Thursday 19 February 2009

Caramu dan Caraku??

salam alaik....
entry untuk membalas kiriman email(tiada kerja)..
sorry kerana menanguhkan bebrapa entry,hehehe

sinchan:apa guna balai polis jika maaf boleh selesaikan segalanya...

perokoksoleh:pendeknya entry sependek.....(sambung sendiri)

caraku adalah aku,

"akan keluar satu kaum diakhir zaman,
orang-orang muda berfahaman buruk.
mereka bnyak mengucapkan perkataan 'khairul bariah'.
iman mereka tidak melampaui kerungkung mereka.
mereka keluar dari ugama seperti meluncurnya anak2 panah dari busurnya...."

inilah isi antara sedikit isi yang aku terima dari seorang yang aku
sendiri x mengenalnya...mungkin orang beljar diarab juga,lalalaa

xsilapku,hadith begini aku jumpa dibuku-buku mengenai...
akidah ahli sunnah wal-jamaaah..
namun ia digunakan untuk menegurku,terima kasih..
owhh tidak lupa juga kepad cikgu e-ya kerana membuat satu entry semata-mata
ingin menolak pandanganku,amatlah aku hargai kerana berfikiran terbuka...
yang menyuruh aku berhenti berblog bolehlah korang pasrah kerana
aku masih ingin berblog,hehehe

tuehhh...
mengikut buku2x yang aku baca...
hadith diatas menerangkan orang2 muda ghairah mengeluarkan hukum dari quran dan sunnah,
sedangkan iman mereka nipis sekali ibarat benang...
ibarat keluarnya anak panah dari busurnya...
dan mereka ini suka berkata tentang hadith dan quran tetapi hakikatnya
mereka telah lari dari agama...

hah!!!
jika diteliti blog perokok soleh...
tiada satu cerita doremon yang aku kisahkan,lalala...
hatta,sinopsis untuk kisah conan aku tidak selitkan,
jadi...mustahil aku ingin menceritakan masalah2x hukum yg lebih rumit..
dimanakah entry yg menceritakan masalah2 hukum?
bukanlah tidak ingin disampaikan namun tidak sesuai..
kerana orang2x awam bukan semua belajar ilmu usul fiqh..
adalah amat takut jika mereka berfikir dengan hanya satu hadith sohih sudah
boleh dijadikan hukum...
dan jika berfahaman begini mulalah korang membida'ahkan orang,
sedangkan ilmu didada baru sebesar semut..


waaHHH....
pandanganku mengenai isu boikot rupannya mendapat perhatian,
namun ini hanya pandanganku.....
tak kusangka,blog yang sengal ini mendapat perhatian...syukur

caraku adalah aku...

aku adalah aku that means aku adalah seorang muslim yang berpegang dengan quran dan sunnah,
bukan aku adalah seorang muslim yang bijak berkata mengenai quran dan sunnah...

inilah masalah kita.......
apabila orang islam sendiri tidak percaya kepada orang islam....
kita memang berbeza pendapat tetapi kita juga perlu bersama.
bersama menulis blog,bersama bertukar-tukar pandangan...
bukan bila berbeza pandangan terus putus hubungan diplomasi,
terus xnak makan kfc bersama,adesss..
inilah juga masalah negara sunni yang dari dulu memcemuh iran yang sebuah negara syiah...
sedangkan apakah negara2x ini ada sumbangannya??
(apaakah korang yang menyuruh aku berhenti blog mempunyai blog?)
adalah elok jika mereka duduk semeja dan membincangkan cara membuat senjata,
cara membangunkan ekonomi...
amatlah malu kerana pandai berkata tetpai sumbangan tiada...

inilah masalahnya.....
sedangkan orang terdahulu pada zaman keemasan islam telah mengajar keterbukaan fikiran..
bukanlah bermakna terbuka fikiran kita tidak boleh membunuh mereka yang murtad...
orang yang murtad perlu dibunuh,jgn korang terkena anasir2 islam liberal sudah...
kerana apa?
kerana ia seolah-olah pengkhianat kepada agama..
adakah pengkhianaat negara kita bunuh tetapi pengkhianat agama kita biarkan....
islam sendiri mengajar,
jika mereka ada yang murtad tetapi tidak menzahirkan maka tidak boleh dibunuhnya..
itulah seorang muslim berbeza dengan seorang kafir...

sekiranaya korang ingin menulis dengan gaya seorang mat jiwwang,tuliss...
korang nak menulis diari hidup korang,tulisss......
korang nak hina PAS atau UMNO,tulisss...
aku xakan hantar e-mail untuk menegur korang,lalala...

bila isu palestine keluar...
terpampang la dekat blog2 korang boikot sini sana...
kalau yang buat baik lebih sikit sumbang pad palestine terus show-off diakhbar-akhbar...
xpercaya?korang baca utusan dan harakah...
baru melawat dihospital mangsa kekejaman israel,terus cerita dekat semua..
bolehh blahh,
orang buat baik mana tunjuk beb...
tok guru nik aziz buat baikpun x tunjuk dan...
untuk pengehtahuan korang,cerita kehidupan tok guru bukan atas permintaannya
dan bukan lakonan seperti yang dikata puak2x yang sengal-bengal ini...

korang akan melenting bila orang membuat blog seperti blog perokoksoleh...
maka,tidak hairan korang akan melatah bila melihat blog yang menghina islam..
sebenarnya seperti yang kukatakan...
umat islam lemah..
maka,kekuatannnya adlah mempelajari ilmu...

jika orang membuat blog menghina islam...
kita melawannya dengan blog mengagunkan islam....
jika mereka melawan dengan hujah bible,
kita melawan dengan hujah quran,
jika orang membuat blog dengan bahasa teruk macam ini,
korang buat dengan bahasa indah...
bukannya kita melawan dengan
mencaci maki dan selepas itu membuat blog yang meraban...adesss

jika blog korang tiada tetamu..
mengapa perlu pening??
blog korang akan jadi inspirasi untuk diri sendiri..
kita hanya perlu diri sendiri untuk maju dan berubah...

caraku adalah aku,

bahasaku ini adalah bahasa duniaku yang realiti..
aku tidak minat nak ana-ente-hua-huma-hum...
jangan jadi sengal...
kalau setakat ana-ente....
boleh blah...
nak cakap arab,cakap terus..biar silap asal korang ada usaha..
sampai bila nak ana-ente-hua-huma-hum?
sampai tua?
malunya bila melihat conan,yugioh,doremon,ran shaman king,yuna bercakap arab dalam tv..

tidak kisah korang nak ana-ana dengan sesiapa,
tetapi korang xboleh nak suruh orang ana-ente dgn korang..
jika korang ana-ente dgnku..
aku tetap dengan aku engkau/cik...lalalala

kealiman seseorang bukan dinilai pada jubahnya,bukan pada janggutnya,
bukan pada ana-entenya,bukan pada rokoknya...tetapi dinilai dari sudut akalnya...

"beza seseorang itu adalah dengan ilmu dan akal"

ewhh.....bukan beza seseorang itu dengan takwa ker?
hahaha....sengal,jika korang ingin beriman korang kena ada ilmu bukan
taklid membabi buta...
dan jika korang membaca kisah2x mereka yang masuk islam seperti saintis contohnya,
mereka masuk bukanlah hanya mengikut membabi buta macam kita yang lahir2 terus islam..
lepas tue xtahu rukun iman dan islam,bahkan nama malaikat dan tugsnyapun dah lupa...
ini kerana mereka sedar agama islam dan akal itu ada kaitan..
berbeza dengan agama lain..lalalala

setelah korang berilmu korang perlu akal untuk membangunkan diri dan beramal soleh....
itulah seseorang yang mulia disisi ALLAh adalah mereka yang bertakwa...

"the power of bird at the wings,the power of elephant at the strengt,
the power of human at the brain or intellect..."


jadi gunakan akal.....

orang yang matang bukan matang dari segi umurnya tetapi seorang yang matang
apabila boleh berfikir dengan bagus dan matang...

penulisanku adaalh pandanganku....
aku,kamu dan dia semuanya berbeza citarasanya...


merujuk mengenai hari valentine?
sila lihat entry....

valentine 1

valentine 2

ps:perokok soleh tidak reti memberi ucapan dan beliau tidaklah beremosi...
maka,marilah sama-sama kita mendengar lagu ini yg beshhh yg lebih emosi....lalala





14 comments:

Iliana said...

salam..

wahh..bagaimana la kamu dah mencilok idea den..waduhh~ tapi, takpe, akan dibagunkan juga..

den sokong entri ni..org terlalu suka bercakap tanpa berfikir..cuba tgk blog2 yg hina menghina ni..dr dlu lg, klu dlm YM, sy slalu gak dpt link n b'diskusi melalui YM tu, dan tanya balik ,'korang marah, tapi, apa yang korang buat?'

manusia manusia

Anonymous said...

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2811

(Saranan henti boikot Produk AS, Israel bukti kempen kita berjaya...)

wei..ko da baca ni?..nk denga gak apa komen perokok soleh kita ni..

Perokok Soleh said...

-yana
semuanya ilham dari kehidupanku,
owhh,den tunggu entry tuehh...
lala,den xlyan pasal ym3 nie..
dah puas main,lama da berehat..

ps:buang masa jerk semua tueh,hehehe...


-xder nama
hahaa...nie mesti saper3 jerk..
komen=nak boikot..boikot,
aku xnak boikot dan aku x ajak korang jangan boikot...lalala

ps:aku dah 2tahun xmakan kfc tp baru tadi hisap DUNhILL,hehehe...

Iliana said...

hehehe tau xpe...ym den pn dah jarang on..sebab kalau on, mak aiii alamatnya berpanjangan la..kalau on pn, invisible hehehe..tunggu la ble free n ble da ada mood nk menaip..skrg masih pusing lagi~ taip-taip mesti rase xbest..pastu padam..pastu taip lg..pastu padam lagi hahahaha

kartini said...

salam. wah, saya melihat tulisan kamu pada kali ini agak beremosi. tidak apa, semua orang bebas menyuarakan pendapat di blog-blog yang mereka binakan. itulah namanya blog, tapi jangan sampai kita menyampaikan apa yang bertentangan dgn Islam dan apa yg tidak kita ketahui, kerana mungkin kita akan dipertanggungjawabkan kelak walaupun hanya dengan mendirikan sebuah blog.

saya hormat tulisan kamu. tapi kalau dalam isu boikot, mungkin saya tidak ingin mengulas apa. kerana saya pernah tulis tentang isu boikot. bagi saya, boikot itu memang perlu dan telah dinyatakan dalam fatwa ulama (Yusuf Qardhawi). dan saya salah seorang yg memboikot juga, walaupun tidak semua seperti keperluan berupa laman web yg dibina oleh Yahudi. boikot itu cuma dilakukan pada apa yg TERMAMPU. kalau ditanya pendapat saya, itu saja jawapan saya. itu sudah cukup. ada juga usaha walaupun sedikit. namun, usaha kita utk membantu saudara di Palestin bukanlah hanya boikot semata, yg paling penting adalah doa dan hulurkan bantuan. boikot cuma usaha sampingan (semoga Allah meredhai usaha2 org islam)

dan saya setuju dengan apa yang kamu katakan. hanya Allah yang Maha Mengetahui hati-hati kita, niat dan sejumlah ketaqwaan kita. kita yang menulis, teruskan menulis saja. yang lain, hanya Allah yang akan memperhitungkan.

semoga Allah mengampuni dosa ku, dosa kamu dan dosa orang-orang Islam..

Perokok Soleh said...

-yana

hehehe...anda mengalami masalah pemikiran bercabang..bnyak sangat idea tuehh...cuba fokus pada satu shj,lalala

-srikandi

lalala...bukanlah beremosi,
aku menulis sambil tersenyum..
mungkin pengolahan ayatku mmng menunjukkan aku emosi,
usaha kita mmng berdoa tp sampai bila kita hendak tunggu pertolongan ALLAH???
pertolongan ALLAH itu hampir jika kita mengamalkan islam...
solat,zakat,akhlak dll...
lagi2x kepada pemuda yang asyik2 ana-ente,
sedangkan b.arab tidak mahu belajar sbb malas la tue,adesss...

owhh,kita mmng berhak berpendapat tetapi kita perlu ditegur..
aku suka ditegur jika kena tempat...lalala

boikot adalah masalah khilafiyah,hehehe...
bukannya kot'3ie
jadi,kita tidak perlu penin2.lalala

ps:semoga cik doakan aku betul2x dalam solat kerana doa didalam blog...(sambung sendiri),hehehe

Anonymous said...

ohh..fokusnya adalah, tengok pada kesesuaian masa. hah, itulah maksudnya.

kartini said...

hiks. kamu agak lucu juga. terima kasih mengingatkan saya dalam comment box saya untuk membalas komen di blog kamu. kamu jangan salah faham. saya katakan yang tulisan kamu beremosi, hanya pada pandangan saya dan pembacaan saya. tapi, mungkin kamu lebih mengenali diri kamu. tahniah kerana mampu tersenyum dalam menulis ;) mungkin saya yang salah faham kot..

lagi2x kepada pemuda yang asyik2 ana-ente,
sedangkan b.arab tidak mahu belajar sbb malas la tue,adesss...


oh. saya tergelak baca yang ini. saya sebenarnya salah seorang yang kamu cakap ni. oh, saya terasa T_T biasanya, dalam organisasi islam yang saya ikuti, kami kebanyakannya menggunakan bahasa 'ana-enta' antara ikhwah dan akhwat. kadang2 saya rasa bagus juga. nampak lebih islamik. tapi, saya tidak terfikir pula macam apa yang kamu katakan. ya, saya kurang dalam bahasa arab, kerana saya belajar bahasa arab form1-form3 saja. lepas tu, saya sudah kembali jahil dalam bahasa arab T_T

tentang boikot pula, mungkin kamu perlu membaca fatwa Yusuf Qardhawi tu. kerana yang saya baca ialah;

“Ini adalah kewajiban negara bahkan individu muslim agar mengetahui bahwa setiap dinar, riyal, dirham, ataupun poundsterling yang sampai ke Israil akan dibuat proyek bom atom, dan nuklir atau senjata apapun untuk membunuh dan memburu kita. Bahkan boikot ini harus diperluas bagi siapa saja yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, khususnya Amerika yang selalu memberikan dukungan dan kekuatan bagi Israel. Oleh karena itu wajib bagi seluruh umat Islam untuk memboikot komoditi Amerika baik pesawat, alat transportasi dan komunikasi, sampai kepada hamburger, pizza, rokok dan sebagainya.

kamu boleh juga rujuk di sini; http://eramuslim.com/konsultasi/fikih-kontemporer/hubungan-dagang-dengan-israel.htm atau http://qaradawi.net/

mungkin kamu boleh jelaskan dengan saya tentang khilafiyah dan qat'ie. sebab saya agak jahil juga, lagi saya bukan pelajar agama T_T

saya harap kita mendapat keredhaan Allah dengan berkongsi ilmu sebegini, walaupun berbeza pendapat tapi perlu jelaskan dengan alasan yang kukuh dan berhikmah ;)

p/s: sayu pula dengar lagu dalam video tu. di Indonesia sini, novel & filem Laskar Pelangi sangatlah hangat. mereka kata best, saya belum tengok lagi. eh, maaf terpanjang pula taip :D

Perokok Soleh said...

-yana

a'ah.gitulah...

-srikandi

owhh....
jadi marilah sama-sama kita bergumbira,La Tahzanuuuu...

lalala,nak terangkan agak malas..
aku cdngkan cik pergi ker
salmanmaskuri.blogspot or
ibnurashidi.blogspot...
tanya sajer padanya kerana beliau ustad manakala aku seperti cik,hehehe

ps:ada sesetengah perkara aku mengikut syeikh yusuf qardawi, ada sesetengah perkara juga aku tidak mengikutnya...lalala

UIVIAR said...

huhu.."malunya bila melihat conan,yugioh,doremon,ran shaman king,yuna bercakap arab dalam tv"..ayat tak leh bla dow..lawak gile nye ar...wakakakakakaka......itu menunjukkan kartun2 jepon walaupun seusia50tahun(cth.Doraemon)masih dapat perhatian dan diterima oleh orang ramai....kartun perangsang otak kanak2..jadi mari sama2 menonton kartun jepon terjemahan bahasa arab....

Anonymous said...

slm..tegas betul tulisan entry kali ni ye...harapnye ia tak sekadar tamat di blog2 kite saje..insyaAllah

tertarik utk respon pd komen kedua srikandi psl enta-enti...huhu...ikhlas...saya kurang selesa dgn mereka yg hanya tau beranta-anti ni...lebih tertarik dgn kata saudari srikandi...supaya NAMPAK LEBIH ISLAMIK...kenapa perlu NAMPAK?pd saya..tak perlu semua tu...usah jgk jd ikut2an...jaga diri seperti yg disuruh dlm islam dah le...tak perlu hipokrit utk di'nampak'kan...

satu hal lg...bergaulla dgn semua jenis org...usahlah bergaul dgn di kalangan 'ikhwat & akhwat' je...bukalah fikiran kita...usahlah berasa golongan anda itu lebih terpelihara dari orang biasa...

same2lah kite kikis sifat merasakan diri lebih baik dari manusia lain...dibimbangkan ade rase riak di satu sudut hati kecil kite...

same2lah kite..

alamak...panjang plk membebel..menjangkit dr tuan blog ni...hehe

Perokok Soleh said...

-uiviar

wakakaka....kartun2x tue bukan 50tahun la tp baru 72tahun,hehe...

-asyzsufi

lalala...xtegas la sbb sebenarnya aku ini bukan jenis yg tegass,huhuhu...
hah!!!,

"same2lah kite kikis sifat merasakan diri lebih baik dari manusia lain...dibimbangkan ade rase riak di satu sudut hati kecil kite..."

sedap doll ayat nie,hohoho

ps:kesimpulannya kita kena merendah diri...hohoho

kartini said...

baru saya terbaca komen asyzsufi yang ditujukan kepada saya ;) nampaknya penggunaan istilah enta-enti itu telah membuatkan orang salah faham. jujur saya kata, saya lebih senang menggunakan perkataan 'saya-kamu' dalam pergaulan. tetapi kerana istilah ini sudah terbiasa maka, saya diheret juga untuk menggunakannya.

lagi pula, saya rasa tiada masalah apa2 yang boleh mengatakan kita nampak hipokrit dalam agama kerana itu cuma istilah dan penggunaan kata nama dalam bahasa. saya tertanya2 juga, kalau kita mencampurkan istilah bahasa arab-melayu, ramai yang mengkritik. tetapi bagaimana pula dengan menggunakan istilah 'i-you' dicampurkan dengan melayu? bagi saya, 2 perkara itu sama.

satu hal lg...bergaulla dgn semua jenis org...usahlah bergaul dgn di kalangan 'ikhwat & akhwat' je...bukalah fikiran kita...usahlah berasa golongan anda itu lebih terpelihara dari orang biasa...

dan ini sudah biasa saya dengar ;) maka, insya Allah saya lebih berlapang dada untuk menerimanya. adakah kalian rasa dengan menggunakan istilah 'enta-enti' itu mesti orang yang baik2 saja? dan apa maksud perkataan 'ikhwah & akhwat' itu? bukankah itu bermaksud saudara perempuan dan saudara lelaki? cuma 'ikhwah-akhwat' itu dalam bahasa arab.

maksud saudara dengan "bukalah fikiran...usahlah berasa golongan anda itu lebih terpelihara dari orang biasa..." seolah-olah fikiran kami tertutup untuk tidak bergaul dengan orang lain. saya tidak mahu menggunakan istilah 'kami' sebenarnya kerana saya tidak mahu nampak perbezaan apa2 kerana kita ini adalah di bawah kalimah syahadah yg 1. tetapi, dari ayat saudara, saudara sendiri yang mengatakan 'golongan anda'. jadi di sini, siapa yang melihat dalam islam itu ada bermacam2 golongan? dalam islam itu, ada berapa golongan sebenarnya? ;)

bagi saya, antara kita tiada beza, cuma saya berada di dalam organisasi islam saja. orang yang melihat di luar yang menjadikan kami ini berbeza dengan mereka. barangkali kerana mengerjakan aktiviti2 islam ini menyebabkan mereka itu diperhatikan dan dianggap mereka itu tidak ingin bergaul dengan orang lain. itu mungkin agak silap. wallahu'alam.

terima kasih atas teguran. dan saya sudah cuba untuk mengubah persepsi kamu dengan orang yang menggunakan istilah 'enta-enti' dan 'ikhwah-akhwat' ni. saya cuba untuk ulangi, itu cuma istilah. tidak membawa apa2 makna yang menyebabkan orang boleh berkelakuan hipokrit seperti yang kamu utarakan. yang non-muslim di negara arab juga sudah tentu menggunakan istilah 'enta-enti' tapi mereka bukan orang islam. kerana itu bahasa mereka. tetapi kita menggunakan istilah itu di sini sepertimana sama kita menggunakan perkataan inggeris untuk dimasukkan dalam bahasa melayu.

islam itu untuk semua. moga Allah ampunkan dosa2 kita semua.

wallahu'alam.

Anonymous said...

hihik...berorganisasilah selagi anda mampu menjaga batas pergaulan anda bersama bkn mahram...bukan ape, tanpe disedari ramai yg hanyut dan leka disebalik 'ikhwat & akhwat'

kite tak kuat mane dik...akak penah cube berada dlm kelompok tu...lame2 rase tak de jauh sgt bezanye pon...

baik jadi cam biasa je...

bergaul dgn rakan sekuliah...rakan sepejabat...tu dah kire paling pentinglah tu...kena gaklah jaga diri..keadaan memaksa...tp bagus utk interpersonal skill dik...pepandai le...supaya jd seorang yg professional...jgn tertipu dgn singkatan yg nmpk islamic..tapi carenye lebih kureng je..

akak suke aku kau...saya awak...

i you..tak penah gune pon...ana antapon same...suke hatilah...asalkan ia tak mempengaruhi niat kite...

pendapat dr yg kureng ilmu..yg hanya tau ckp berdasarkan pengalaman dan permerhatian sendiri..mungkin byk ikut nafsu...yg mane yg baik tu ambik...tersalah tu..kasi betulkan ye...tak de hal la