Saturday, 28 March 2009

penyakit HATI (1)...

saalam alaikum......

setelah mana kawan aku menasihati aku...

"anggaplah kematianmu pada hari ini"

maka...aku mula sedar,masa aku untuk berblog,chatting dll juga terhad...
baru aku tahu...
bnyak lagi perkara yang penting dari semua ini...
jadi salahkan kawanku kerana memberi nasihat ini dan
effectnya blog ini tidak di-update...hehehe

hidup ini penuh dgn penyakit hati..
dendam seperti siska, pemarah(macam aku)
mmng penyakit hati yg semua orang tahu...

ada juga penyakit hati yg berseni seperti
orang lelaki yg ketagih perempuan dan sebaliknya
yg tidak boleh hidup tanpa hp kerana penyakit hatinya
ini kerna hati tidak akan tenang
jika tidak berchatting dgn bukan muhrim,
inilah sbb mak aku xbagi aku main sms...hehe
dan sekarang penyakit hati makin menjadi2x dimalaysia...

bila mana tok guru nik aziz mengatakan
perkataan ALLAH boleh digunakan oleh agama lain..
maka orang2x yg perasan power bahasa melayunya
mempertikaikan dan mengatakan
ALLAH hanya untuk orang islam...ishk2x

maka untuk menunjukkan mereka ini pandai,
dihinalah atok nik aziz nieh..
ader pula yang menyindir...
ishk2x...bodohnya manusia zaman kini
sudahlah diri sendiri teruk dan bongok..
mengata pula pada orang yang mulia...

sebenarnya...
korang perlu cermin diri dulu..
dimana martabat korang?
kadang2x ustad2x yang ddekat surau tuepun cakap main lepas...
ibarat dialah superman dekat surau tue...
padahal dia xtahu pendengar ceramahnya lagi super hero,hohoho...
ada ustad yg kutuk mufti tantawi..
ada yang yang kutuk imam nawawi kerana mengamalakan hadith dhoif dll..
ishk2x..
imam nawawi tue saper?
orang zaman tabi dan tabien sehh..
korang tue saper?
orang zaman penyakit hati...hohoho

hadith yg biasa korang dengar..

"ULAMA pewaris NABI"


tapi xguna juga..
kalau xberiman dgn hadith ini...
penyakit hati la nie

SIAPA ULAMA?

ulama...
mengikut orang yang pakar bahasa
mngatakan adalah orang berilmu...
mestilah orang itu mempunyai sijil
...atau ijzah,master dalam bidang2x tertentu...

itulah sebab kalau xder master
mana boleh jadi mufti,hohohho...
sebab tue tok2x guru
hanya bukak sekolah sbb
mereka xder master...
nak jadi lecturepun xlepas...lalalaa

kalau orang awam pula...
ulama nie kebnyakkany mesti yang beljar agama
especially pelajar timur tengah...
tp sebenarnya korang x sedar...

bukan esmua orang yg beljar agama nie
solat jemaah lima waktu...
owhh kalau solat jemaah tue berat..
jadi aku ubah penyataan..
bukan semua yang beljr agama ini
solatnya cukup 5 waktu...
xcaya datanglah arab,hohoho...
jika terkantoi boleh dimaapkan lagi sbb...
aku ada juga kantoi subuh...
solat subuh gajah gamaknya...hehee
yang cilakanya ada juga yang memng sengaja tidak solat...

jadi mereka ini walau blajar agama..
tp xubah seperti anjing didalam stokin
owhh..
cerita pasal meninggalkan solat...

kisah yang aku baca didalam 1001 kisah teladan,xtahu riwayat dari maner...

kisah yg terjadi masa zaman nabi musa...
seorang awek cun yang cantik datang kepad nabi musa a.s dan meminta agar mendoakannya supaya ALLAH mengampunkan
dosanya yang keji..
lalu bertanya nabi kepadanya...

"cik saudari..dosa aper yang dah cik buat?
can u explain 2 me?

"saya segan wahai nabi ALLAH.."

"wahai ciksaudari...cakaplah,tarik nafas 3x dan ceritakanlah,jangan ragu2x...

lalu setelah nabi musa berkata begitu...
beliau mengaku...

"saya.....da..h berZINA..."

tersentak nabi musa A.S!!!

disambung kata2xnya..

"pas 3 bulan saya hamil...
pastu masa lahirkan baby itu..saya membunu...hnya,sob sob"

maka setelah itu marahlah nabi musa...
maka nabipun menghalau awek cun yg tiada dara itu dari rumahnya...

"nyah ko dari sini..."

maka...menangislah awek cun tadi sambil keluar dari rumah nabi...
sayu tangisannya seperti irama kuch kuch hotta heii...
ko bayangkan nyahh oiii..
seorang nabi telah menolaknya...
orang biasa lagilah..

setelah itu...ketika nabi musa duduk seketika...
datanglah jibril...
maka bermulalah dialog antara musa A.S dan jibil...

"musa,kenapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya..
do yo know dosa yang lebih besar dari itu?"

"jibril,apakah dosa yang lebih besar dari menjadi seorang penzina dan pembunuh anak sendiri?"
tanya nabi kepad jibril

ada...jawab jibrill

nabi musa bertanya...
"dosa aper tue,may i know ?"

jibril berkata...
"orang yg meninggalkan solat dgn sengaja tanpa ada penyesalan dihatinya..."

mendengar kata2x jibril..
lalu nabi memanggil awek cun tadi lalu mendoakkannya...
maka gumbiralh awek cun itu...

beginilah cerita yg aku baca...
maap perokok soleh tidak pandai bercerita dengan baik seperti dalam buku...lalala

baiklah,kita sambung balik...
tentang ulama tadi...

ulama pada pandangan pakar bahasa...
dan pandangan orang awam...

kalau pada quran pula?

"...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu"


35:28

jadi..bila mana ilmu bertambah,makin tunduklah dia kepada ALLAH...
makin dapat jadi menteri besar..makin kecik rumahnya..
bukan makin besar,hohoho...
inilah ulama...

ibnu masudberkata:

orang berilmu bukan yang bnyak menghafaz hadtih tetapi mereka yang takut pada ALLAH...

inlah penyakit hati...
terkadang orag yang bijaksan juga terkena,makin bnyak ilmu makin sombong...

kesimpulannya...:macam mana aku bagi hujahpun tntng kalimha ALLAH..korang lagi kuat hujah sbb korangkan beljar untuk melawan orang...hohoho
sebab tue tok guru nik azizpun korang lawan...
penyakit hati owh penyakit hati...

"kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing tetapi kita tidak layak menyuruh orang mengikut pendapat kita dan cara kita"


baru2x ini...
perhimpunan UMNO..
seorang lelaki yg disembunyikan namanya berkata...

"PMRAM sebuah pertubuhan di arab membawa ideologi pembangkang dan pelajar2x yg masuk PMRAM perlu ditarik biasiswanya..."

ishk2x...aku bercakap macam aku ini ustad pMRAM,hehee
sebelum melangkau jauh..
aku bukan budak PMRAM..
dan bukan budak NADI UMNO(pertubuhan dimesir)
tapi budak2x pMRAM suka chop @ claim aku as like budak nadi sbb aku ini tidak suka join dgn kesatuan pMRAM dan aku nie bukan baik,pakai seluar jenas,kopiah xpakai,merokok pulak tue...hoho
jadi diarab ini aku hidup dgn badan kebajikan pelajar wilayah(kL) pertubuhan yang disyangi duta sbb kami bukan pMRAM dan NADI UMNO..
universal katerkan....

maka...orang2x uMno yang berilmu ini juga kelihatan bodoh kerana percaya kepada kata2x seorang lelaki yg dirahsiakan namanya...
lagi sedihnya kerana mereka ingin menarik bantuan pelajar2x yg msuk PMRAM..
ishk2x..
owhh...rasa-rasnaya isu menarik bantuan pelaajr mmng biasa aku dengar..ishk2x
maka sebelum membuat keputusan rujuk quran dulu..sebab ALLAH dah bgtaw..

“Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan), maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.”

Az-Zukhruf:36



PMRAM ini tidak jahat...
PMRAM ini bukan pembangkang
PMRAM ini tidak mengambil duit pelajar
cuma...

kebnyakkan AHLInya bnyak yang JUMUD,hohho...
sebab itu aku yang sekarang ini membela dorangpun diclaim UMNO
sebab aku berkawan dgn nadi UMNO..pergi program UMNO..hahaah

jadi pakcik2x uMNO...
jauhkan penyakit hati anda dengan sikap2x mazmumah...

"terkadang kita masak nasi sedpanya seperti masakan cheff one...
terkadang kita masak nasi rasanya tidak mahu dirasai...inilah kehidupan"


percayalah kerana kekuasaan al-baky yang penuh dengan emas,awek cun,istana yang megah tewas ditangan harun ar-rashid dgn seketika sahaja....kerana inilah kehidupan

sekian...
akhir kata...

ibnu qayyim @ imam ghazali(xsilapku)...
ada berkata...

Carilah hatimu pada tiga tempat:

1-saat mendengarkan quran
2-ketika dalam majlis zikir
3-disaat sedang menyindiri

so,carilah hati anda....jangan biarkan hati anda
diselubungi misteri NTV7...

11 comments:

Iliana said...

wahhh pastinya berunsurkan kes sedikit politik itu kan..takpe la, apa sekalipun, teguh pd pendirian diri kamu sendiri.

nak tarik biasiswa? sebab tu je? memang tak patut..biasiswa tu kn ats penilaian keputusan peperiksaan..bukan sebab bergiat sana-sini..hukum orang kerana tak mahu mengikut? tak adil~

manusia ni, memang gemar berkata seolah dialah segala hebatnya. macam saya juga hehe..manusia~

Perokok Soleh said...

salam......
heheh,kes politik lain cerita..
jika orng nak hina PAS hinalah..
tp jika hina ulama sama jerk macam hina islam...lalala

hehe..adil xadil bukan kuasa kita..
siapa yg memerintah dia yg mentapkan peraturan,lalala

ps:tidak slah berkata untuk menyedarkan tp salahnya bila berckap seolah2x diri hebat..
so,kita kena berblog dgn ayat umum,heheh...

mr-wan said...

aku sokong..!!!!

Perokok Soleh said...

hehe....

kartini said...

salam.

yang pasal budak pmram kena tarik biasiswa tu betul ke? dah beroperasi sepenuhnya? dah diluluskan? huhu. saya banyak kawan study kat mesir, dan banyak yang join pmram. hm.. macam mana dorang ya.

"bila mana tok guru nik aziz mengatakan
perkataan ALLAH boleh digunakan oleh agama lain..
maka orang2x yg perasan power bahasa melayunya
mempertikaikan dan mengatakan
ALLAH hanya untuk orang islam...ishk2x"

ni saya rasa saya tahu siapa kamu maksudkan. hehe. tak apa lah. kita tak ada kuasa nak judge orang lain. biar hanya Allah yang akan judge akan hamba-hambaNya. yang penting, jaga amal, iman dan diri kita.

p/s: penyakit hati ni dah menjadi simtom wajib untuk manusia lebih2 pada zaman akhir sekarang..

Perokok Soleh said...

salam.....

heehe..
pasal budak pmram tue mmng dah lamer je..
owhh,ramai kawan diarab yerk?
dorang yang masuk pmram padan muka kena tarik bantuan,hohho...

owhh..aku xckp pad sesiapa..
itu ayat umum,hohoho
jadi cik jgn salah paham k..

ps:akupun sebenarnya xminat dan xmasuk dgn PmraM sbb dorang..hehehe
ku lagi suka dengan kedutaan...

emo yang memang emo said...

wah. kagum aku ngan perokok yang merokok ni.

walaupun merokok. tp soleh.

tepat nama ko bro. haha

best baca entry ni. bg peringatan kat aku

tq

Perokok Soleh said...

kembang hidungku 3inci...hohoho
owhh...peringataN KITA BERSMAA sebab xguna kalau mengingtkan orang tp diri sendiri hancurr...

ps:ak udah tidak menyentuh yang bernama sshisya....hohohoo

Anonymous said...

salam... suspek r kt bro... aku suke bace blog camni... clean n clear... =) keep writing ya....

Perokok Soleh said...

hohhoo...aku biasa lagi,
aku rasa kawan-kawan yang lain lebih super power cuma mungkin kerana mereka ketiadaan masa,
manakala aku ini suka bermain dan membuang masa,hehee...

ps:alang2x buang masa,elok aku buat benda yang faedah cam berblog,heheehe

ain said...

Memang cmni la dunia..
memang ad yg jhat n baik..Mngkin mereka bukan jahat tapi x dpt lg hidayah dari Allah..
Jadi marilah kite sume doakan agr sntiasa diberikan hidayah utk trus patuh dengn suruhan Allah...