mem-backup iran…

Tetapi,siapakah yang mem-backup US???banyak beb……xperlu aku nyatakan sebab korang lagi pandai….aku hanya perokok yang ingn berhenti merokok dan berharap dapat menjadi soleh,itu sahaja,amiiiinnnn……..

SKEMA SOALAN D JAWAPAN KEMENANGAN IRAN

Soalan 1

Adakah ini semua permainan politik?adakah pendirian IRAN(melawan US) hanya semata-mata untuk meminta haknya?

jawapan;

Yuppp……ini semuany adalah politik dunia,
Mengapa US memberi Pakistan membuat nuclear walaupun ia sebuah Negara islam?
Ini keraan Pakistan PRO-US…berbeza dengan IRAN,mereka lebih menunjukkan sikap melawan…

Dan lihatlah,mereka(US d IRAN) berlawan lidah…..
Manakala pada waktu yg sama US tidak mengecam Pakistan walau Negara itu mempunyai nuclear…
Dalam masa yang sama pula IRAN tetap dengan pendirianny ingin mendapatkan hak….
Bukanlah hanya untuk mendapatkan hak tetapi IRAN tahu dunia akan memandangnya,orang2x islam(sunni) akan memandang mereka….
Dgn itu pengruh SYIAH dapat diserap…

Bagi mereka yang kurang pengetahuan tentang islam d orang2x yang baru mengenal islam,mesti berfikir SYIAH adalah ISLAM..bukannya SUNNI…mengapa?kerana hanya iran yng menentang US sedangkan pemimpin2x islam lain(sunni) hanya duduk d tido sahaja…dan orang islam tahu..US seolah-olah berat sebelah dan kelihatan seperti anti-ISLAM….
Dan bila mana SYIAH(hizbullah) melawan yahudi,ada suara2x atasan mengatakan perjuangan mereka tidak suci…….adusss,macam mana la masyarakat xbengang d terpengaruh dgn SYIAH??Dah la orang2x SYIAH nie lawan YAHUDI..korang boleh ckp perjuangan mereka tidak suci??jadi mereka yang kurang ilmu agama,akan mula terpengaruh dan mulalah mengeluarkan kata-kata seolah2x mereka ini adalah ulama syiah dan siap ada yg hina imam aku lagi tue(muhamad b hasan as-syafie)…
Inilah bila manusia yang baru ada sedikit ilmu tetapi sudah rasa dirinya yang paling pandai…dan ini adalah golongan yang miskin…

Soalan 2

Adakah IRAN kalah begitu sahaja?sila huraikan

jawapan;

Tidak…….cuba kita lihat peprangan Lebanon-Israel…
Akhbar menghebohkan Lebanon telah menang…yeker menang???
Ini semua propaganda yahudi la…
Negara mereka kalah dan hancur kerana lebih 90% infrastruktur negaranya rosak seperti jalan raya,hospital dll… tetapi ISRAEL menangung kerugian yang banyak….
Dan ini maknaya Israel kalah juga…tetapi Negara Israel tidak hancur..yang hancur adalah Lebanon…..

Begitulah juga pada AS,mereka mungkin dapat menghancurkan IRAN tetapi tidaklah seperti IRAQ,ini kerana..RUSIA pasti tidak kan membenarkan US mengambil minyak diIRAN..dan kirany US ingin membuat IRAN seperti IRAQ,kemungkinan besar…
RUSIA akan menjadi back-up besar kepada Negara ini….

Dan jangalah lupa…

Mereka yang berketurunan saidina ALI ini tidak kan menyerahkan Negara mereka buta2x kepada US seperti rakyat IRAQ yang memberi pertolongan kepada US untuk menjaatuhkan presidennya sendiri…dan korang sendiri boleh pikir,iran ada peluru berpandu yang mana boleh memusnahkan yahudi…oklah,xperlulah aku hurai lebih panjang sbab kertas jawapan Cuma 2 helai jerk…..huhuhuu


Perokoksoleh: aku lebih merasakan akan kekalahan IRAN…tapi sekiranya iran ingin menyerang israell...aku berharap dapat bersama mengikut mereka,dan aku harap ketika perang aku akan mati ditangan orang2x yahudi d nasrani…dan aku harap dapat mati syahid,amiin….

Monday, 16 June 2008

Rabbina naggah kullena feddunia wal akhirah

nampaknya setiap mahasiswa dah mula bercuti-cuti malaysia expecially student2x timur tengah...
sebelum exam(seminggu sebelum exam) kita akan biasa dihujani dgn perkataan maaf,sorry dan sewaktu dgnnya....
adusss...terharu aku,lebih terharu anak makcik kantin belanja aku makan roti canai pagi tadi....
ini cerita sebelum examm,nie kita cerita selepas exam dan selepasnya lagi(keluar result)...
aku harap korang yang baca nie dapat bukak fikiran,bukan makin tertutup k...

"jangan jadi jumud"


"syukurrr,ok jerk,biasalah,rezeki ana"...ini perkataan yang biasa terpacul dari mulut member2x aku dan aku sebab result ok(ok ker result aku?) or succes tahap dewa...

berbeza pulak mulut2x mereka yang gagal or short sem...
perkataan yang mashur dari pujangga2x melayu nie adalah

"dah xder rezeki"@"hmm..mungkin xder rezeki"...

betul tak??wahai kawan2x,sahabat2x,sahibah2x sekalian...
cubalah korang menjadi mereka yang beruntung,bukan rugi....
akupun xnak sedara seislam aku rugi...Donald Trump yang kayapun xnak rugi,xkan kita yang xkaya nie nak rugi???

cubalah buang perkataan tue dari kamus hiduppp...

betull ker xder rezeki???

aduhai korang nie,masa sekolah rendah lagi cikgu2x dah didik kita,
akupn didik anakmuridku macam nie
"allah itu maha pemurah dan penyayang"

dekat university lak syeikh2x didik kita
"tiap manusia ada rezeki yang ditetapkannya"


so,perkataan xder rezeki nie memusnahkan harapan dan menurunkan semangat jihad untuk blaja ada la,cheewaahh...
aku bercakap seolah-olah aku nie bagus jerk..
xder la,nie hanya pendapat aku...pendapat seorang perokok yang ingin menjadi soleh...
akupun penah gagal dan slalu gagal..tp tetap berusaha selagi hayat masih bernyawa...


betull ker xder rezeki???

tepuk dada tanyer...(korang sambung sendiri)

allah dah bagi macam-macam rezeki...
kalo korang terlepas pandang tengok betul-betul...
allah bg kita kekuatan fizikal...
mata korang rosak,siap ada duit beli speaky lagi tue...
rezeki tubuh badan korang tue,kalo korang nie lemah xder laa..korang boleh mai dr malaysia sampai ketanah arab nie,sedangkan aku seorang perokok ada kekuatan..malu la gengg
kalo kater duit xcukup nak beli kitab sebab tue xbaca,
aduss...alasan xprofessional la,abiss tue yang korang ada pakai handphone mahal2x saper suruh??
ada aku suruh?ada cikgu suruh?...xpun kalo xder duit,camner la korang leh beli makanan lagi??siapp makan firohh lagi tue
yang merokok lak,kalo rokok bolehh beli xkan kitab xbolehh kot??
malu la jadi perokok kalo camtue...camner la nak jadi solehh

alasan memang boleh dibuat oleh mereka yang malas...

beza dengan sesetengah orang.....
kalopun failed mereka tetap mengatakan,
aku malas nie,kena rajin lagi bukan kata "xder rezeki nie".....


yuppp,sini adalh bumi arab xsama dengan malaysia....
kiranya ada juga kenalan kita yang failed walaupun study separuh mati....bukanlah maknanya xder rezeki,mungkin ada rezeki yang lebih besar menunggunya......ini maknanya
allah nak kita jadi orang yang bersyukur
lagi rugi,walaupun korang habis blaja awall,siap dapat ijazah tuee tp apa gunanya kalo bahasa arabpun xmashi macam student2x uk yang mashi dgn bahsa englishnya??qur'an xafal 30juz??uslub dakwahpun xlepas??
pikir-pikirkanlah jangan xpikir...

aduss......bila kupaskan bendalah nie rasa macam xreleven jerk tp nielah masalh yang membelengu aku sejak sekolah,maaflah kirannya ia seperti peribadi....
kadang2x orang yang gagal akan berkata begitu dan kadang2x orang yang berjaya akan berkata kepada mereka yang gagal...nak tunjuk simpati katakan,lagi elok diaorang doa sebelum exam...

"biarlah aku gagal asalkan engkau ya allah meluluskan tiap kawan2xku yang berusaha,yang xberusaha terserahlah padamu untuk tentukanny,sesungguhnya rezeki ini datang darimu ya rabb...."

syokknya doa nie,tapi siapa yang berani buat??

dan aku jugak harap,kalaupun aku short sem(gagal),xpayah la paculkan kata-kata yang lucah nie kat aku...jatuhh merudum saham aku nak blaja...paling kurangpun,ucap la "jangan malas-malas(macam bapak aku cakap),betulkan niat nak blaja(macam mak aku ckp)",macam nie baru la sedap telinga mendengar...


aku nasihatkan kawanku yg failed jangan banyak main tp aku lg bnyak main dari dia.hehehe(rezeki aku la tue,moga2x kawan aku nie usaha lebih gigih,aminnn..)


"tiap kata-kata adalah doa"

Sunday, 15 June 2008

tiap sesuatu ada hikmah



salam...islam adalah agama yang shumul,merangkumi segala aspek kehidupan....bla bla,xperlulah aku membuat pendahuluan yang panjang-panjang(korang mesti dah biasa dengar ayat2x nie),...disini aku nak menyatakan tentang hikmah.....

menyebut tentang hikmah aku teringatkan kata2x syeikhh nuruddin didalam kuliahnya...


"pada zaman dahulu kala,terdapat seorang raja yang mempunyai seorang pembesar yang pelik...
tiap apa yang berlaku beliau akan berkata "pasti ada hikmahnya tuanku..."tidak kiralah dalam masalah apapun,mahupun dalam maslah ekonomi dan politik...apabila jatuh ekonomi negara itu rajapun bertanya kepada pembesar"mengapa ini terjadi pembesar?"..."pasti ada hikmahnya tuanku"jawab pembesar..apabila ada rakyat memberontak rajapun bertanya kepada pembesar"mengapa ini terjadi??"..."pasti ada hikmahnya tuanku"jawab pembesar...ditakdirkan ketika mana raja bermain bola,ibu jari beliau terputus kerana tersepak paku yang amat besar...lalu beliau bertanya kepada pembesar"mengapa ini terjadi pembesar?"jawab pembesar"pasti ada hikmahnya tuanku.."raja yang murka dengan jawapan pembesar menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada pembesar...namun begitu pembesar tetap berkata"pasti ada hikmahnya hamba dipenjara.."
setelah itu pergilah raja memburu dgn pengiringnya....ketika dalam perjalanan baginda diserang canniball..habis mati semua pengiringnya,lalu ditangkaplah raja itu...
ketika hendak memasak raja tersebut,puak cannibal amatlah terkejut kerana raja tidak sempurna kerana jari kakinya tidak cukup seperti raja-raja yang sebelum ini...maka,cannibal membatalakan hasratnya untuk memakan raja kerana berfikir mungkin raja ini berpenyakit kencing manis,maka terlepaslah raja dari hukuman mati dari puak cannibal...
setelah itu barulah raja sedar kata-kata pembesarrnya "pasti ada hikmahnya"...lalu dibebaskan pembesarnya...
setelah bebas pembesar berkata"inilah hikmahnya hamba dipenjarakan,kiranya hamba mengikut tuanku pergi berburu,nescaya hambapun kena sula dek cannibal..."

itulah sedikit-sebanyak kisah raja dan pembesar yang mungkin aku ubahkan sikit dari cerita asalnya agar nampak ceria....


HIKMAH


hikmah boleh disamakan dengan berfikiran positive(jadilah seperti pembesar).......
kalo kita berfikir semua perkara ada hikmah,insyaallah hidup dengan aman kerana kita redha dengan qadha dan qadar allah s.w.t...@korang reti sikit nak bersyukur..
selain dari redha qadha dan qadar or bersyukur,bnyak lagi faedahnya...
kalo korang ingin maklumat yang lebih lanjut...
adalah lebih elok korang melihat sendiri dilaman blog motivasi yang aku minati[klik sini]..akupun xabis baca keseluruhann artikel2xnya dan xsemua yang aku baca aku amalkan,hehehe....
apakah hikmah merokok???
korang boleh lihat dientri aku "motivasi perokok"

ps:sebenarnya aku ingin berkongsi kisah raja dan pembesar dengan pembaca2x sekalian...
entri kali ini memang pendek-sependeknya kerana notebook aku hilang...sorry erkk(aper gunanya balai polis,kalo perkataan sorry boleh selesaikan segalanya-sinchan)

"terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata..(korang sambung sendiri)"

mahasiswa dan politik

PAS dan UMNO...
inilah biasanya perbezaan pegangan mahasiswa agama...
dan ramai orang berpikir,orang2x pas nie mesti ngaji agama....
tolongg sikitt ekk,aku dah ada kawan UMNO gak yg belajar agama...
ramai antara mahasiswa bila mana berpegang dengan pegangannya,mereka merasakn parti yang dipegang adalah betul 100%....yeker PAS betull 100%,yeker UMNO betull 100%...
cuba cari kelemahan dan betulkan la...bukan mengikutt jerk,korang cuba jadi remaja yang berfikiran terbuka dan jangankan kerana berbeza pandangan POLTIK
ukhuwah islamiyah terputus....
untuk menunjukkan aku nie bukanlah dipihak mana2x(aku hanya seorang perokok soleh)...
so,aku tunjukkan sikit beberapa persolan mengenai PAS dan UMNO.....


PAS
-kenapalah pas(PKR) nie boleh buat projek babi tue???
-kenapa la sokong DAP,xtau ker dorang perjuangkan sekuler???
-kater ISLAM HADHARI xbetull,tp macam maner boleh dipuji oleh akhbar "suara azhar" keluaran jun08???
-sekaran cuba PAS tngok,dulu tun buat projek putrajaya,berapa ramai yg lawan,
sekarang cuba tngok hasilnya....

UMNO
-kenapa minyak boleh cecah paras kritikal???
-kenapa kerajaan UMNO batalkan projek jambatan johor???
-adakah UMNO telah mengamalkan aper yang ada didalam wadah ISLAM HADHARI
-peristiwa MEMALI,adakah UMNO xtahu,siapa yang bertanggung jawab???



disini,aku bukan nak burukkan mana-mana parti,aku cuma perokok soleh,
aku ulangii...ini pandangan aku jerk,
so,kalo xpuas hati tolong bersabar...

"sabar itu separuh daripada iman"

kepada mahasiswa yang berada dioversea khususnya(bukan pelajar IPTA),
kita disini tidak dibenarkan poltik dan kita jugak xtahu keadaan sebenar dunia politik....xperlu la korang suka sembang2x politik nie,kutuk sini,kutuk sana...lagi elok korang sembang pasal lain...(lg elok doakan aku)
aper faedahnya bercakap tentang politik,
baik kita maintain d cool...nanti blk malaysia baru tunjuk taringgg....aummm!!!
sekarang adalah lagi elok kita menjadi pemerhati,pemerhati yang bijak...
aku pelik laa...
bila duduk dengan pelajar yg bersefahaman PAS,
mereka kata aku UMNO sebab soalan2x aku seolah-olah menolak pas...
bukanlah kerana aku menolak PAS,sedangkan majlis ulama-ulama PASpun dorang xtau...so,malu la ngaku PAS...

bila duduk dengan pelajar bersefahaaman UMNO,
mereka memang tau aku nie PAS sebab aku pakai baju pembangkang(nie baju bapak aku laaa...),akupun bnyak bg soalan2x untuk mendapat respon supaya dapat menyiapkan tesis aku nie....
dorang kater xguna bgtaupun coz aku xkan terima...

adiosss....

so,kalo korang dah mahasiswa...jadilah mahasiswa yang berpegangan,bukan taklid membabi buta(sorry kaso,marah sangat nieee)....
dan bukak lah fikiran tue....malu la,kita nie bakal mewarisi negara,
anak harapan bangsa....

berbeza pula yang dimalaysia....
aku tau korang xboleh berpolitik coz ada AUKU,
sian korangg...tp korang boleh masuk dalam dunia poltik di luar ipta(pandai la cover macam korang isap okok kat sekolah),
latih la diri korang berpolitik dgn masuk kemarkas2x,mesyuarat dll...
bestt tuee,aku dulupun selalu berpoltik gak sebelum mai oversea tp skang dah x coz 100% tumpu kat study,heheee macam rajin jerk aku nie...
dan pastikan result korang gempakk,baru boleh jadi harapan bangssa...

"keadaan sesuatu negara ditentukan oleh remaja@pemudanya"

ps:jangan merasakn parti kita betul 100% @ diri kita nie perfect,akupun ada silap...tiada yg PERFECT...
dan janganlah terputus hubungan sillaturrahim hanya kerana perbezaan PARTI,
bukak minda tue....


Friday, 13 June 2008

motivasi perokok

13beberapa motivasi untuk anda semua..harap2x kita dapat berkongsi buah fikiran kat sini...
sebelum tue..kalo korang x merokok aku bgtau lagi sekali...jangan merokok,
korang menongeng lagi elok...

bagaimana untuk menempelak orang2x yang menghina kamu wahai perokok2x sekalian??

-study lebih masa...
kalo sekolah asrama,tiap malam korang kena study dari pukul 9-11...
kepada perokok2x,mindset hotakk korang,isap okok pas study...korang mesti smoking bila line clear jekan???so,nak xnak study lah lebih masa sampai sumer budak2x balik hostel..study dari pukul 9-1...kalo malaspun,korang buat la latihan2x yang kat buku teks tue...

-bangun malam(tahhajjud)...
aku segan nak cakap sebab akupun xslalu wat pas abis sekolah...heehee
sebelum tido mindset hotak korang lagi skali...kul 4-5 isap okok,line clear...
oleh kerana aku duduk dalam suasana islamiah(namerpun sekolah agama)...
aku rasa rugi la xwat tahajjud...xper kalo korang xder niat nak bngun malam tp kalo korang buat kan dah ader niat...

-banyakkan bersedekah
xmalu ker korang kat diri sendiri kalo rokok kita boleh beli mahal2x...xkan rm 1 or 2 tue xleh bg kat makcik2x tepi jalan tue...bg la coz lagi mulia dari kita beli rokok tp nak sedekah haram xpenah...jangan buat alasan peminta sedekah tue dah kaya la dll...tue urusan dorang dgn ALLAH k...
maner tahu doa makcik2x mintak sedekah tue makbul...

-minta doa ibubapa
korang jangan lupa..rokok nie jugak makruh tp lebih kepada haram dan kebnyakkan ulama mutaakkhirin mengatakan rokok nie haram...so,minta la ibu bapa kita doakan kita semoga kita xmasuk neraka adalah kerana rokok...kalo korang bijak macam aku,mintak la doa2x yg lain lagi...hehehe
kitapun jgn lupa doakan ibubapa kita...biar anak-beranak succes dunia akhirat...hehehe

-tidak malas
rokok bukannyer murah macam lighter...jadi kalo nak hisap kita kena berusaha mencari duit...
so,kalo aku malas,aku slalu gak berfikir...aku nie dah la smoking,hisap rokok standard lak tue dunhill,saleem...kalo xblaja dari skang nanti bila besar kejer biasa2x gaji maner cukup...
so,aku kena la struggle sikit...maner der kejayaan tanpa pengorbanan,betul tak????

benda2x nie sumer benda yang bila korang buat susah orang nak nampak...kiranay korang dah menempelak orang2x yang menghina perokok nie...
biar la orang pandang kita buruk,asalkan allah redha dgn kita...
redha allah adalah redha ibubapa
"they will keep talking, talking and talking but still "DO NOTHING"!!!"

Thursday, 12 June 2008

myspace dan friendster...

salam...
kali nie kita masuk pulak bab2x internet......hehehe

bercerita tentang myspace dan friendster nie...kalo saper xtau,xyah la baca tp aku yakin lebih 80% pelajar akan membuat bendalah2x nie...
bebrapa respons kawan2x aku mengenai bendalah2x nie...

1-"benda2x nie laghoo jerk,tambah dosa jerk"

2-"kalo laki xper tp kalo perempuan xboleh la"

3-"watper wat bendalah2x nie,bnyak lg benda lain"

4-"i think la,u buat laa...i xsunyi la bila ada bendalah2x nie..."

oleh kerana aku mintak respons kat diorang,so xlok la kalo aku xsependapat dengan dorang....
tp dekat blog aku nie,aku nak menyuarakan pendapat aku...hehee(harap2x member2x aku xbaca)

1-kalo lah benda2x nie lagho,xder la ustad2xpun ada friendster dan myspace nie...
setiap perkara yang xder kesuruhan or pencegahan didalamnyer adalah harus..sama lah jugak macam bendalah2x nie,ms dan fs nie harus..namun boleh menjadi haram kiranya korang yang salah guna...
yang korang gi add budak2x yg korang xkenal lepas tue bercerita tentang nafsu...dosa la
cuba korang guna elok2x..add la orang yg ada matlamat hidup ker,berwawasn ker..kan elok jerk...so,jangan lah sedap2x meletakkan sesuatu hukum tanpa kaji selidik...bahaya tue

2-nie lagi bagus,sian muslimah2x erk...tp aku merasakn xsalah perempuan nak wat bendalah2x nie coz xlanggar syariatpun...bila perempuan buat jerk kata"nie mesti xboleh pakai"
ni la salah satu fikiran yang xmambina...kalo lakipun dah buat,perempuanpun xsalah laa...
biar la dorang nak buat...aku tanyer satu kawan nie,
"naper xbubuh pic kat profile ko,ko rasa ko xensem ker or xder kyakinan diri??"hahaha
dengan relax jerk dia jawab
"aku xnak bini aku bubuh gambar dia jugak,tue la aku xbubuh..aku 100x hensem dari ko la jat"hahaa
so,kalo korang dah ader ms or fs,biar la bini2x or aweks korang ader gak...
"lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik,begitu juga sebaliknya..."
janganlah bercita-cita ingin perempuan seperti fatimah andai diri korang sehampeh aku yang hina nie

3-kalo korang rasa ms dan fs nie xder guna..up to u,aku rasa banyak gak faedah2xnyer..
korang rajin2x la baca buletin kawan2x korang tuee...ilmiah tue..kalo aku,aku delete friends jerk orang yang bubuh buletin merapu...

4-nie memang ayat perempuan....kalo perempuan2x macam nie buat ms d fs,alamat tengelam la laki2x macam aku nie diwatnyer...so,para muslimah...xyah duk gatal2x k,
korang relaxx sudahh...kuat maner laki nie mesti kantoi dgn perempuan gak,sebab tue aku malas nak layan perempuan,...dan pada laki,bunga bukan sekuntum,ada berjuta lagi beb...
so,jodoh nie xpayah cari...ada rezeki datang lah....


akhir kalam,korang pikir2xkanlah sendiri,malas nak cakap sebab bnyak cakap bnyak silapnyer dan bila dah bnyak silap,aper lagii...dosa la jawabnyer,nauzzubillah la...tiap benda ada baik dan buruk,korangpun dah besoww dan besow dari kau,aku br jerj 19 thn nak masuk 20...aper guna akal tp xgunakan???

korang cuba la jadikan bendalah2x nie benda yang baik dari korang duk main gamer online jerk 24jam...dan aku mintak maaf andai terkasar bahasa,yelaa...umopun br setahu jagung tp berbahasa macam orang tua...hehehe(matured sangat kot)

Wednesday, 11 June 2008

bakal pendakwah.....

nak baca2x baca.....aku xpaksa
nie bukan satu kewajipanpun...
ini adalah hakikat,
hakikat yang ditutup...

fonemena pelajar2x melayu beraliran agama....
kirany kamu ingin belajar dinegara di mana ramai pelajar yang mengambil jurusan agama...
kamu akan dihujani lebih 30 teguran dari pelajar2x beraliran agama seolah2x mereka ini adlah syeikh kabir tetapi.....teguran yang boleh pakai 2,3 jer,
datanglah jangan xdatang kenegara yang kamu ingin pergi seperti mesir dan jordan, kerana mungkin juga kamu akan dapat mengubah diri sendiri macam aku yg sedang dalam perubahan nie...huhuhu
ramai yang kagum dengan ulama2x besar,tp berapa orang jerk yang contohi dorang??
akupun xder la contoh dorang sangat...doa2xkanlah aku jadi cam dorang,hehehee

bukanlah niat aku disini ingin menghina ustad2x ataupun usatazah2x yg sedang belajar...namun begitu korang tngok la sendiri beberapa kata nasihat dari ustad2x yang aku sempat tulis kat notebook aku...
beberapa ayat yg aku terima dari ustad2x nie yang lagak gaya ala-mufti......

"hati ente kotor!!sebab tue ente xboleh berhenti":
-sedangkan beliau xtahu aku dah cuba nak berhenti sebelum mai sini.......
"ente nie macam dari sekolah budak2x jahat la"
"ente nie fasiq tp fasiq yg soghir(kecil)"
"macam maner la orang macam ente nie boleh dtng sini??"
"dekat malysia buat cara malaysia,sini bukan malaysia k"
dorang bersikap macam aku nie budak sekolah,
dan sini jugak suka mengunakan budaya pulau memulau orang.....aku xkena pulau tp nak pulau,pulau la...korang nie sumer xmembina,fikiran pendek laa...


hahaaha.....apa macam,hebatkan mereka berkata???
inilah pendakwah2x....dan inilah ustad2x yg bila blk malaysia yg tahu hanya membuang plajar merokok@bermasalah tanpa berpikir panjang,dan tahu nak hukum jerkk...
syaitanpun aper lagi,ambik peranan mainkan hati aku....
"ko blaja kat tempat lain lg best,orang xkaco"
sedangkan mereka lupa,bnyak lagi perkara yg lebih besar yg perlu dibincangkan....
ini masalah yg kecik diambil berat seperti
-rokok
-rambut
-pakaian(fashion)
-perwatakan student agama


aku sendiri lebih menghormati dan malu nak menghisap rokok depan plajar2x buuth(plajar smk arab)....walaupun aku merokok,mereka menghormati aku.....dan mereka lebih petah berbahasa arab dari plajar2x yg lagak gaya seperti syeikhh kabir...


jadi,kepada ustad2x...
kalo anda betul2x baik,doakanlah aku nie.....
tiada doa tanpa usaha,akupun usaha gak nak berenti...
jika seluruh ustad2x yg tegur tue doakan aku,
dgn kebaikkan ustad2x yg xmerokok.....insyallah lah nie jugak aku berenti.....
"allah boleh memberi hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki"
tp malangnyer.......mereka hanya tahu MENGHUKUM!!!


ustad2x nie lupa,memang dorang xmerokok tp betull ker dorang xder dosa??menegur orang seolah2x mereka nie bersih dari dosa2x...
ape pulak hukumnya bermsge dgn perempuan??aku xmsge erkk coz aku xder hp,hahaha...
aper pulak hukumnyer mengumpat???
so,memang kita blaja agama tp xsemestinya kamu bersih dari dosa...
anak2x murid aku 10x lagi bagus dari aku dan korang yang perangai macam nie...
dorang tau blaja,blk umah,tngok tv dan tido...adik2x aku tue lg elok tegur aku dr korang yg blaja tinggi-tinggi nie.......


kesimpulannya..
1-tanamkan sikap rendah diri dalam diri korang...baru ada ilmu sikit jgn nak berlagak,quranpun xabis 30juz...

2-jangan main tegur orang jerkk,kalo kat kl korang wat macam nie,kalo xmakan penerejang penipu la...berhikmah la ckitt,baru la boleh rapat ngan pemuda

3-bukak sikit fikiran tue,tunjuk sikit ustad2x nie berfikiran jauh....bincang la isu2x yang membangun..

4-kita same level jerk,we are student....so,jgn la ingat universiti nie cam sekolah...

Tuesday, 10 June 2008

solehh la sangat...

setiap apa yang korang cakap pasti ada balasnyer macam la kalo korang cakap baby,
mesti orang akan sahut "comelnyer"...kalo korang cakap sollu a'la nabi!!mesti korang berselawat..
camtu la jugak,kebanyakkan member2x aku..bila aku cakap aku nak jadi perokok soleh...mereka apa lagi, mesti gelak lu sebelum sahut "solehh la sangat..."(aku memang xsolehpun,aku insan biasa jerk..)huhuhu

korang nak cakap aper,cakap la...lamer2x nanti mulut korang penat korang berenti la...
nama nie mak aku yang bg masa aku kantoi rokok...

"mak dah syak dari dulu lg anak mak nie merokok tp mak biarkan sebab mak xnampak,cuma bau je...tp skang mak da ternampak,nie ijat...nak merokok tue rokok lah,tp jadilah PEROKOK YANG SOLEH...mak harap anak mak nie dapat kurangkan rokok"
hehehee...kalo korangpun mesti gelak dgr mak korang ckp camni....
"mak nie lawak la"sahut aku...
akuupn tanyer la mak aku...
"camne nak jadi perokok soleh?"
"ijat mesti la ikut ALLAH n NABI,baik pada mak ayah dan baik ngan anak yatim...jadilah perokok soleh"
"macam tue jerk??"
"yela,tp kalo boleh ijat kurangkan dan berhenti la yekk"
"insyaallah..."
perghh!!cam skema jerkk ayat aku tp nilah bahsa aku ngan makku,

selama aku hidup,inilah teguran yang membina sekali dari beribu-ribu teguran dari makcik2x,cikgu.kawan2x,ustad dan ustazah mesir,ustad dan ustazah sekolah aku....
padahal,kalo dlm bab lain mak aku mesti bantai punyer,
ingat lagi masa aku f2 kantoi lari asrama...kena tibai habis ngan mak dan ayah,
f3 kantoi lari asrama,kena tibai lagi...siap putus rotan tue...adusss!!!sakit tue
masa f5,lari asrama lagi....kena tibai lagi,sian aku erkk!!!(nie la balasan kalo nakal)
tp bila kantoi rokok boleh lak mak aku bg teguran d nasihat tanpa tibai tulang belakangku nie
....
persolannyer??

mengapakah mak aku tak bantai tulang belakangku???
-mungkin beliau tahu aku memang da bnyak kali kena tibai dek cikgu disiplin....

-mungkin beliau pikir aku nie xgunapun dipukul,degil sangat....

-mungkin beliau penat,da slalu sangt tibai aku,huhuhu....

-mungkin beliau sedar,pukul xkan selesaikan masalh,peace!!...

-walaupun abng aku dipukul kerana smoking,tp sampai la nie dia smoking lagi...degil jugak(^_^)

-mungkin kerana result exam aku smart,heehehe.....power jugak aku nie erkk

mangapa mak xsuruh aku berhenti???
secara fitrahnyer,semua ibubapa nak anak2x yang baik..tngok bibir aku jerk,mak aku dah boleh tahu aku nie heavy smoker...

itulah sebabnyer beliau menyuruh aku kurangkan rokok that means berhenti perkahan-lahan....
nasib baik mak aku redha.......syuko,walaupun aku nie malas macam cicak...tp dapat gak jadi ustad sekolah rendah,jadi imam,dan siap pi oversea lagi tue...heheeh

inilah hasil dari perkataan "perokok soleh" yang menjadi motivasi dalam diri aku,bertuahnyer seorang perokok boleh belajar tinggi-tinggi.....heehehee
sekarang aku da start speaking ckit2x....doa2xkanlah aku succes d moga2x aku berhenti rokok...namun aku tetap suka nama perokok soleh kerana nama ini nama yang diberi oleh ibuku syurgaku........