Wednesday 30 July 2008

bertuahnya kita semua...SYUKUR

kata penulis:aku hanya ingin menulis dan menulis...dan hari ini aku mula menulis lagi...

aku rasa terpanggil lagi sekali untuk menulis diblog ini walaupun kalo xpanggil aku,
aku tetap akan menulis sebab ini adalah blog aku...huhu

aku,
aku mula sedar betapa bertuahnya aku berbanding CAT STEVEN..
aku mula sedar betapa berttuahnya aku berbanding NICOLAS ANELKA..
dan aku rasa aku mula sedar akan hal ini...
aku memang bertuah kerana aku dipilih ALLAH untuk dilahirkan sebagai seorang muslim dan dididik menjadi seorang mukmim dalam sebuah keluarga islamic...
jadi aku bersyukur...
sedangkan ini semua adalah ketentuan ALLAH,dan sebelum nie(sebelum lahir) kita tidak diberi peluang untuk menganut mana-mana AGAMA...

CAT STEVEN dan ANELKA..korang xperlu sedih sebab korang lagi bertuah dari
manusia seperti...
seperti LINA JOY dll..yang korang perlu hanyalah bersyukur pada yang ESA
kerana mendapat hidayah...dan berbanggalah korang berdua kerana
baca blog aku walau hakikatnya korang xkan baca dan xpaham bahasa melayu,uhhu..

so,kepada aku,kamu dan dia...bersyukurlah

aku,kamu dan dia,
korang xsedar ker?
sebenarnya korang susah nak bersyukur..mungkin aku sekali
mungkin korang lupa pelajaran ekonomi asas,
kehendak tidak dapat dipuaskan..
so,janganlah ikutkan kehendak tapi belajarlah bersyukur...

"bersyukur atas nikmatnya nescaya engkau akan dapat manfaatnya"

bila sebut pasal syukur...

lihatlah masyarkat umum sekarang...
mereka semua bersukur dan bersyukur tp tak kena cara,
bila hari merdeka..mereka akan menzahirkan rasa syukur dengan konsert2x dan
meneguk air2x kencing syaitan...adesss,hancur hancur!!!

lihatlah masyarkat umum sekarang...
bila anak lulus@cemerlang ibu bapa akan bersyukur..
bagaimana caranya...
begini caranya(cara makcik tue)
"anak aku tue mah,ko nak tau...syukurlah,dapat nombor satu,bagus..anak ko?

nasib baik makcik mah pandai dan berkata kepada makcik tue
"anak aku nombor dua,tp aku syukr dan heppy lagi tue sebab tiap2x hari dia pergi surau solat subuh dan doakan aku..anak ko?

makcik tuepun senyap sebab anak dia memang malas dan makcik tuepun memang malas gi surau...

lihatlah masyarkat umum sekarang...
bila tiba hepyy besday...membuat kenduri ksyukuran dengan tiupan lilin,karoke dll..
padahal merka lupa umur itu ALLAH yang beri...
jadi eloklah aku,dia dan kamu membuat doa selamat tanda ersyukur dari buat parti xtentu hala...

bersyukurlah dengan nikmtnya....

jadi...aku mengharapkan agar kita sama-sama bersyukur

syukurlah kerana setiap dari kita telah ada rezeki yg ditetapkan...
so,bersyukurlah...
maka engkau tidak akan bersedih..
lhatlah orang yang lebih susah...
isyaallah engkau akan tahu apa itu syukur...

PART-1
TAMAT

Saturday 26 July 2008

kelebihan lelaki itu

salam alykkk...

entry ini mungkin mengandungi unsur-unsur keterlaluan yang memuji diri penulis sendir...
huhuhuh...baiklah,jom kita citer malam pertama nak??
memang sedap citer malam pertama selepas kahwin...
lagi sedap kalo korang xyah citer benda2x tue...sebab aku yg xkahwinpun tahu
aper itu malam pertama...so,untuk yg baru kahwin
aku akan buat kisah malam pertama...semoga terhibur




tiba-tiba.....DUMMM!!!!
eno enoe enoe...bunyi ambulanss
pioww pioww pioww..bunyi silent poliss
dong dong...ioww ioww...nie bunyi aperpun aku xtau,huhuhu
dan ketika itu..terdamparlah 2keping mayat dijalanan...

adesss,aku xpandai buat cerpen,sorry2x..kita serius k,hhuhhuhu

baiklah...kita MULA!!!

adakah kita sudah sedia untuk malam pertama dikubur...secara jujur aku perokoksoleh sendiri xbersedia tapi aku sudah membuat persedian,insyaallah...
yang aku sedia malam pertama bersama bini aku walau aku xde bini...huhuhu

mengikut ilmu yg aku belajar...
siapakah teman kita dalam kubur??



Adakah Makhluk diatas peneman anda??

selepas menjadi mayat...kita disimpan ditanah..
so,siapa yg akan datang teman kita??
yang teman kita adalah seorang lelaki kacak...
tue kalo laki matii,tapi kalo perempuan maybe penemannya perempuan cantik kot...
siapa pulak laki dan perempuan yg aku cakap nie??
korang nak tahu??
baca sampai habis k...(promote nak orang baca la tue)

lelaki itu adalah........
seseorang yang telah......

adalah lelaki itu sebenarnya.......

sebenarnya lelaki itu....

surprisee nie....

jeng jeng...

..lelaki dan perempuan itu adalah jelmaan dari al-quran laa...
al-quran yang korang baca dari kecik tapi selepas khatam 30juz korang simpan dalam rak dan lupakan dia....dan selepas itu korang akan buat kenduri khatam quran atau lebih manis kita sebut..
"kenduri selamat tinggal pada quran"
korang hanya baca bila ada majlis dan baca bila hendak belajar,tak gitu???

mana aku dapat tahu nie quran jadi teman kita(kita yg jadi mayat seketika)..
okiess
sila lihat hadith dibawah

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
"Pada hari Kiamat nanti,di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang
lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya"..

okiess,sambung cerita kawn kita dalam kubur...
dan bila laki hensem nie lepak ngan kita..
datang dua malaikat...
siapa malaikat tue?
rokib dan atid ker atau mungkar dan nankir??
korang cari sendiri k...

"usaha tangga kejayaan"

selepas malaikat yang dua itu datang untuk tanya iman kita(time nie dah jadi mayat)...
malaikat cuba memisahkan lelaki hensem tersebut dengan kita...
tapi xbolehh...
dengan selamba.lelaki hensem tue jadi hero dan berkata...
"Dia adalah kawanku...Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan"
dan setelah itu dia berpaling pada muka kita dan berkata lagi
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan
suara yang kuat". "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi".

tamat...
tue persedian pertama tapi ramai yg failed...
beb,xkan lagu-lagu boleh nyanyi tapi quran xboleh baca??

so,kepada kawan2x,pakcik2x,makcik2x,ayah,ibu...
baca quran erkk..tua2xpun xper..belajar jer dari duduk kat kedai kopi,bukan kawan2x boleh teman kitapun kat kubur erkk???
jangan simpan quran tapi baca k...
jangan jadi sperti mereka yang mengantung ayat 1000 dinar dirumah dengan harapan cepat kaya tapi bacapun tak,adiossss.........


banyak-banyak lah berdoa agar quran menjadi syafaat kita...
hormati pemimpin..
ikuti ulama....
jadilah orang islam yang maju...

mengikut kajian Dr. K.I.A.H
ada 2 golongan yang membaca quran

1-membaca tapi tajwid lebur ke sawah...(nie dapat dosa)
*saper suruh xbelaja..hah!!apa lagi pergi la kelas iqra,huhuhu

2-membaca dengan tajwid tapi makna xpaham(xsalah tp elok pahamkan erkk)
*best tue kalo paham sebab koran akan tahu cerita dalam quran,xcaya belajarlah bahasa arab...

rugi ker baca?
xrugipun...lagi rugi isap rokok tapi xbaca quran...

Setiap HURUF(Bukan perkataan!) dapat 10 HASANAH Tuuuuuh!!!!
banyak tueee...

jadilah perokok yang soleh...suka kepada quran(puji diri lagi,huhuh)

nabi ada menyarankan menghabiskan quran tiga hari...
tapi aku xjumpa lagi carany..jadi aku ajar cara habiskan 30juz dalam seminggu...

ok..macam mana nak abiskn 30juz dalam seminggu...
aku bagi tipss erkk,tips abdullah fahmi dan malik kepada aku(nak bgtau aku kawan dengan orang quran)...

biasa dilakukan sahabat seperti...
Saidina Uthman, Zaid bin Thabit dan Ibnu Mas’ud


Malam Jumaat, membaca surah al-Baqarah hingga surah al-Maidah.

Malam Sabtu, membaca surah al-An’am hingga surah Hud....

Malam Ahad, membaca surah Yusuf hingga surah Maryam....

Malam Isnin, membaca surah Toha hingga surah al-Qasas....

Malam Selasa, membaca surah al-Ankabuut hingga surah Sad....

Malam Rabu, membaca surah surah Az-Zumar hingga surah ar-Rahman...

Malam Khamis, membaca surah al-Waqiah hingga surah an-Nas....


kalo nak buat-buatlah,dapat jugak aku pahala bagi tips kat korang....
aku boleh buat(piuji diri lagi)..korang pe macam??
aku harap...kalo korang berjaya buat jumpa aku,msge aku,ym aku...
aku belanja korang walau poket aku kosong...

kesimpulannya..

cintailah al-quran.....


*latihan kerja rumah...huhuh
sila huraikan sendiri kesimpulan yang diberi..
aku bukan buku rujukan..aku hanya perokok soleh
dan aku malas nak taip panjang-panjang...

Friday 25 July 2008

HARAKAH dan UTUSAN

salam alaik...
masyarakat malaysia umumnya lebih mengehtahui 2 akhbar ini...
utusan dengan UMNOnya
harakah pula dengan PASnya...
bapak aku akan membeli UTUSAN...
manakala mak aku pula akan membeli HARAKAH...
dari kecil aku memang suka akhbar2x ini...
yang aku menyampah adalah harian metro...
paper yg membuang masa..konon hendak membongkar kegiatan anak muda tp hakikatnya mereka sebenarnya nak duit jerkk...
anak muda yg sudah terjebak dengan maksiat tersebut akan lebih berhati-hati manakala yg tidak memcuba ingin mencuba...
seperti halnya hari VALENTINE...
kenaplah bulan rejab nie xkuarkan artikel valentine?
nie bila bulan valentine baru ustad2x dan ustazahx,akhbar kecoh...
dari yg lupa tarikh valentine macam aku terus ingat la..dan apa lagi,dapat lah hari valentie nie publisiti percuma dari ustad2x dan ustazah2x...adesss,cuba la buat bodoh jerk ngan valentine ni,
xder valentinepun muda-mudi melayu islam dah biasa pergaulan bebaspun...

baiklah,balik kepada tajuk..
sebelum tue...ini hanyalah pendapat aku...
aku tidak mewakili mana2x parti,baik PAS or UMNO...
kalo nak kutuk,kutuk aku tapi xyah la kutuk...penat aku taip nie tau..
kalo silap tegur la(^_^)

orang bnyak cakap,
UTUSAN nie menipu..
HARAKAH jerk betul tapi aku cakap
UTUSAN dan HARAKAH adik-beradik jer...
dua-dua kaki mengampu dan kaki nak makan duit orang...

dahulu punyer cerita...
harakah lebih kepada isu2x palestin...
lebih kepada isu2x remaja...
dan lebih kepad aisu2x agama...
dan isu dunia...
sekarang punyer cerita???aku hanya dapat baca diinternet jelaa....
harakah lebih kepada memberitahu

"adun sekian sekian telah melawat mangsa rogol...bla bla"
-nak bagitahu yang wakil PAS nie baik lah,padahal yg baik atok-atok guru je kot...

"UMNO sekali lagi menipu rakyat"
-adess...standard la umno tipu rakyat tp aku rasa yg tipu rakyat hanay pemimpin umno,dan xsemua macam tue..kalo xtulispun rakyat dah tahu,kenapa la nak membazir dakwat tulis artikel2x macam nie??kalo tulis benda lain kan bagus..
kenapa xcakap keadilan tipu rakyat???
datin azizah bertanding..anak dia puteri keadilanpun bertanding...pastu menang pulak tue,
xnampak macam keluarga gila kuasa ker??
sebab keadilan sama2x bersekutu dengan PAS tp kalo silap kena tegur jugak la sayangg.....


yang paling best terbaru....


"Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim"
-nak bagitahu kerajaan punya undang2x xbetull la tue...elehh,bukan malaysia,semua dunia macam tue...
saper ada kuasa dialah yg menang...standardddd!!!!
sebelum tue aku nak tanya penulis2x harakah

siapa dr TAHA JABIR nie???
dia bukan mufti la...dia hanyalah
Presiden Cordoba University yang dahulunya adalah Graduate School of Islamic and Social Sciences di Washington...
so,macam mana leh cakap dia keluarkan fatwa??
aku lagi sokong kalo korang tulis tok guru keluarkan fatwa dari mamat nie...

oitt harakah...baliklah kepada asal,PAS akan hancur dan hancur...tapi ISLAM akan kekal,
so,beerjuanglah atas dasar ISLAM...AKHBAR korangpun dah bnyak melalut...
banyakkan isu2x agama dan masalah dunia semasa...


balik kepada UTUSAN...
hmmm...nak comment aper erkk??
aku minat baca ruangan luar negara,sukan dan jenayah jerkk...
ruangan politik dan berita dalam negeri memang aku xambik port sangat sebab aku memang xpercaya akhbar UTUSAN...
so,UTUSAN..gunakan peluang yang ada nie,harakah dah melalut,korang jadilah yang betull pulak...
xpayah berjuang atas dasar UMNO,UMNOpun akan hancur..dan hancur,ISLAM sahaja yang akan selamat dan kekal...
aku hanya mengikut mereka yang berlandasakan quran dan sunnah...xkisah la Pak LAH ker,Tok Guru,Anwar..asal ISLAM insyaallah umat islam malaysia akan support...

sekarang orang sibuk bercakap tentang politik...
hal keluarga no.2,
hal agama no. 2,
semoga rakyat malaysia sedar....

orang solat subuh makin sedikit...
acara mengumpat makin banyak...
demo jalanan makin menjadi-jadi...
ekonomi makin susut...
pemimpin dimaki...
ulama dihina...
artis yang dapat untung..dipuji dan diSMS,
inilah akibat bila
orang islam menyibukkan diri dengan benda yg tidak penting...

aku mengakhiri tulisan ini dengan harapan agar aku,dia dan kamu tidak diperbodoh-bodohkan oleh mereka yg suka membodohkan kita......

pS;nampaknya sekarang aku lebih suka membaca malaysiakini dari melihat akhbar HARAKAH yg sama taraf dengan UTUSAN..

Monday 21 July 2008

solat

Asssalamualaikum…..

Kita sebagai islam dimalaysia sudah biasa membaca 15 azab meninggalakn solat(itupun kalo korang rajin pergi surau or masjid)

Tapi kenapa kita tetap boleh kantoi dalam hal ehwal solat??
Sebab xmindset hotak@lupa janji-janji manis dengan yang ESA.....
Janji yang kita berikan pada yang esa ketika mana mahu lahir….

Seperti couple-couple jalanan yang tiada hala tuju…
Pada first-date yang dirancang..pasti ditunaikan..
Sebab apa ditunaikan??
Sebab dalam diri korang dah tanam,
Sekian sekian tarikh aku akan keluar dengan minah nie…
Begitulah juga kita perlu buat pada yang ESA…
Kita mempunyai temu janji dengannya…
Tanamkanlah dalam diri,
Setiap hari kita mempunyai janji dengan ALLAH…
Janji yang tidak boleh dimungkari tapi janji inilah yang dicemari oleh mereka yg mengaku islam…

Sedap-sedap mulut jerk aku cakap macam tue…
Yelaaa…memang la aku cakap macam tue,
Sebab,cuba kita lihat…
Ketika hari jumaat,sebebsar-besar masjid manapun mesti bersepah-sepah umat islam pada hari itu menunaikan solat jumaat…
Sebab apa?sebab sudah ada janji@dah mindset otak yang dibuat dalam diri,
Hari jumaat mesti pergi jumaat…
Tapi janji ini tidak dibuat pada solat-solat yang lain..especially solat subuh
Sebab itu aku melihat masjid x penuh bila solat fardhu..
Aduhh,mana hilang umat islam yang semangat berarak mintak harga minyak turun???
Maner hilang ibu bapa yang ingin anak-anak yang soleh??

Imam aper ntah ader berkata

“umat islam hanya akan menang jika solat subuh mereka seperti solat jumaat”

Tapi aku rasa xpayah tengok solat subuh…
Lihat pada solat maghrib la…
Tepat jam 7.00(nak maghrib)…ntv7 dengan bongeknya menayangkan cerita favourite aku seperti sinchan dan naruto…jadi,bila nafsu menguasai segalanya,akal sudah tidak berfikir dengan waras….

Aku lebih rela menonton tv dahulu dari kesurau..nasib baiklah dapat mak yang tegas,kena juga pergi surau tanpa dapat melihat ending animeku…
Ini aku,tapi kalo mereka mendapat ibubapa yang tidak kisah terhadap hal solat??
biarlah lambat solat..atas alasan takut anak tidak khusuk kerana teringatkan kartun…
Aduss makcik2x…
Mana janji-janji sebelum kahwiin?
Ingin anak yang soleh tapi salah kita yang tidak mendidik dengan betul…
Janji tetap janji..lagi-lagi janji dengan tuan punya dunia..anak-anak akan dapat berfikir setelah dewasa…jika seseorang yang datng lewat ketika meeting atas sebab yang tidak munasabah adakah kita boleh menerimanya??
Begitulah juga dalam solat…

Jangan ajar diri kita solat seorangn,jemaah la kerana banyak kelebihannya…….
Kita akan meluruskan saf ketika sembahyang…
Ini boleh dipraktikan bila beratur dalam perhimpunan…
Kita akan mengikut imam tapi jika imam tersilap kita akan menegur..
Ini juga boleh dipraktikan dalam hidup…
Kita jangan jadi tukang hangguk sahaja..hak adalah hak,yang batil adalah batil,
Hatta jika seoang ibu tersilap,sianak perlu memberitahu ibunya dengan berhikmah la…
Dan banyak lagi benda dalam solat kita boleh praktikkan…
Dan sebagai islam yang berpegang pada quran dan hadith,nak xnak kena buat sebab ini adalh suruhan dari tuan besar kita yang maha besar…

“Life is rules”

X silap aku..seorang sahabat bertanya pada nabi
“bolehkah aku membuat mungkar?”nabi bersabda
“boleh..tapi carilah tuhan yang lain”

Apa makana hadith diatas???korang Pikir-pikirkan…

Istilah menjaga solat….istilah ini sering kita baca dalam buku-buku nasihat,
Makna sebenarnya yang aku pahami dan dari apa yang aku pelajari adalah solat diawal waktu…
Hahaha.teringat kisah aku dan housemate,
Setiap kali aku tertidor,main game dll dan waktu solat masuk...
Ketika ingn mengajakku solat ke masjid…
Mereka akan berkata

“aku nak pergi syurga,xtahulah kalo ko nak lambat pergi syurga..aku takut xder tempat jerk nanti,macam konsert la..lambat xder tempat duduklah jawabnyer,hhuhuhu”

Jadi,adakah korang nak masuk syurga lambat??
Setiap orang nak masuk syurga awal…
Didalm solat itu ada kunci syurga…so,janganlah berlengah-lengah menunaikan solat...
Ibaratkan solat adalah antara liku-liku perjalanan untuk kita masuk syurga…

Manakala kalo aku malas dan nak solat dirumah.
Mereka akan berkata

“ko solatlah kat rumah,rumah nie syurga yang biasa..
KitaorNG nak pergi syurga highclass..syurga firdaus…huhu”
“ko nie,pergi beli rokok boleh,xkan la nak date ngan allah kat tempat yang best malas kot??”

Dan kalo aku xikut diorang sebab aku memang mangkuk..
Mereka akan berkata

“nanti,kalo malaikat izarael datang…kim salam kami kat dia k,huhuh”
“…mati nie sekejap jerk,kalo aku jumpa malaikat kat masjid,
Aku bagitau ko ada kat umah k…”

Dan bila dorang balik rumah(lepas solat)..aku xkan bukak pintu,
Aku solat dahulu…
Bila aku bukak pintu mesti la kena marah sebab bukak pintu lambat…
Akupun selamba cakap

“aku xdengar sangat loceng sebab aku tengah pergi syurga…huhuhu”
“…nasibb baik aku xmati lagi,kalo x,xder la orang nak bukak pintu nie,huhuh”


Aduss...panjang la citer aku nie,mana yang baik ambik k…
kita balik pada tajuk asal k
Menjaga solat…

1-untuk orang yang baru mengenal@berjinak-jinak solat

Pergilah kemasjid…
korang hanya perlu mengikut imam…dan korang akan bnyak blajar,dari cara mengambil wuduk sampailah bagi salam dalam solat
korang yg xreti baca fatihah akan reti sebab tiap 2 rakaat yg awal imam akan baca…
kalo malas jugak,solat jemaah kat rumah…
nak xnak korang perlu berjemaah takut jika korang solat sendirian,kantoi…


2-untk mereka yang sudah mengenal solat

Memang korang lagi kena gi masjid…
Ingtlah 27 pahala tue,solat sendirian dapat 1 jerk…
Mantapkan lagi solat,
Paham makna setiap bacaan…xguna kalo solat 20 tahun tapi makna dalam solatpun xtahu,sia-sia lah masa korang….
Malu la mengaku umat islam yang perjuangkan islam andai makna dalam solatpun fail…

Macammana kalo solat tapi dia tetap membuat maksiat?
Soalan nie biasa dengar dan aku malas nak jawab,aku just bg kesimpulan sahaja…
dan kesimpulan jawapanny…

Korang punya solat xkhusuk @ tiada penghayatan

So,khusuk2xkan lah solat korang macam aku yang xdengar bunyi loceng rumahku ketika solat,huhuhu…

Kata hukama

“yang membezakan antara seorang muslim dan kafir adalah solatnya”

Wednesday 16 July 2008

BE TRUST YOURSELF

Assalamualaikum…

Dr. K.I.A.H berkata:

“Adalah mustahil untuk menutup mulut2x manusia dari bercakap perihal orang lain”

Owhh…perokok soleh begitu suka dengan nasihat DR…
Betul tue,makna didalamnya adalah percayalah diri sendiri….
tajuk entry niepun bahasa english,walau kurang english tapi aku cuba juga coz aku percaya pada diri,huhuhuh...

Buatlah sesuatu perkara selagi mana ia tidak melanggar syarak…
Kita perlu berani mencuba…
Tidak kisah la perkara itu yang sudah dibuat orang atau belum…

Kadang-kadang cara kita merokok akan dikritik,
Bila kita buat baik dikritik,
Bila kita berpakaian akan dikritik..
Setiap perkara yang kita buat pasti akan dikritik..lagi-lagi bila kita sudah dewasa..


Biarlah mereka mengkritik…
Jadikaan kritikan sebagai tulang belakang diri kita untuk membangun…
Tapi untuk pengehtahuan HAWA, orang lelaki khususnya mereka yang merokok seperi aku memang ada EGO yang tinggi…jadi sebelum mengkritik anak2x ADAM ini perlulah HAWA memuji dahulu…
Puji 9 kritik 1,hhuuh…(tips dr.fadhilah kamsah kepada wanita)

Jika korang memikirkan kata orang..korang tidak akan bangun…
Seorang perokok..andai dia merokok dalam ketakutan@sorok-sorok..
Ia seperti takut dengan baying-bayang sendiri..
Jadilah eloklah berhenti…lagipun itu adalah jalan terbaik,

Seorang pemimpin keluarga perlu cepat membuat keputusan..
Seperti ayahku maco,ketika menghantar adik aku ke sekolah TAHFIZ…
Owhhh,banyak betul makcik2x aku kritik tapi natijahnya??
Ayah aku tetap sihat dan adikku sudah menghafaz quran….
Jika ditakdirkan ayahku terpengaruh dengan kata2x orang lain seperti belajar tahfiz tiada ilmu akademik,jadi anak tidak bleh pergi jauhh…
Pasti ayahku akan tukarkan adikku kesekolah biasa tapi tidakk…
Kerana dia percaya pada dirinya…maconyer bapakku


Apabila aku membuat BLOG ada juga orang cakap benda2x ini tidak perlu,buang masa dll…
Tapi biarlah,mereka xnak buat sudah,..aku tetap akan buat..
Biarlah orang cakap,
Lagipun aku rasa blog tidak akan mengangu masa study aku..
Dari aku duduk sembang-sembang,ngumpat sini sana lagi elok tulis entry sambil merokok…huhuhuu
So,aku teruskan hajat membuat BLOG…sekarang,wah wah wah..
Kawan MOROCCO dan SYRIA akupun jumpa blog aku,selain itu,aku dapat menyampaikan pandangan aku didalam blog..aku tidak menyuruh orang baca..aku Cuma mengajak..andai hendak baca-baca,xnak baca sudah…aku tidak paksa
yang penting AKU SUDAH PERCAY PADA DIRI…

Percayalah pada diri…
Kita sentiasa akan dikritik…
Tapi sebelum membuat sesuatu perkara kita perlu fikir..
Adakah ia melanggar syarak??
Jika tidak,korang boleh teruskan..GO ON jerk…

Orang ader Tanya adakah aku merokok dengan percaya pada diri ??kan rokok melanggar syarak??

Yupp,aku percaya pada diri dan aku akan berhenti…tapi sebelum aku berhenti mengapa aku perlu malu dengan manusia??kita semua serupa..setiap kita adalah pendosa…
Lainlah jika aku membuat sesuatu yang mungkar yang disebut-sebut didalam quran,nauzzubillah…


Ketika hendak datang ke mesir,orang kritik..mesir tidak sebagus makkah…
Owhhh..tempat belajar tidak penting,yang penting adalah bagaiman pelajar itu mengunakan tempat belajarnya...
So,aku teruskan niat sambung ke bumi arab ini,huhuhu…..

ALLAH beri kita mata untuk melihat
Dan AKAL untuk berfikir…
Jadi sebagai khalifah dibumi ini..gunalah ia sebaiknya sebelum masuk kealam yang lain…

Sedangkan nabi MUHAMMAD(sollu allyk nabi) dikritik arab jahiliyah tapi nabi meneruskan dakwahnya.. kerana aper??ini adalah kerana baginda percaya pada dirinya yang ada ALLAH bersamanya…so,belajarlah dari nabi k….

Dr K.I.A.H said:

“they juz talking talking and talking but still do nothing”

So,

“juz do it”

Tuesday 15 July 2008

cerita dongeng

Salam alykk…

Dulu disekolah,bila sebut tentanG haron din halau hantu…
Summer sibuk cakap,ustad tue halau hantu pakai bus mini…
Sampailah akupun percaya….owhh,jahilnya aku masa dulu,
Tapi betulkah fakta yang disampaikan ituu??

dan bila meningkat dewasa sikit…
Sibuk pula aku dapat e-mail…
“sila forwardkan msge ini kepada 10rakan anda,jika anda ingin…bla bla”
Dalam inbox aku,bersepah-sepah2x msge macam nie dan aku xkan baca habis…
Sebab memang aku xsuka baca msge berantai…
Dan yang latest,
“jika nombor 017********** mendail nombor anda,jangan mengangkat kerana ia adlah sihir dari perokok indon,setakat ini 2 orang telah mati…bla bla”
Arghhh!!!!bengangnya,belalang ayam betull la orang islam melayu nie,
Xkan la hantu naik bus mini?
Asal xcakap haron din halau hantu pakai LRT,kan nampak cyber sikit…kuukuku
Oitt umat islam melayu,
Kajilah dulu sebelum korang nak sampaikan fakta,ini tidak..sehingga golongan yang terpelajar juga mmpercayai karut marut nie…adessss
Pastu suruh orang forwarkan kepada 10 rakan lain…naper la tak 100???
Yang malangnya…
Yang latest nie…
Sampaikan metro harian yang bosan itupun bijak…
Mngatakan msge sihir itu hanya permainan@gurauan sahaja oleh seorang budak…
Malunyer…hatta orang yang belajarpun percaya benda2x ini,
Kita percaya ajal maut int ketentuan ALLAH tapi msge yang lapokkpun kita sebarkan…
Percayalah cakap aku nie, menforward msge inie tiada guna..
Lainlah jika msge yang berfaedah seperti


“Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:

- Malam Awal Muharram
- Malam 10 Muharram
- Malam Awal Rejab
- Malam 15 Rejab
- Malam 27 Rejab
- Malam 15 Sya'ban
- Malam Arafah
- Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
- Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail - Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir”

atau msge yang begini… “

2. Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."



Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)
a) Qiamullail - Solat Tahajjud
- Solat Hajat
- Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran
c) Zikir”

inilah msge forward yang befaedah…jadi cubalah buat msge2x yang sebegini..
banyak manfaatnyer…kalo korang xsuruh forwarkan kepada 10orangpun…
orang yang dapat msge inipun akan forwardkan sendiri kepada 100rakan-rakannya…

kita dididik dengan islam…
kita juga mempercayai,benda yang tidak ada syaknya hanyalah jika ia datang dari quran dan sunnah…so,benda2x ini semua membuatkan korang sibuk dengan perkara yang xperlu disibukkan…dan ini semua perkara yang perlu ditinggalkan.

masalah baru,bila orang yang terlampau geniuss…
mereka mengkaji benda yang xpatut dikaji,walhah hakikatnya banyak lagi benda yang perlu dikaji…
kajilah keelebihan binatang-binatang ker,kesenian ciptaan ALLAH dll…kan bagus,
ini kajian yang dibuat adalah…
kajian mengenai sejadah bila dilipat empat membentuk lambing salib…
lowhh,yang ko pergi lipat buat aper?
Lepas tue masyarakat percaya jerk dan terus buang sejadah-sejadahnya…
Adesss….senang betull kena tipu

Kajian yang paling kelakar bila aku pikir sorang-sorang adalah tentang duit US,sampai keluar buku tueee…
Duit 1dollar us terdapat mata dajjal…dan bila dilipat menjadi wtc runtuh dll…
Kesimpulannya…??
US bersekutu dengan ZIONIS…
WTC rancanan ZIONIS…
Aduss..dunia dah maklum memang US dan ZIONIS bersekutu,
Siapa xtahu angkat tangan…huhuh
WTC runtuh..pemiliknya tidak akan bersedihpun…sebab aper?
Korang jawab,aku bg kata kunci…
Aper guna insuranss berjuta-juta??

Kenapalah tidak kaji tentang benda yang lebih penting???
Keesaan ALLAH,
Tue…semut tue..cuba kaji,hebatnyer dorang tp buku pasal semut mana banyak…


”pentingkanlah perkara yang lebih penting dari perkara yang tidak penting”

Malulah jika mengaku diri kita sebagai remaja kalo sikap masih seperti kebudak-budakkan…budak-budakpun lagi bagus dari korang..diaorang tahu main game jerk,nak forwardkan msgepun xpandai…

Lagi malu mengaku sebagai mahasiswa jika benda-benda yang karut marut ini korang boleh percaya…mana pergi ilmu yang diajar lecture??xkan hanya digunakan dalam exam??dalam kehiduoan bagaiman pula??apakah akan lari akidah??

Aku tinggalkan Korang dengan persoalan ini..harap2x korang dapat berfikir dengan baik unutk kebaikan diri kita bersama…

sekian

Sunday 13 July 2008

Iman

Asssalamualaikum…

Apabila sebut tentang iman aku akan kaitkan dengan takwa…
Jika ikut hipotesis Prof. K.I.A.H...semakin bnyak takwa semakin kuatlah iman…
Korang,
Jangan terkejut bila mana seorang pemimpin mnipu rakyat….
Jangan terkejut bila mana seorang ustad membut maksiat….
Jangan terkejut bila mana seoang guru mengumpat muridnya…
Dan korang memang xperlu terkejut…

Yang korang perlu hanyalah mempunyai perasaan pelik dan biasanay korang memang pelik…

Kenapa seorang pemimpin menipu rakyat ??
Kenapa seorang ustad membuat maksiat ??
Kenapa seorang guru mengumpat muridnya ??
Kenapa seorang yang genius melacurkan diri??

Jawanapannya…

Cuma satu iaitu IMAN dan TAKWA,andai mereka ini bertakwa dan beriman..benda2x ini tidak akan terjadi,

Kita semua sebagai muslim telah makruf rukun iman…
Jadi,aku xkan bersyarah tentang rukun iman..jika korang xtahu juga boleh hantar e-mail tanyer…
Aku nak bersyarah benda yang lebih asas kerana bersyarah tentang rukun iman banyakk tue,malas la nak taipp..hehehe

Kita selalu bercakap seperti kita ini adalah orang yang pandai..
Lebih lagi mereka yang baru tahu sedikit ilmu tapi berlagak seperti ilmuwan islam…
Jangan berbicara tentang iman andai dalam diri inipun tiada takwa…

Tidak perlu kita berbicara tentang orang lain…
Seperti mana masyarakat bila mana bercakap tentang politik pasti mengumpat sana-sini…adusss,
Lihatlah manusia khusus rakyat Malaysia…
Sudah-sudah la,duk bising sini sana,kutuk sini sana…
Akhirnya habukpun tiada…
Kemajuan diripun tiada…
Yang ada kepuasan meluahkan perasaan…


Baiklah..balik kepada tajuk asal…takwa


Sebelum berbicara aib orang..kita perlu fikir aib diri kita…
Seburuk manapun orang itu,sedar xsedar beliau ada sumbangan pada agama,
Jika tiada sumbangan pada agama..ada sumbangannya pada benda lain…
Tapi apakah sumbangan kita??

Itu yang perlu difikirkan…

Jika kita ada takwa,insyaallah tiada kecelaruan dalam hidupp…
Masalahnya umat masa kini,terutamanya remaja…
Banyak yang buta dengan hiburan,hatta akedemi nasyid juga boleh dikatakan dicemari oleh beberapa peserta yang hanya semata-mata ingin populiriti murahan…
Sedangkan nasyid adalah untk berdakwah la sayangg……

So,dimanakah takwanya???

Remaja hanya tahu bercakap tentang perjuangan tapi studypun malas,solatpun tinggal

So,dimanakah takwanya??

Aku melihat dizaman ini…
Hatta mereka yang berckap tentang keamannanpun lebih kepada hiburan…

Benda-benda ini terjadi kerana mereka tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara..
Aku beri contoh..
Pernahkah korang melihat bila mana seseorang @ sesebuah syarikat membuat amal tetapi menyembunyikan amal kebajikannya???
Nak xnak,setiap syarikat pasti akan menghebohkan amal kebajikannya..
Jadi xperlu pelik kalo korang selau baca akhbar dan melihat…..

“fulan si fulan menderma 100k kepada anak yatim”

kita lihatlah contoh mereka yang bertakwa…

Tuan guru nik abduk aziz nik mat…

Adakah beliau menunjukkan amalnya???
Yang korang tahu beliau seorang pemimpin yang baik,sederhana
Tapi sebenarnya berapa banyak hartanay disumbangkan pada orang..
Berapa murah hatinya,qiammulainya dll…
Sangat sedikit dalam tazkirahnya mengkritik pemimpin UMNO,yang adapun hanyalah ayat umum mengkritik UMNO…so,sebagai pengikut..perlulah menjadikannya contoh,bukan hanya tahu memuji tetapi diri sendiri hancur…
Aku bukan ingin berpolitik tapi inilah contoh yang semua orang senang paham…
Kerana beliau disegani lawan dan kawan…

Lihatlah pesanan2x ulama

“janganlah kamu melihat aib orang tp lihatlah aib dirimu”

Tanamkan takwa dalam diri kita..sebelum berbicara aib orang,
Fikirkanlah..
Adakah hubungan kita dengan ALLAH sebaik hubungan kita dengan parents???
Adakah hubungan kita dengan ALLAH sebaik hubungan kita denga sahabat???

Islam adalh penyelesaian……

Tidak Perlulah kita asyik memikirkan hal yang xperlu dipikir sperti…..
Siapakah juara AF musim 7?
Adakah fara fauzana ada skandal dengan perokok soleh??
Adakah aznil nawawi Gayy??

Yang pelu dipkirkan…

Berapa banyak beruk2x yang menghantar sms kepada rancangan AF??(bodohnya umat islam)
Adakah skandal penyakit baru yg menimpa umat islam??(pergaulan bebas)
Bagaiman menyelesaikan masalah gay??

Lebih baik lagi korang pikir..

Adakah hubungan aku dengan ilahi makin rapat atau makin rengaang?
Adakah aku telah ,menjadi muslim yang taat??
Apakah jasa aku pada AGAMA dan NEGARA ISLAM…
Adakah aku boleh menjadi seperti hasan al-bana @ syeikh yasin dan sewaktu dengaanya??

Khatib berpesan kepada aku,kamu dan dia…

Bertakwalah kamu kepada ALLAH dengan sebenar-benar ketakwaan…

Dalam ucapan khatib banyak makna yang tersirat sebenarnya…
Jawapan bagaimana hendak bertakwa adalah kita liht diri kita,
Banyakkan muhasabah..insyaallah akan ada peningkatan diri

Sekiranya kita bertakwa,soal ibadah tidak menjadi masalah kepada kita…
Tapi malangnya..lihatlah dunia kini,mereka mengaku islam tapi solatpun tinggal atas alasan tertidur,penat,sibuk dll…

Kalo inilah jawapan yang diberi kepada mereka yg bertakwa…
Jawapan ini tidak releven…
Ini kerana sebelum kita lahir kedunia yang hina ini kita telah berjanji dengan yang esa..Kita akan beribadah dengannya,nanti aku akan ceritakan bab ini dalam entry SOLAT…
So,sila tunggu…

Thursday 10 July 2008

Nasihat ibu ASNI kepada anaknya

Ibu ASNI adalah ibu aku…

Sekiranay dihitung kebaikan sekalian ustazah2x@perempuan di mesir inipun xsama dengan kebaikan ibuku…
Walaupun hanya mengaji setakat SMU,Perempuan inilah yang banyak bersusah-payah hanya semata-mata inginkan anak2xnya mengaji agama…
Jadi,xperlulah aku cerita panjang sebab cerita tentang ibuku ini tidak akan habis…

Moga2x ALLAH memuliakan ibuku dikalangan mereka yang solehah,aminnn…

Kebiasan kita sudah biasa mendengar nasihhat luqman kepada anaknya..
Lagi2x mereka yang mengaji agama…


Kalammullah:

“luqman berkata kepada anakny:
Wahai anakku janganlah mensyirikkan allah,sesungguhnya syirik itu dosa yang paling besar”(surah luqman)
-mafhum ayat


Disini aku bukan nak ceritan nasiht luqman tetapi nasihat ibuku…
Moga2x ia berguna pada pembaca-pembaca…



Nasihat ibu ASNI pada anaknya…



“wahai anakku,dunia ini hanya sementara…kejarlah agama,dunia akan mencari engkau”

“wahai anakku,setiap perbuatan yang engkau lakukan..sandarkanlah ia kepada ALLAH”

“wahai anakku,setiap manusia tidak akan lari dari buat silap dan dosa,
Hatta ibu sendiri juga mempunyai dosa kepada anak2xnya..
Jadi,selalulah memaafkan orang dan meminta maaf,banyakkanlah amal ibadat”

“wahai anakku,janganlah beramal hanya inginkan syurga..tetapi ikhlaskan hatimu,
Mintalah redhanya”

“wahai anakku,biarlah engkau dibenci seluruh manusia tetapi allah mencintaimu”
-penjelasan

Jika manusia yang membenci kita xsemestinya allah membenci kita…
Berbeza jika allah membenci kita,manusia juga akan membenci kita…


“wahai anakku,ilmu itu adlah cahaya..belajarlah selagi ada hayatmu,ibu sendiri masih ingin belajar dan mengaji’


“wahai anakku,air mata ibu besar nilainya disisi allah,
Jagalah tingkahmu didepanku..”

“wahai anakku,syurga itu dibawah tapak kaki ibu,
Hormatilah orang tua seperti menghormati ibumu”

“wahai anakku,kurangkan ROKOKmu,
Jadilah perokok yang soleh”

“wahai anakku,sebesar manapun diri engkau…
Ingatlah engkau adalah kerdil dihadapan orang tuamu”

“wahai anakku,redha ALLAH adalah redha ibu bapa”

“wahai anakku,doa anak kepada ibu adalah mustajab seperti doaku padamu…”

“wahai anakku,berkawanlah atas dasar ukhuwah,bukanlah berkawan atas dasar siapa mereka”

“wahai anakku,lupakanlah salah orang padamu tapi ingatlah salahmu pada orang”

“wahai anakku,beramallah dengan ilmu yang engkau pelajari…itulah faedahnya belajar agama”

“wahai anakku,wanita itu adlah penyeri dunia,janganlah membenci wanita tp jagalah mereka”

“wahai anakku,malulah pada diri kita yang mngaku islam tetpai tidak mngamalkan apa yang diajar ISLAM”

“wahai anakku,sesungguhnya mulut ibu ini dah penat..ibu berhenti dulu erkk”

Aku:ok,ijatpun dah penat nak taip…huhuhu


Inilah sedikt sebanyak nasihat ibu ASNI yang dapat dikongsi bersama…

Setiap kata-kata ibu adalah doa…