Monday 20 October 2008

kiamat sudah dekat...

dengan nama ALLAH yang mengetahui segala yang sulit..

salam alaikum...
aku bukan hendak menghuraikan movie kiamat sudah dekat...
dan aku bukan nak menulis tanda-tanda kiamat...

so,apakah yang aku nak tulis???
akupun xtahu nak bagi tajuk...adesss

jadi,
kita Layann...~~~

semoga kita semua dirahmati ALLAH...amiin
biasanya mereka yang syok sendiri membuat ikhlas akan berkata...

"ewhh,xper2x...aku ikhlas nie"

ataupun lebih sedap lagi..

check la surat2x rasmi masa kita sekolah dahulu...akhir sekali kita akan tulis

(contoh)
yang ikhlas,
khairul izat azmi hussein

dan kalo artis2x melodi pula...

saya tolong anak2x yatim nie ikhlas...
saya berkawan dengan datuk tue ikhlas..bukan hendak memecahbelahkan keluarganya..bla bla

tapi sedarkah kita??

apabila aku,kamu dan dia mula syok sendiri rasa diri telah ikhlass maka dari awal dia sebenarnya tidak ikhlas...
dan orang yang syok sendiri rasa diri ikhlas..maka dia bukanlah ikhlas.

oleh itu..
memang xsesiapa layak mengaku ikhlas...
seperti watak dalam kiamat sudah dekat..
dia(hero) tidak mengaku ikhlas tetapi yang nampak adalah tok aji,lalu dikahwinkan mamat tue dgn anaknya...

merujuk buku2x yang aku ajar pada student2xku yang darjah 2..

ikhlas adalah sifat mahmudah..
itu sahaja..

berbeza jika merujuk buku akhlak aku,
ikhals berasa dari "kho"la"sod"=kholasa
that means is bersih dan seterusnya aku lupa,hohoho

baiklah kita sambung..

pada masa kini susah untuk melihat sebuah buku rujukan islam dimalaysia khususnya yang tertera penulis berkata:

"saya membenarkan mana-mana pihak yang ingin mencetak segala isi didlam buku ini tanpa memesongkannya,jika ada kesilapan sila...bla bla"

yang biasa...

"hak cipta terpelihara,anda dilarang mengulangcetakkan buku ini kerana kami akan rugi..bla bla

jadi dimana keikhlasan mereka??
aku xtahu,korang tanyer la mereka...

dan biasa...

bila mana seseorang wakil rakyat buat baik,
maka dihebohkanlah di arus perdana masing-masing..
dan bila pihak yang melawannya ada silap,
maka dikeluarkan pula keburukannya seolah-olah wakil rakyat ini hina...
sehingga sanggup memburukkan ulama/tok guru...adesss
moga-moga hati mereka mendapat hidayah ilahi...amiinn

pernahkah korang melihat utusan menulis

"adun PAS kelantan telah menolong...bla bla"

atau,

pernahkah korang lihat harakah tulis,

"adun UMNO telah menolong...bla bla"

so,dimana keikhlasan akhbar2x ini?
aku xtahu,korang tanyer sendiri mereka..
adakah perpaduan umat islam dapat dicapai begini?

adakah semua ini dilakukan kerana ALLAH??

korang..mengikut apa yang aku blajar dan faham,
mereka yang ikhlas tidak akan menunjukkan amal perbuatannya melainkan dalam beberapa hal tertentu seperti pergi haji asalkan hati bebas dari...

-sifat riya'
-hubbun dunia

berbeza zaman sekarang...
jika sebuah syarikat membuat sedikit kebaikkan..
maka dihebohhlah kebaikkannya di kaca2x tv...

kadang-kadang...
aku,kamu dan dia tidak sedar kita tidak ikhlas tetapi yang ada adalah ujub,
apakah ujub?
sila lihat sikap mamat dari mesir didalam movie kiamat sudah dekat..
bangga diri,
merasa diri cukup bagus dalam beribadat...

contoh ujub,
bila mana korang puasa enam...
korang mula terdetik dihati

"kalo minah tahu mesti dia respect aku nieh.."

or

"powerrnya aku,cikai2x aku nie,pose sunat gak"

korang..
kita beribadah bukan hendak kesyurga...
tetapi kita hanya inginkan keredhaannya sahaja..
jika bersepah gunungpun amalan seseorang,
jika tiada keredhaan ALLAH..
maka,nescaya nerakalah tempatnya..

buktinya?
korang chect kisah soerng abid yang beribadat 5000thn akhirnya dimasukkan neraka...

kisah ini bukan hendak mengatakan jangan buat baik tp ingin menunjukkan..
sesungguhnya seseorng yg masuk syurga adalah kerana keredhaan ALLAH bukan kerana amalannya...


dan bagaimana hendak dapat keredhaannya??


“Dan mereka tidak diperintah, kecuali hanya untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan di dalam menjalankan ajaran agama”. (al-Bayyinah:5)


sebagai penutup...

lihatlah AHMAD DEEDAT,
orang inilah yang boleh dijadikan contoh membuat amal dengan ikhlas kerana..

setiap buku-bukunya..
dia tidak meminta sesen hasil keuntungan jualan buku-bukunya..

dan buku-bukunya bukanlah buku yg sebarangan...walau dia hanya seorang budak yang menjaga kedai buku agama

adakah dia miskin?
tidak sekali..malah disegani kawan dan lawan...dan namanya tersemadi dihati muslim2x yang cintakan ISLAM...

dan berapa ramai kaum kristian telah masuk islam kerana dakwahnya...

sesungguhnya apabila seseorang itu ikhlas..
jangankan akhirat tetapi didunia juga dia akan senang kerana dia tahu.....

"hidup dan matiku hanya kerana ALLAH"

2 comments:

Unknown said...

heh... betuk tu, namun kalau tak kiamat2 algi pun manusia takkan berubah, hingga kembali semula pada al quran dan sunnahnya....

Perokok Soleh said...

owhh..memang kalo nak berubah pada kebaikkan kena kemabali pada quran dan sunnah...huhuhhu