Friday, 26 September 2008

Malaikat Maut

salam alykk...
selagi hayatku dikandung badan aku tetap akan menulis dan menulis dan kali ini
aku rasa ingin menjadi tok ketua kampung..atau lebih manis disebut perokok soleh yg menjadi tok ketua kampung..huhuhu
aku bukan ustad..so,kalo silap sila tegur,aku cuma tok ketua kampung,huhu
owhh...apa kahabar orang2x kampung..??
aku yg diamanahkan sebagai tok ketua kampung hendak bersyarah...
dan kalo orang kampung paham aper yg atok sampaikan bagus..
uhuk2x...

sebelum memanjangkan kalam kalim dan kalimah aku nieh..aku ingatkan lagi,aku bukan ustad..kita semua sama,bezanya aku lebih hensem dari korang,huhuh
sempena perginya ramadhan...aku hendak ceritakan tentang malaikat maut..

tahu tak korang???
berapa kali si malaikatul maut nie jengok kita..
mengikut ilmu yg aku dapat dan aku ingatlah..

Rasullulah s.a.w bersabda

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali1 dalam sehari."

so,mengikut ilmu matematik yang diajar cikgu fara aku,

1 hari=24 jam=1440minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita
=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT...
betul tak?kalo salah maknanya matematik korang FAILED,huhuhu...
DAN..

lagi satu,
tahu tak korang??
aper yg malaikat izrael cakap bila memandang manusia dan manusia masih bleyy bgelak ketawa lg..
Maka berkata Izrail:

"Alangkah hairannya aku melihat orang ini,sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya,tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"-(mafhum hadith)

maka sebab inilah akupun rasa cuak bila baca hadith tadii sebab hidup aku sentiasa gumbira
dan aku masih xberhenti rokok lagi..
dan aku yakin korangpun gumbira asal korang xder awek dan tahu aper itu SYUKUR..
maka aku yg cuak ini mulalah menulis entry ini..

korang..walaupun kita semua bnyak silap atau dengan kate lain,kita semua adalah pendosa..
pintu itu sentisa terbuka..yakni pintu taubat,namun begitu..pintu taubat hanya terbuka untuk kesalahan korang dengan ALLAH..
kalo kesalahan korang dengan aku atau manusia lain,maka hendakalah korang meminta maaf dengannya..dan inilah gunanya hari raya..hohohoo

SELAMAT HARI HARI RAYA,MAAFKAN ZAHIR DAN BATINKU...

ok,balik pada tajuk asal..sehebat manpun korang..sedasyat manapun BUSH,dia tetap xbleyy lari dari mati,sebesar mana ANWAR dia akan mati..sebesar mana PAKLAH diapun akan mati,
dan sebesar mana orang2x besar..beliau juga akan mati..yang kekal hanyalah ALLAH..
so,pakat2xlah kita puja ALLAH..

mungkin tahun depan aku mati..maka terbengkalailah blog aku nieh...
so,sebelum blog ini terbengkalai..eloklah masa yang ada nie aku sampaikan sebuah cerita yang aku dapat dari e-mail...

Adalah seorang hamba Allah ni,dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu,tetiba dia terdengar satu bunyi...
jeng!jeng!jeng!...
bunyi....aauuummmmm3x!!!!
GRrrr...grrRR....
Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..
Jadi,si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.Harimau tupun tunggu lagii...
harimau tue kejar r hamba Allah ni.Sebab dia dah lapar sangat ni.Harimau tu pun kejar,kejar,kejar dan kejar...

Hamba Allah ni punyalah takut dan memang xder orang yang berani kalo kena kejar dek harimau kecuali orang gila..huhuhu
maka berlari lintang pukanglah hamba ALLAH tersebut.masa lari2x,Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.bagus juga hamba ALLAH nie..

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.. Perigi tu ada tali dan sebuah timba.Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu..Tali tu pendek jer.Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi,harimau yg lapar tu menunggunya.Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri,sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.Tengah2x dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!...
Ya Allah.....
lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat bawah tu??
jeng2x...
Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib....
Dah jatuh ditimpa tangga,lagilah takut si hamba Allah ni.Atas ada harimau bawah ada buaya.Semakin risau dan takut...

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi,naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.Cis, kurang ajar punya tikus.Aahhhh...cam ner ni,rungut hamba ALLAH,
Pastue..keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.Cis, lagi satu.Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
maka hamba AllaH Berfikir lagi...Kalau naik kat atas dimakan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah dmakan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba....
terdengar satu bunyi....
uuuuuuuuuuuuu....
uuwww..uww....uww~~~

Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi...
perghh!!!Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tupun berkata
"Foowh manisnya madu ni ,tak pernah aku rasa manis macam nie.Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah ....
maka terlupalah hamba ALLAH tersebut...
komen kawan aku:(cerita nie kategori yang tergantung)

... tamat...

ok,baiklah..
tahu tak korang?

siapa hamba ALLAH tue?
siapa pula HARIMAU tue?
siapa pula 2 ekor buaya tue?
siapa pula tikus putih dan hitam tue?

jawapannya..
Kalau korang semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua..
aku,kamu dan dia,

Harimau yg mengejar tu adalah maut kita,ajal memang sentiasa mengejar kita,so beringat-ingatlah macam korang ingat citer sinchan pukul 7.30 malam diNTV7...

2 ekor buaya tue plak adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti...
Tali yg tempat hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita...dapat??

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu...xkan xbaca kot?
Madu??... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia bleyy lupa pada harimau dan buaya tu.Macam aku,kamu dan dialah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah.Waktu susah baru la nak ingat Allah macam hamba ALLAH diatas...
Astaghfirullah...tue la korang,aku suruh ingat ALLAH korang xnak

nie hah!!
ambik nie..cara2x senang nak ingat ALLAH..
aku b ygg paling senang sebab cara niela yg aku rasa paling mudah..dan korang bleyy buat..

cara-caranya:
setiap perkara yang korang lakukan bacalah bismillah
DAN
setiap kali keluar rumah jangan lupa mengucap kalimah syahadah..kalo korang mati masa keluar maka beruntunglah..kalo malaspun pastikan korang sentiasa mengucap kalimah SYAHADAH..

"kadang-kadang kita tidak sedar kita telah murtad"

"sesungguhnya kunci syurga itu adalah kalimah SYAHADAH"

No comments: