Thursday, 19 February 2009

Caramu dan Caraku??

salam alaik....
entry untuk membalas kiriman email(tiada kerja)..
sorry kerana menanguhkan bebrapa entry,hehehe

sinchan:apa guna balai polis jika maaf boleh selesaikan segalanya...

perokoksoleh:pendeknya entry sependek.....(sambung sendiri)

caraku adalah aku,

"akan keluar satu kaum diakhir zaman,
orang-orang muda berfahaman buruk.
mereka bnyak mengucapkan perkataan 'khairul bariah'.
iman mereka tidak melampaui kerungkung mereka.
mereka keluar dari ugama seperti meluncurnya anak2 panah dari busurnya...."

inilah isi antara sedikit isi yang aku terima dari seorang yang aku
sendiri x mengenalnya...mungkin orang beljar diarab juga,lalalaa

xsilapku,hadith begini aku jumpa dibuku-buku mengenai...
akidah ahli sunnah wal-jamaaah..
namun ia digunakan untuk menegurku,terima kasih..
owhh tidak lupa juga kepad cikgu e-ya kerana membuat satu entry semata-mata
ingin menolak pandanganku,amatlah aku hargai kerana berfikiran terbuka...
yang menyuruh aku berhenti berblog bolehlah korang pasrah kerana
aku masih ingin berblog,hehehe

tuehhh...
mengikut buku2x yang aku baca...
hadith diatas menerangkan orang2 muda ghairah mengeluarkan hukum dari quran dan sunnah,
sedangkan iman mereka nipis sekali ibarat benang...
ibarat keluarnya anak panah dari busurnya...
dan mereka ini suka berkata tentang hadith dan quran tetapi hakikatnya
mereka telah lari dari agama...

hah!!!
jika diteliti blog perokok soleh...
tiada satu cerita doremon yang aku kisahkan,lalala...
hatta,sinopsis untuk kisah conan aku tidak selitkan,
jadi...mustahil aku ingin menceritakan masalah2x hukum yg lebih rumit..
dimanakah entry yg menceritakan masalah2 hukum?
bukanlah tidak ingin disampaikan namun tidak sesuai..
kerana orang2x awam bukan semua belajar ilmu usul fiqh..
adalah amat takut jika mereka berfikir dengan hanya satu hadith sohih sudah
boleh dijadikan hukum...
dan jika berfahaman begini mulalah korang membida'ahkan orang,
sedangkan ilmu didada baru sebesar semut..


waaHHH....
pandanganku mengenai isu boikot rupannya mendapat perhatian,
namun ini hanya pandanganku.....
tak kusangka,blog yang sengal ini mendapat perhatian...syukur

caraku adalah aku...

aku adalah aku that means aku adalah seorang muslim yang berpegang dengan quran dan sunnah,
bukan aku adalah seorang muslim yang bijak berkata mengenai quran dan sunnah...

inilah masalah kita.......
apabila orang islam sendiri tidak percaya kepada orang islam....
kita memang berbeza pendapat tetapi kita juga perlu bersama.
bersama menulis blog,bersama bertukar-tukar pandangan...
bukan bila berbeza pandangan terus putus hubungan diplomasi,
terus xnak makan kfc bersama,adesss..
inilah juga masalah negara sunni yang dari dulu memcemuh iran yang sebuah negara syiah...
sedangkan apakah negara2x ini ada sumbangannya??
(apaakah korang yang menyuruh aku berhenti blog mempunyai blog?)
adalah elok jika mereka duduk semeja dan membincangkan cara membuat senjata,
cara membangunkan ekonomi...
amatlah malu kerana pandai berkata tetpai sumbangan tiada...

inilah masalahnya.....
sedangkan orang terdahulu pada zaman keemasan islam telah mengajar keterbukaan fikiran..
bukanlah bermakna terbuka fikiran kita tidak boleh membunuh mereka yang murtad...
orang yang murtad perlu dibunuh,jgn korang terkena anasir2 islam liberal sudah...
kerana apa?
kerana ia seolah-olah pengkhianat kepada agama..
adakah pengkhianaat negara kita bunuh tetapi pengkhianat agama kita biarkan....
islam sendiri mengajar,
jika mereka ada yang murtad tetapi tidak menzahirkan maka tidak boleh dibunuhnya..
itulah seorang muslim berbeza dengan seorang kafir...

sekiranaya korang ingin menulis dengan gaya seorang mat jiwwang,tuliss...
korang nak menulis diari hidup korang,tulisss......
korang nak hina PAS atau UMNO,tulisss...
aku xakan hantar e-mail untuk menegur korang,lalala...

bila isu palestine keluar...
terpampang la dekat blog2 korang boikot sini sana...
kalau yang buat baik lebih sikit sumbang pad palestine terus show-off diakhbar-akhbar...
xpercaya?korang baca utusan dan harakah...
baru melawat dihospital mangsa kekejaman israel,terus cerita dekat semua..
bolehh blahh,
orang buat baik mana tunjuk beb...
tok guru nik aziz buat baikpun x tunjuk dan...
untuk pengehtahuan korang,cerita kehidupan tok guru bukan atas permintaannya
dan bukan lakonan seperti yang dikata puak2x yang sengal-bengal ini...

korang akan melenting bila orang membuat blog seperti blog perokoksoleh...
maka,tidak hairan korang akan melatah bila melihat blog yang menghina islam..
sebenarnya seperti yang kukatakan...
umat islam lemah..
maka,kekuatannnya adlah mempelajari ilmu...

jika orang membuat blog menghina islam...
kita melawannya dengan blog mengagunkan islam....
jika mereka melawan dengan hujah bible,
kita melawan dengan hujah quran,
jika orang membuat blog dengan bahasa teruk macam ini,
korang buat dengan bahasa indah...
bukannya kita melawan dengan
mencaci maki dan selepas itu membuat blog yang meraban...adesss

jika blog korang tiada tetamu..
mengapa perlu pening??
blog korang akan jadi inspirasi untuk diri sendiri..
kita hanya perlu diri sendiri untuk maju dan berubah...

caraku adalah aku,

bahasaku ini adalah bahasa duniaku yang realiti..
aku tidak minat nak ana-ente-hua-huma-hum...
jangan jadi sengal...
kalau setakat ana-ente....
boleh blah...
nak cakap arab,cakap terus..biar silap asal korang ada usaha..
sampai bila nak ana-ente-hua-huma-hum?
sampai tua?
malunya bila melihat conan,yugioh,doremon,ran shaman king,yuna bercakap arab dalam tv..

tidak kisah korang nak ana-ana dengan sesiapa,
tetapi korang xboleh nak suruh orang ana-ente dgn korang..
jika korang ana-ente dgnku..
aku tetap dengan aku engkau/cik...lalalala

kealiman seseorang bukan dinilai pada jubahnya,bukan pada janggutnya,
bukan pada ana-entenya,bukan pada rokoknya...tetapi dinilai dari sudut akalnya...

"beza seseorang itu adalah dengan ilmu dan akal"

ewhh.....bukan beza seseorang itu dengan takwa ker?
hahaha....sengal,jika korang ingin beriman korang kena ada ilmu bukan
taklid membabi buta...
dan jika korang membaca kisah2x mereka yang masuk islam seperti saintis contohnya,
mereka masuk bukanlah hanya mengikut membabi buta macam kita yang lahir2 terus islam..
lepas tue xtahu rukun iman dan islam,bahkan nama malaikat dan tugsnyapun dah lupa...
ini kerana mereka sedar agama islam dan akal itu ada kaitan..
berbeza dengan agama lain..lalalala

setelah korang berilmu korang perlu akal untuk membangunkan diri dan beramal soleh....
itulah seseorang yang mulia disisi ALLAh adalah mereka yang bertakwa...

"the power of bird at the wings,the power of elephant at the strengt,
the power of human at the brain or intellect..."


jadi gunakan akal.....

orang yang matang bukan matang dari segi umurnya tetapi seorang yang matang
apabila boleh berfikir dengan bagus dan matang...

penulisanku adaalh pandanganku....
aku,kamu dan dia semuanya berbeza citarasanya...


merujuk mengenai hari valentine?
sila lihat entry....

valentine 1

valentine 2

ps:perokok soleh tidak reti memberi ucapan dan beliau tidaklah beremosi...
maka,marilah sama-sama kita mendengar lagu ini yg beshhh yg lebih emosi....lalala





Tuesday, 10 February 2009

kita yang lemah....

hai...
nama saya roni dari rona roni makaroni...
kali nie perokok dia cerita ikut hati noh sebab otak dia tengah sedeyyy....
jadi hangpa,kalau silap tegur noh...
hangpa nak taw?
la nie dia........

"DILEMA seorang perokok...."

bob miyah:bila puaka niyang kerepek 2 aku?

perokok hina:oleh kerana kisah bob miyah kurang penting walaupun penting...jadi,aku tanggguhkan dahulu,lalalaala

"pentingkan perkara yang penting dari perkara yang tidak penting,barulah hidup ini harmoni"

bila bukak ym...

puittt...

terjembullah msge offline dari kawan2x aku yang hanya reti mengforwardkan message...

lebih kurang 15 message serupa...bunyinya seperti ini:

"Di Israel,merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok,dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel,siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.(Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)"

tahu apa aku buat???aku tersenyum dan terpikir....

keliung keliung keliung...(bunyi sedang imagine sesuatu)

dorang nie dah baca ker artikel penuh fasal bendalah nie?

dorang nie paham ker apa yang penulis asal ingin sampaikan?

aku tidak terasa dengan secebis kata2 offline yang sengal yang diciplak dari sebuah artikel...
aku lebih terasa dengan artikel sebenar ini yang dikeluarkan oleh seorang doktor..

jawapnnya dorang xpaham kerana kata2x itu hanyalah secebis dari sebuah artikel...artikel yang aku dah baca dan kesimpulannya adalah...

ORANG YAHUDI HEBAT DAN ORANG ISLAM KINI LEMAH...

melihat senario malaysia kini dengan kisah pemimpin dengan irama lompat sikatak lompat..
manakala akhbar2x pula dengan sikap masing2x...semuanya mengikut rentak bangau oh bangau...
aku pula dengan irama....???
iya,aku dengan irama etnik melayu yang makin lembab...

nah korang sebagai rakyat malaysia..tepek pada muka masing2x kemaluan malaysia(termasuk aku)...
makin hari nilai mata wang makin turun...
aku yang dekat arab nie makin payah sebab duit belanja kurang...
yang diamerica?dirusia?dimorocco?
korang leka,leka dengan permainan politik bodoh...
yahudi bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu pukul berapa datuk harimau sebab melihat berpa mata wang malaysia makin jatuh..


masa disekolah dulu...sesengal sengal aku,aku selalu mendapat pujian..
dari kawan..cikgu,makcik kantin except my mother,lalala..

dan aku pelik kenapa makku syurgaku xpuji daku sedangkan cikgu aku sendiri kater aku nie nakal tp beljar ok?

rupanya bila aku sampai diarab aku jumpa dengan budak yang sebaya denganku yang kini sudah berada ditahun 3,dan boleh membaca kitab arab...
menghafaz quran dll....ishk2x,rupanya aku hina dan masih teruk

manakala kawan aku yang aku puji ini berkata dia juga lemah kerana ada kawan dia yang lebih dasyat yang kini juga menjadi kawan aku..
apa yang dasyat?
beliau boleh berckp 7 bahasa dan badannya telah sebati dengan ayat2x ALLAH..
nah,sekarang siapa yang lemah?

the answer is UMAT ISLAM...

aku diarab ini sudah bosan dengan sikap sesetengah orang yang rasa diri hebat dalam hukum hakam islam...
padahal hukum dan fatwapun xleh nak beza..
hinggakan ada seorang budak membeli buku dipameran buku antarangsa arab mengenai haramnya rokok untuk berbahas denganku perihal rokok...ishk2x,sengal sengal

owhh,tidak lupa juga kepada pemboikot-pemboikot barangan yahudi...
yang memiliki nokia...
yang memakai levis...
yang menggunakan......yang yang dan alahai ayang,huhuhu

syukur yahudi xlayan blog orang2 kita...
kalau x,terserlahlah kesengalan kita...

yahudi finland berkata:kata boikot?tp awat syarikat aku maju jerk..hari2x ada hp baru keluar???...

asal hah???
aku tidak kisah korang nak boikot ker x nak ker...
dah aku x nak boikot...kenpa la korang nak kecoh2x??
nasri pemain bola sepak islam tuepun bermain dalam kelab arsnal....
kalau aku kata aku boikot ibarat aku tidak berpijak dibumi yang nyata..
hanya tahu bercakap...pooOOrah

baiklah...disini mari kita menjadi pengkaji

kenal siapa itu
enchek albert einstein??

kenal siapa itu
pokchik karl marx??

kenal siapa itu
cik milton friendman??

kalau x kenal...pergi kenal2xkan diri dengan mereka
huh!!korang adalah pengkaji...jadi silalah kaji kerana aku xsuka bagi free2x...

kita teruskan fasa ke-2...

kenal apa itu
Polo Lauren

kenal apa itu
Coca-cola

kenal apa itu
Google(kalau tahu jangan jadi blogger,lalalala)

kenal apa itu
DKNY Donna

kenal apa itu
Dunkin donuts

kalau xkenal pergi kenal2kan diri...

hah!!!

fasa ke-3 paling ngeri...
bukan calang2x orang tapi pemimpin...

kenal siapa itu...adesss
penat den tulis kenal ini kenal itu...

yang pasti aku nak bgtau,dunia sekarang YAhudi pegang...
sebab umat islam lemah..

bagaimana ingin mengubah??

kita kenalah menjadi lebih maju...
rajin2kan diri solat...
rajin2kan diri paham quran
rajin2kan diri baca buku

narutopun rajin berlatih kungfu untuk menjadi hokage...
ronano zorropun rajin bersenam untuk menjadi pemedang terhandal...
jadi,tetapkan matlamat masing2x....

bukan rajin..
main politik bodoh..
main internet...
main game macam aku...
main main main...

maka....sebagai penutup marilah kita sama-sama main bangau oh bangau dengan menyalahkan pemimpin2x OIC

ini adalah satu sebab sengalnya umat islam..

dari 57 negara islam....just haved 500 university sahaja

tapi di america yang aku,kamu dan dia maki tue...

mempunyai 5000 lebih university...

huh!!!
sebab ini menuding jari jadi aku tunjuk satu sahaja,yang lain korang tambahkan la..lalala

banyak kesengalan negara2x oic cuma aku x minat nak cakap sebab bukan dapat faedahpun...lalalala

penyelesaiannya..

BACA BUKU...BACA BUKU BACA BUKU
-ibuku syurgaku

bukan baca blog aku dan...
bukan baca kisah politik yang sengal,tagi elok baca blog aku,huhuhu...
korang bagus...blog korang untuk dakwah tapi perlu ingat erkk

"berdakwah pada diri adalah pokok utama untuk menjadi pendakwah dan tarbiyah perlu dipaksa didalam diri"


akhir kalam,ambillah kata2x kawanku ini....

"sebenarnya YAHUDI tidak hebat tetapi orang islam yang lemah...
kita sebagai ISLAM lebih kuat kerana mempunyai ALLAH kita,dan kita percaya dengan AGAMA kita jadi kita perlu lebih maju kehadapan tapi syangnya kita lalai..."(aku lalai....sob sob sob)

Monday, 2 February 2009

Indahnya Islam...

assalamualaikum...


sikit-sikit islam...
sikit-sikit jerk silap..
sampai bila nak maju doll??
mamat brsuara....

iya..memang silap,tp bukan dgn kesilapan engkau aku memusuhi atau membenci kau..
tapi aku kena la bgtau/ingatkan/nasihatkan sbb engkau adalah islam bukan orang kafir...dapat?
akupun ada silap...
aku merokok namun aku bersyukur kerana pemikiran aku xsesat macam kau..

tapi yang berzina,pakai sexy dll ada jerk yang bagus dan......
belum sempat mamat menghabiskan dannya,
aku menyampuk...

waaaAAhh...
ah chong yang baru aku kenal suka bila aku ceritakan pasal islam...
mary yang baru kelmarin aku ayat suka pada islam..tapi orang islam jugak yang menolak islam.....ishk2x

dan perjuangan islam xperlukan orang macam kau...islam hnya perlu orang islam yg betul2x memahami islam...dan engkau mamat,
pemikiran engkau telah jauh dengan ala-barat yang celaka itu...

"jika islam ini ibarat bangunan yang usang..akan aku berjalan kemalata dunia mencari pemuda-pemuda yang ikhlas kepada islam untuk membangunkannya menjadi istana yang indah"
-yang mati syahid(hasan al-bana)

jawapn DR. K.I.A.H ketika ditanya tentang umat islam

"sebenarnya umat islam makin bodoh kerana mengagung-agungkan barat...
manakala golongan yang berilmu sibuk membincangkan masalah sifat ALLAH yang 20,
tentang roh..sunni-syiah,perkara khilafiyah.....inilah sebab blog perokok soleh tidak membincangkan perkara khilafiyah...lalalalala~~~"

dari membincangkan masalah khilafiyah baik aku ajar cara solat jama dan qasar...
ini adlah lebih bermakna dan membawa kepada kesatuan ummah..

jika ada orang mengatakan islam ini kolot la itu la ini la~~
sebenarnya mereka yang kolot dan masih tidak tahu kehebatan islam...

Adakah mereka mengenali siapa itu....
abu al-Qasim??siapa Abu hasan bin hitham?ibnu sina?yaaqub al-khindi?
mohammad zakariya ar-razy dll?
kalau tidak tahu..
pergilah belajar dan jgn ckp macam seorang yangh bongok...lalalala~~


tup tap tup tap....aku dah capai 21 tahun
kalau kahwin boleh buat anak,lalalala~~
namun apa erti aku menganut agama islam?

kadang2x...
terpikir jugak,
mungkin orang kapir yang masuk islam lebih memahami islam dari aku...

dan

kadang2x...
terpikir jugak,
orang-orang islam sekarang bnyak yg lari dari islam..
dan bukannya dia menyanyangi islam tetapi islam yang sayanginya...ishk3x

maka,benarlah kata-kata hasan al-bana...

waahh..encik perokok bley bercerita fasal politik la nie??...
ishk3x aku bukannya tidak mahu bercerita politik...
tapi kerana aku tidak tahu lagi sepak terajang dunia politik..
maka lagi eloklah aku bercerita tentang benda yang aku tahu...

aku ada terbaca beberapa blog...
mengatakan seperti
"MAHATHIR MAHA FIRAUN" bla blsa bla...

adesss...aku mula terketuk kepala sendiri dan bertanya...
maha hanya sesuai untuk esa dan firuan itu pula pemerintahan yang zalim seperti yangt diceritakan didalam quran...
jikalah ia seorang yang hebat membuat tipu daya seperti ahli2x kitab yang menukar isi taurat dan injil sesungguhnya ALLAH juga yang maha hebat...

"Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa) dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah),
Allah sebijak-bijak yang membalas
(dan menggagalkan segala jenis)tipu daya."


teruk sangatkah tun tue??
dan orang yang berkata begini,
apakah sumbangan dia kepada agama,bangsa dan negara???
jangan hanya tahu berkata...
dan aku juga takut jika aku hanya tahu berkata tapi tiada pengamatan dengan kata2x dan tulisanku...lalalalala~~

bukanlah dengan menulis begini aku menyokong tun...tetapi berhati-hatilah ketika berrkata,
sekiranya benda yang kita tidak tahu,tidak perlu bercakp kerana itu lebih elok...
islam dah ajaar dah benda nie tapi kita yang xnak ambik,ishk2x...

tok guru nik aziz juga ada memuji tun bila mana dia mengutuk zionis...
cayalah atokkk tapi...
korang xnak contohi....
yang korang tahu berdemo,kutuk sini kutuk sana,solat tinggal,tudungpun pakai masih xbetol...hancur~~~hancur

manakala lagi satu pula...

menghina tok2x guru dan ulama..
owhh,yang ini aku tidak terketuk kepala sebab aku tahu mereka ini memang bongok dan bangang...
jikalau tok guru2x mendoakan sesuatu keatas mereka...ishk2x

islam itu mulia...namun orang islam itu sendiri yang menghinanya,adesss...
keunggulan islam bukan diakui oleh aku dn orang muslim lain malah golongan2x barat juga...

dan seorang father/pope dari russia baru2x ini berkata:
"mungkin hukum hudud sahaja yang boleh menyelesaikan masalah-masalah zaman kini seperti zina,merompak dll..."

gottfriend wilhelm leibnez(orang lamo) didalam theodize telah memuji nabi kita kerana menyebarkan agama fitrah...


dan juga karen amnstrong kot berkata:

"tidak ada satu mana-mana agama yang memuliakan wanita selain islam..
semuanya didominasikan oleh kaum lelaki..tetapi islam beza

dan bnyak lagi lah...

seperti dr. robert briffault,encik pengerusi hewlett packard company dan bebrapa orang(aku lupa ayat2x mereka sebab makan semut arab,hehehe)...

opsss.....kini,aku dah dewasa~~~

sumbangan pada islam masih zerooOOOO....
sedangkan imam syafie yakni imam aku,kamu dan dia teah menjadi mufti dalam umur belasan tahun..
ishk2x...hinanya aku~~~

kadang2x orang islam itu sendiri tidak tahu kehebatan islam...
contoh paling senang...

bila mana azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat bg wilayah2x berdekatan...
korang boleh pulak tinggal solat...

sedangkan adakah korang tahu?

cat steven memeluk islam setelah mendengar suara azan...ishk2x~~~

bila mana akuy,dia dan kamu baca quran,sedikitpun hati ini tidak merasa...
tapi bila orang mengata korang..uishhhh,bukan main terasa erkk??

sedangkan adakah korang tahu?

dan ketika nabi membacakan ayat2x quran yang berbentuk azab allah...
orang mushrikin xsanggup nak dengar sehingga menutup mulut nabi dan merayu supya tidak membacanya...
owhh,kisah ini korang akan tahu jika mengaji fiqh sirah...
dan bila jin2x kapir dengar ustafd2x baca quran mereka akan terbakar...

inilah mukjizat quran...
namun begitu orang islam kini hanya tahu baca...
tengok tajwid(itupun kalau yang mengaji tajwid)...itu sahaja
dalam bab undang2x...ekonomi,sumer xpakai quran...

umar abdul aziz seorang pemimpin yang hanya memimpin 2 tahun beberrapa bulan telah berjaya membuaang kemiskinan,kehinaan manusia dll...
apakah rahsianya?
hanya satu...
kembali pada islam~~~
kerana beliau percaya islam itu indah dan menakjubkan..

dr. gary miller seorang pakar matematik yg memeluk islam setelah dihadiahkan senaskhah kitab al-quran terjemahan padanya..
beliau berkata:(kerana malas menaip kata2x beliau boleh dilihat didalam karyanya:The Amazing Quran)

waaaAAHh...hanya dengan membaca quran hatinya telah terbuka,sungguh islam ini indah...


ishk2x,susah untuk aku mengunkapakan keindahan islam kerana aku hanya bangga menjadi islam tapi bukan semua yang islam ajar aku buat,ishk2x...itulah rokokpun xley tinggal..(anak sapa la nieh,kukukukuku~~)

sekrang korang melihat barat maju tetapi sebnenarnya mereka diambang kemusnahan.
adakah hati boleh tenang dengan kemajuan???
adakah ibubapa akan tenang jika anak2x mereka diguna pakai seperti barang dagangan??
sesungguhnya orang yang mngamalkan gaya hidup islam pasti gumbira...seperti aku,huhuhuhu....
dan ini semua adalah janji-janji ALLAH...
dan janji ALLAH itu benar,bukannya seperti janji-janji manis wakil rakyat,lalalalala~~~

tidak perlu aku berkata panjang..
kerna semua orang sudah tahu tetapi tidak menyedarinya...
yang biasa kita sedar adalah keburukan orang lain...ishk2x

bilalah diri ini ingin berubah???
umur sudah 21?
apakah erti aku menganut agama ISLAM??

"Eropah terhutang budi kepada sains islam,seni islam dan sastera islam dan kerana faktor2x inilah yang menyebabkan ia terkeluar dari zaman kegelapan"
-orang terkemuka barat yg aku lupa namanya