Monday 21 July 2008

solat

Asssalamualaikum…..

Kita sebagai islam dimalaysia sudah biasa membaca 15 azab meninggalakn solat(itupun kalo korang rajin pergi surau or masjid)

Tapi kenapa kita tetap boleh kantoi dalam hal ehwal solat??
Sebab xmindset hotak@lupa janji-janji manis dengan yang ESA.....
Janji yang kita berikan pada yang esa ketika mana mahu lahir….

Seperti couple-couple jalanan yang tiada hala tuju…
Pada first-date yang dirancang..pasti ditunaikan..
Sebab apa ditunaikan??
Sebab dalam diri korang dah tanam,
Sekian sekian tarikh aku akan keluar dengan minah nie…
Begitulah juga kita perlu buat pada yang ESA…
Kita mempunyai temu janji dengannya…
Tanamkanlah dalam diri,
Setiap hari kita mempunyai janji dengan ALLAH…
Janji yang tidak boleh dimungkari tapi janji inilah yang dicemari oleh mereka yg mengaku islam…

Sedap-sedap mulut jerk aku cakap macam tue…
Yelaaa…memang la aku cakap macam tue,
Sebab,cuba kita lihat…
Ketika hari jumaat,sebebsar-besar masjid manapun mesti bersepah-sepah umat islam pada hari itu menunaikan solat jumaat…
Sebab apa?sebab sudah ada janji@dah mindset otak yang dibuat dalam diri,
Hari jumaat mesti pergi jumaat…
Tapi janji ini tidak dibuat pada solat-solat yang lain..especially solat subuh
Sebab itu aku melihat masjid x penuh bila solat fardhu..
Aduhh,mana hilang umat islam yang semangat berarak mintak harga minyak turun???
Maner hilang ibu bapa yang ingin anak-anak yang soleh??

Imam aper ntah ader berkata

“umat islam hanya akan menang jika solat subuh mereka seperti solat jumaat”

Tapi aku rasa xpayah tengok solat subuh…
Lihat pada solat maghrib la…
Tepat jam 7.00(nak maghrib)…ntv7 dengan bongeknya menayangkan cerita favourite aku seperti sinchan dan naruto…jadi,bila nafsu menguasai segalanya,akal sudah tidak berfikir dengan waras….

Aku lebih rela menonton tv dahulu dari kesurau..nasib baiklah dapat mak yang tegas,kena juga pergi surau tanpa dapat melihat ending animeku…
Ini aku,tapi kalo mereka mendapat ibubapa yang tidak kisah terhadap hal solat??
biarlah lambat solat..atas alasan takut anak tidak khusuk kerana teringatkan kartun…
Aduss makcik2x…
Mana janji-janji sebelum kahwiin?
Ingin anak yang soleh tapi salah kita yang tidak mendidik dengan betul…
Janji tetap janji..lagi-lagi janji dengan tuan punya dunia..anak-anak akan dapat berfikir setelah dewasa…jika seseorang yang datng lewat ketika meeting atas sebab yang tidak munasabah adakah kita boleh menerimanya??
Begitulah juga dalam solat…

Jangan ajar diri kita solat seorangn,jemaah la kerana banyak kelebihannya…….
Kita akan meluruskan saf ketika sembahyang…
Ini boleh dipraktikan bila beratur dalam perhimpunan…
Kita akan mengikut imam tapi jika imam tersilap kita akan menegur..
Ini juga boleh dipraktikan dalam hidup…
Kita jangan jadi tukang hangguk sahaja..hak adalah hak,yang batil adalah batil,
Hatta jika seoang ibu tersilap,sianak perlu memberitahu ibunya dengan berhikmah la…
Dan banyak lagi benda dalam solat kita boleh praktikkan…
Dan sebagai islam yang berpegang pada quran dan hadith,nak xnak kena buat sebab ini adalh suruhan dari tuan besar kita yang maha besar…

“Life is rules”

X silap aku..seorang sahabat bertanya pada nabi
“bolehkah aku membuat mungkar?”nabi bersabda
“boleh..tapi carilah tuhan yang lain”

Apa makana hadith diatas???korang Pikir-pikirkan…

Istilah menjaga solat….istilah ini sering kita baca dalam buku-buku nasihat,
Makna sebenarnya yang aku pahami dan dari apa yang aku pelajari adalah solat diawal waktu…
Hahaha.teringat kisah aku dan housemate,
Setiap kali aku tertidor,main game dll dan waktu solat masuk...
Ketika ingn mengajakku solat ke masjid…
Mereka akan berkata

“aku nak pergi syurga,xtahulah kalo ko nak lambat pergi syurga..aku takut xder tempat jerk nanti,macam konsert la..lambat xder tempat duduklah jawabnyer,hhuhuhu”

Jadi,adakah korang nak masuk syurga lambat??
Setiap orang nak masuk syurga awal…
Didalm solat itu ada kunci syurga…so,janganlah berlengah-lengah menunaikan solat...
Ibaratkan solat adalah antara liku-liku perjalanan untuk kita masuk syurga…

Manakala kalo aku malas dan nak solat dirumah.
Mereka akan berkata

“ko solatlah kat rumah,rumah nie syurga yang biasa..
KitaorNG nak pergi syurga highclass..syurga firdaus…huhu”
“ko nie,pergi beli rokok boleh,xkan la nak date ngan allah kat tempat yang best malas kot??”

Dan kalo aku xikut diorang sebab aku memang mangkuk..
Mereka akan berkata

“nanti,kalo malaikat izarael datang…kim salam kami kat dia k,huhuh”
“…mati nie sekejap jerk,kalo aku jumpa malaikat kat masjid,
Aku bagitau ko ada kat umah k…”

Dan bila dorang balik rumah(lepas solat)..aku xkan bukak pintu,
Aku solat dahulu…
Bila aku bukak pintu mesti la kena marah sebab bukak pintu lambat…
Akupun selamba cakap

“aku xdengar sangat loceng sebab aku tengah pergi syurga…huhuhu”
“…nasibb baik aku xmati lagi,kalo x,xder la orang nak bukak pintu nie,huhuh”


Aduss...panjang la citer aku nie,mana yang baik ambik k…
kita balik pada tajuk asal k
Menjaga solat…

1-untuk orang yang baru mengenal@berjinak-jinak solat

Pergilah kemasjid…
korang hanya perlu mengikut imam…dan korang akan bnyak blajar,dari cara mengambil wuduk sampailah bagi salam dalam solat
korang yg xreti baca fatihah akan reti sebab tiap 2 rakaat yg awal imam akan baca…
kalo malas jugak,solat jemaah kat rumah…
nak xnak korang perlu berjemaah takut jika korang solat sendirian,kantoi…


2-untk mereka yang sudah mengenal solat

Memang korang lagi kena gi masjid…
Ingtlah 27 pahala tue,solat sendirian dapat 1 jerk…
Mantapkan lagi solat,
Paham makna setiap bacaan…xguna kalo solat 20 tahun tapi makna dalam solatpun xtahu,sia-sia lah masa korang….
Malu la mengaku umat islam yang perjuangkan islam andai makna dalam solatpun fail…

Macammana kalo solat tapi dia tetap membuat maksiat?
Soalan nie biasa dengar dan aku malas nak jawab,aku just bg kesimpulan sahaja…
dan kesimpulan jawapanny…

Korang punya solat xkhusuk @ tiada penghayatan

So,khusuk2xkan lah solat korang macam aku yang xdengar bunyi loceng rumahku ketika solat,huhuhu…

Kata hukama

“yang membezakan antara seorang muslim dan kafir adalah solatnya”

No comments: